10 Tahun Dah Bercerai, Bekas Suami TETAP Tanggung Sepenuhnya Perbelanjaan Bekas Isteri & Anak-Anak. Bukan semua perceraian berakhir dengan kisah penderitaan. Mungkin satu daripada 1000 kisah perceraian yang baik sebegini.
Meskipun tidak lagi memegang ikatan tali perkahwinan bersama, bekas suami tetap menunaikan tanggungujawab sebaiknya bukan hanya menanggung nafkah anak-anak malah turut menanggung segala perbelanjaan bekas isteri.
Klien saya bercerai dengan isterinya atas dasar tidak sefahaman setelah sekian lama berusaha mempertahankan perkahwinan.
Klien berpindah rumah dan bekas isteri dengan anaknya tinggal di rumah kelamin mereka. Klien berpendapat biarlah dia sahaja yang perlu menyesuaikan diri di tempat baru tetapi bukan bekas isteri dan anak-anak. Bekas isteri dibelikan sebuah kereta untuk kegunaan dengan anak-anak dan sekeping credit card untuk petrol.
Klien saya meneruskan semua perbelajaan rumah seperti biasa dan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada bekas isteri.Bekas isteri diberikan sebanyak RM1000 sebulan untuk kegunaan sendiri. Semua perbelajaan lain bekas isteri seperti perubatan, percutian mengikut anak-anak, pakaian hari raya dan sebagainya masih dalam tanggungan bekas suami.
Sudah 10 tahun berlalu perkara ini tidak pernah berubah walaupun bekas suami sudah 5 tahun berkahwin lain.
“Jika bekas isteri tuan berkahwin lain, adakah perbelajaan beliau yang tuan tanggung akan dihentikan?”
“Tidak. Beliau adalah mak yang sangat baik kepada anak-anak saya. Pemberian saya biarlah Allah membalasnya. Selagi saya mampu, InsyaAllah saya akan teruskan apa yang saya buat selama ini”
by NM
Lupa pula nak share.
Setiap kali bekas suami dapat bonus, bekas isteri akan dapat 20%. Dan kereta bekas isteri ditukar pada tahun lepas untuk keselesaan.
Mesti Baca:Sedekah Terbaik Adalah Sedekah Pada Keluarga. Jangan Abai Nafkah Isteri Dan Anak
Baca Lagi Di Sini:Ini 7 Hak Yang Boleh Tuntut Di Mahkamah Selepas Perceraian Berlaku, Wanita Sila Take Note!
Artikel Menarik:Nak Selamatkan Perkahwinan Tengok USAHA Suami, Sekadar Janji Tapi SIKAP MASIH SAMA Angkatlah Kaki Cepat
Mingguan Wanita: Satu dalam seribu. Rezeki apabila perceraian tidak memutuskan hubungan dan tanggungjawab. Semoga lelaki sebegini mendapat rahmat dan rezeki berlipat kali ganda apabila memudahkan urusan dan memberi keselesaan pada bekas isteri dan anak-anak.
Sumber: Normaliza Mahadi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.