10 Malam Terakhir Mencari Lailatulqadar, Insan Terpilih Akan Rasa Sedih, Sebak & Menangis

Share

Ini kerana pada malam Lailatulqadar para malaikat yang turun pada malam tersebut dikatakan lebih banyak dari pasir-pasir di bumi. Mak ayah ini cara macam mana nak penuhi amalan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Perkongsian daripada Syahrul Waheeda Mohd Ali ini dicatat semula daripada Kuliah Subuh yang dihadirinya pada pagi hari, yang disampaikan oleh Tuan Kadi Daerah Tangkak, As-Sheikh Haji Mohd Nasri Bin Rahman.

Berkenaan ‘Pecutan 10 malam terakhir dan persiapan malam Lailatulqadar’ di Surau Jaamat, Kampung Padang Lerek 1 Tangkak.

 

 

Walaupun seminggu dua nie agak sibuk menguruskan kedai Ledang Muar Frozen Foods dan r&d Monopoli Solat AR, saya tetap meluangkan masa merebut peluang berada di dalam majlis ilmu terutama di bulan Ramadan ini

.”

Pada malam Lailatulqadar, para malaikat yang turun pada malam tersebut dikatakan lebih banyak dari pasir-pasir di bumi.

“Malaikat-malaikat akan singgah di hati mereka yang betul-betul bersih dan berubah.”

“Insan terpilih ini akan rasa sedih, sebak dan menangis secara tiba-tiba pada malam tersebut.”

Pecutan 10 Malam Terakhir Mencari Lailatulqadar

Apa yang perlu kita lakukan di 10 malam terakhir ini?
– Qiamulail mendirikan solat malam (bukan 10 malam terakhir lakukan qiamulail ini tetapi kalau boleh setiap malam)
– Lakukan di tengah malam yang terakhir sebaik-baik pada pukul 3 pagi dan berqiamulail secara sendiri atau ramai.

Sebelum memulakan qiamulail, duduk dan bertenang dulu. Berbicaralah dengan lembut kepada seluruh anggota tubuh badan seperti tangan, kaki dsb supaya dapat beribadat dengan baik. Lidah tugasnya memujuk seluruh anggota badan terutama hati sebab hati nie raja segala anggota. Bila hati kata iya, semua anggota akan patuh dan ikut.

Selepas itu istigfar sebanyak yang mungkin dan baru bangun menunaikan solat untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.

 

 

Disarankan mula dengan;

1. Solat Sunat Taubat

– sebagai permohonan maaf dengan Allah.
“Orang kalau nak minta tolong dengan orang, kita kena minta maaf dulu. Itu dengan manusia, ini pula dengan Allah”

2. Solat Qada’

– Apa apa jua solat qada’. Tidak buat tak pe tetapi adab nak minta sesuatu dari Allah, perlu membayar hutang. Bayar hutang dulu dengan Allah.

3. Solat Sunat Tahajud

– 4 kelebihan Solat Sunat Tahajud
* Allah S.W.T. akan memudahkan pekerjaannya.
* Dibimbing oleh Allah Ta’ala di dalam urusannya
* Diberikan jalan penyelesaian yang terbaik ketika menghadapi masalah.
* Jika diganggu dalam hidupnya, Allah akan menolong tanpa perantaraan.

4. Solat Sunat Tasbih

– Solat Sunat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

5. Solat Sunat Hajat

– Mohon hajat untuk kejayaan anak anak (2 rakaat)
– Mohon supaya emak dan ayah diberi kesihatan sekiranya masih hidup (2 rakaat)
– kalau boleh 2 rakaat hanya untuk 1 hajat
– tidak salah kalau nak borong semua sekali 10 hajat dalam 2 rakaat tetapi adabnya kurang manis sebenarnya.

6. Solat Sunat Witir

– Bagi yang mengamalkan Solat Sunat Witir amalan mereka akan disaksikan oleh para malaikat dan berupaya memperoleh syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat. Insya Allah.

Selain itu kalau hendak menampung lompong pahala puasa, maka perbanyakkanlah bersedekah di bulan ini terutama memberi makan orang berbuka puasa dan perlu alert dengan lintasan hati yang pertama untuk melakukan kebaikan.

Catatan Aku Seorang Pendosa
20 Ramadan 1440

Sumber/Foto : Syahrul Waheeda Mohd Ali

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer