10 Tahun Menyimpan, Achey Berjaya Beli Rumah Impian Tiga Tingkat

Sabar itu indah. Dalam bab nak miliki rumah idaman pun kena juga ada usaha yang berpanjangan. Begitu yang pelawak dan usahawan Achey Bocey zahirkan dalam memiliki rumah teres tiga tingkat setelah 10 tahun memasang impian.

Kongsinya tak lama dulu. Dia dan isteri mula mengumpul duit sejak 10 tahun lalu. Macam-macam benda dilakukan demi merealisasikan impian 10 tahunnya untuk miliki rumah sendiri.

Allah maha besar.

Syukur… saya percaya doa orang-orang sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri.

Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.”

Malah, Achey tak malu mengakui yang dia menjual ’benda’ yang bukan keperluan untuk mendapatkan rumah impiannya itu selain fokus kumpul duit. Termasuklah menjual empat buah motosikalnya itu.

IKLAN

Benar kata ibu bapa, guru-guru sekolah dan nasihat-nasihat orang lama … MENYIMPAN untuk masa depan.. setiap perkara kita buat mesti ada target… walaupun 10 tahun, ASB, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi.. tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan.”

Baca sini : Walau bukan dari rahim isteriku, kerana dialah merasa gelaran bapa – Achey

10 Tahun Menyimpan, Achey Berjaya Beli Rumah Impian Tiga Tingkat

Gagal Itulah Guru Terbaik – Achey

Bisnes juga membantu sangat-sangat kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya.. sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga.. tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.”

Sepanjang tempoh itu, Achey berdepan juga dengan bermacam dugaan.

Dugaan? yea penat dengan dugaan.. kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab.” Kongsi Achey yang enggan mendedahkan harga rumah yang dibelinya itu. Baginya asalkan lengkap dan selesa untuk keluarga kecilnya itu sudah memadai.

Terima kasih kepada insan-insan di bawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian

@irfanfazail7
#kakyuya
@black.hanifah
@cirakhairy
@norazmihasan
@mxn.idea
#khairulcontractor
#keluargasertajiran2

Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.

MW : Tahniah! Achey dan isteri, sememangnya cukup indah bila dapat merealisasikan impian bersama pasangan sehati sejiwa.

Sumber/Foto : Achey Kintang Kintung, Mstar