Gaya Hidup

10 Tahun Pikul Hutang & Bakal Langsai Awal 2025, Individu Kongsi “Kebodohan” Pernah Dilakukannya

Share

10 tahun pikul hutang & bakal langsai awal 2025, Individu kongsi “kebodohan”yang boleh dielak sebelum terjerat. Tak berhutang tak ada harta. Inilah antara kata-kata biasa dengar. Lain lahir dari dulang emas, tiada masalah kerana duit tak habis 7 keturunan. Ramai orang berhutang khususnya pembelian rumah, kereta dan lain lagi.

Ada separuh berhutang kerana gaya hidup serta tersalah membeli hingga terjerat dengan hutang seumur hidup terutama hutang kad kredit hingga perlu buat dua tiga jenis kerja untuk mencukupkan perbelanjaan. Malangnya masih belum mencukupi hingga diburu ah long dan peminjam wang berlesen.

10 Tahun Pikul Hutang & Bakal Langsai Awal 2025

Namun satu perkongsian dari seorang individu tanpa nama di FB Muflis Bangkrup di Malaysia, dirinya berkongsi “kesilapan” yang nampak agak kecil tetapi sebenarnya menjerat diri ke kancah hutang.

Kisahnya boleh dijadikan pengajaran agar tidak membuat kesilapan yang pernah dilakukannya. Ikuti kisahnya.

Selepas 10 tahun bekerja dan memikul komitmen yang besar, insyaAllah selebihnya akan selesai pada awal 2025.

“Saya melihat kepada benda-benda yang menjerat ramai orang ke arah keberhutangan.

Individu Kongsi “Kebodohan” Pernah Dilakukannya

Di bawah ini adalah senarai pengalaman bodoh saya sebagai seorang yang tidak pandai mengawal kewangan.

  1. Semua benda yang boleh di lowgradkan tapi dibeli secara installment. Contoh, produk water filter yang dibayar secara installment setiap bulan, walhal ada lagi yang boleh diberi harga berpatutan dan berkualiti.

Contoh :

Penapis A : cash rm500

Penapis B : RM79 ( INSTALLMENT ) X 5TAHUN

  1. HOME WIFI :- Sedangkan sekarang phone boleh unlimited + hotspot.
  2. Mengambil kereta pada paras kemampuan GAJI end up with tak mampu bayar dek komitmen lain. Jadi saya rasa, biarlah kereta dibeli yang bulanan kurang dari KELAYAKAN GAJI kita. Berjaga-jaga demi kesihatan mental sendiri.
  3. RUMAH! dek kerana USIA MUDA HARUS MEMILIKI RUMAH sendiri.
  4. Sikap boros dan BERBELANJA.
  5. Membeli TV BESAR kononnya trend sekarang walhal belum tentu lagi tv dibuka.
  6. A***o walhal sekarang ada banyak apps lain yang boleh dipakai dengan 1 peranti.

Sekian dari saya yang setiap hari belajar daripada semua kesilapan ini, walau pun selalu tersasar. Semoga kamu, kamu, saya dan kita semua diberikan kemudahan, kelapangan, dimewahkan rezeki untuk melunaskan segala komitmen dan sekecil-kecil hutang.

Kepada adik-adik yang baru melangkah ke penjawat awam, aturlah kewangan anda sebaik mungkin.

Jeddah Banjir Besar, Perenang Pertahanan Awam Selamatkan Ratusan Nyawa Terperangkap Dalam Terowong

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.

Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros