10 tahun usia perkahwinan bukan satu tempoh yang sekejap.Namun ketentuan jodoh tak siapa dapat menentukannya. Spekulasi rumah tangga Yasmin Hani dan Shahrin Razali yang dikatakan bermasalah akhirnya terjawab apabila pengacara dan pelakon itu mengesahkan mereka sudah berpisah melalui entri di Instagram (IG), petang tadi.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu enggan berkongsi butiran lanjut perceraian dan punca hubungan sebagai suami isteri berakhir.
Kekal Sepakat Besarkan Anak-Anak
Terdahulu, melalui coretan di IG, pelakon drama Hotel itu memberitahu dia dan Shahrin dapat melaksanakan apa yang dipersetujui secara sepakat.
“Kami bersetuju memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,” katanya.
Mohon Pengertian
Yasmin juga berharap pengertian semua pihak agar dapat memberi ruang dan menghormati keputusan dibuat.
“Semua ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami. Saya juga mahu ucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan kata positif dan doa.
“Walaupun memilih untuk berpisah, kami akan terus menjadi keluarga penyayang. Malah, perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat.
“Kami masih rapat kami kami tetap ibu dan bapa kepada Noah dan Eissa. Moga ruang privasi ini terus dihormati.
“Sama-sama kita menyebarkan aura positif. Alhamdulillah, kami okay dan pandang ke hadapan,” katanya lagi.
Ads
Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose itu berkahwin pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.
Mingguan Wanita: Perceraian bukan pengakhiran bagi mak ayah. Sama-sama kita doakan semoga pasangan ini, memulakan perjalanan baharu mereka dengan aman harmoni dan sepakat dalam urusan membesarkan anak-anak.
Memasuki hari ke-5 bulan puasa, dan kesempatan cuti hujung minggu lepas, tentu ramai mak mak yang dah melawat bazar Ramadan. Perasan tak, kebanyakan menunya sama jer setiap tahun?
Hasil tinjauan team Mingguan Wanita di beberapa bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, 5 makanan ini antara yang didapati paling laris dan diburu golongan wanita. Cuba tengok, sama ke tak?
(1) Kuih Tepung Pelita
Kuih kegemaran anak-anak dan mak mak bila berbuka. Rasanya lembut, lemak manis dan cair di mulut. Paling terkenal adalah Tepung Pelita Paya Jaras yang popular dengan slogannya, ‘Rasa Sebulan Rindu Setahun’.
(2) Martabak
Kalau lalu gerai martabak ni, memang tak sah kalau mak mak tak singgah. Bau semerbak martabak yang digoreng, dari jauh lagi dah memanggil-manggil. Selalunya gerai martabak ni memang banyak, tapi ikut nasib juga ada peniaga yang kedekut inti, harga mahal, rasa ke laut?
(3) Ayam Golek / Ayam Percik
Ini memang pilihan mak mak yang tak sempat masak lauk berbuka. Bila tengok ayam-ayam togel atau kambing bergolek di bazar Ramadan, tertelan air liur. Tengok ayam percik pun sama, tiba-tiba jer laparkan? Bau asapnya pun dah cukup mencabar iman. Dapat pula ayam percik Kelantan.
(4) Air Tebu, Air Kelapa, Air Soya Ais
Walaupun ada macam-macam pilihan air yang dijual, tapi ramai yang masih berbaris panjang di gerai air tebu, air kelapa dan air soya. Mungkin sebab perisa pilihan ni lebih semula jadi dan bukan berasaskan air gula semata-mata. Apa pun, tengok juga kebersihan peniaga. Minta kurang gula dan kurang ais ya!
(5) Popia Basah
Kalau tengok popia basah bersalut sambal memang menguji jiwa betul. Antara yang paling sedap adalah Pak Ya Popia Power. Peniaga yang jual popia sedap biasanya tak kedekut inti, bersaiz besar dan berpatutan.
Tip Sebelum ‘Terbabas’ Di Bazar Ramadan
Mak mak fikirlah dulu sebelum beli. Fokus terhadap makanan yang dimahukan saja untuk berbuka.
Amal konsep 1:2. Beli 1 juadah berat dan 2 juadah ringan saja. Itu sudah memadai untuk berbuka dan moreh.
Utamakan makanan yang dimasak tanpa santan atau berminyak. Kurangkan kuih-muih manis, air minuman atau bubur.
Ajak anak-anak beli di gerai yang bersih dan makanannya bertutup. Tengok peniaganya juga, bertopi dan berapron tak? Kalau kukunya panjang dan kotor, oh tolonglah cari gerai lain!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon cantik yang baru saja bergelar ibu, Elfira Loy mengakui sebenarnya dia tidak sabar untuk menyambut Ramadan tahun ini memandangkan tahun lalu dia sedang sarat mengandung.
Namun dek kerana wabak virus Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Elfira akui berasa sangat rindu dengan suasana normal Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.
Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid-19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.
“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.
Ujian Ramadan
“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bulan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih di masjid.
“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.
Ditanya tentang perkembangan terbaru kerjayanya, isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini berkongsi khabar gembira tentang dirinya kini disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di Indonesia.
Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.
“Saya juga anggap ini rezeki anak sulung. Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series,” terang Elfira yang akui rezeki yang hadir sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.
Elfira juga menambah hasil penjualan siri tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa covid-19 di Indonesia dan Malaysia.
Bukan semua orang mudah mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari yang telah ditetapkan. Masih ada yang bersikap pentingkan diri sendiri dengan tetap keluar rumah tanpa rasa bersalah mahupun bimbang dengan penyebaran virus berbahaya yang boleh menyebabkan kematian ini.
Bantuan Tentera
Terkini, kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi.
“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.
“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.
Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Tiada Perancangan Perintah Darurat
Ismail Sabri juga menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.
“Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, ‘posting’ dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong.
“Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya,” katanya.
MW:Semoga semua pihak bersama-sama mengikut langkah dan saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Duduk sahaja di rumah, tak perlu keluar jika tiada keperluan. Semoga negara yang kita sayangi ini kembali pulih seperti sedia kala.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.