10 tahun akhirnya Azmi Saat timang cahaya mata sulung, penantian yang cukup berbaloi buat penyanyi terkenal Azmi Saat dan isterinya Naziah Muhammad apabila mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pertama semalam (27 September).
Malah kehadiran cahaya mata sulungnya itu juga sekali gus menjadi hadiah bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya. Pemilik nama sebenar Khairul Azmi Mohd. Saat memanjatkan rasa bersyukur kepada yang Maha Esa dan berdoa semoga dia menjadi ayah yang baik.
“Alhamdulillah. Pukul 9.09 pagi tadi, anak sulung saya telah selamat dilahirkan ke dunia.
“Urusan pembedahan berjalan lancar. Macam-macam perasaan ada bila kali pertama mendengar suara bayi.
“Syukur Ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik. Terima kasih atas doa kalian yang tidak putus-putus buat kami sekeluarga,” tulisnya.
10 Tahun Menanti Kehadiran Cahaya Mata, Akhirnya Isteri Azmi Saat Hamil Empat Bulan
Ayda Jebat & Nabil Mahir Timang Cahaya Mata Perempuan “Alhamdulillah Semuanya Berjalan Lancar”
“Budak Ni Ada ‘Super Power’ Ajaib,Separuh Nyawa Pada Dia. Cahaya Terangkan Hidup” Shakilla
Vokalis kumpulan Caliph Buskers menerusi perkongsian sebelum ini menyatakan isterinya bersalin secara pembedahan sebagaimana saranan doktor.
Pada awalnya isterinya dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan, namun doktor menasihatinya untuk bersalin secara pembedahan bagi mengelak sebarang komplikasi.
“Antara doa isteri saya yang selalu saya aminkan adalah, “Moga satu hari saya juga berpeluang merasa macam mana rasanya melahirkan.”
“Alhamdulillah pagi tadi bertemu lagi dengan Doktor Dahlia di @ohanaspecialisthospital untuk pemeriksaan dan membuat keputusan tentang kaedah bersalin.
“Awalnya isteri memilih bersalin normal. Namun, Doktor Dahlia lebih menyarankan untuk isteri bersalin secara pembedahan bagi mengurangkan risiko pada keselamatan baby memandangkan kami sudah lebih 10 tahun menanti kehadiran cahayamata.
“Saya serahkan keputusan sepenuhnya pada isteri dan akhirnya isteri memilih untuk mengikut saranan doktor.
“Jika diizinkan tuhan, tahun ini saya akan dapat hadiah hari ulang tahun kelahiran yang paling besar sepanjang hidup saya.
“Doktor beri kami ruang untuk memilih tarikh bersalin. Sepantas kilat saya pilih 27 September sebab itu tarikh birthday saya.
“Setakat ini urusan kami semuanya dipermudahkan. Langsung tak ada masalah dari kesihatan isteri dan Afnan. Saya yakin ini adalah kerana doa orang-orang yang sayangkan kami. Terima kasih. Moga Allah berikan kebaikan pada mereka dan kalian semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami. Moga Allah permudahkan urusan kita semua,” kongsi Azmi.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Azmi Saat