Jenis anda yang berjalan dari mula masuk kerja sampailah balik rumah.. Penat tu tak usah ceritalah. Menjelang malam, barulah terasa lenguh kaki. Kalau urut kaki sendiri pun belum tentu kita tahu teknik yang betul nak bagi hilang lenguh.
Seksanya makin terasa bila nak tidur. Berdenyut-denyut sakit lenguh. Walaupun usia masih muda, tetap terkena juga kaki lenguh tu. Sebabnya terlalu aktif bergerak, berdiri malah terkejar ke sana ke mari.
Cuba praktikkan 10 langkah mudah urut kaki sendiri dengan teknik yang betul dikongsikan Puan Sarifa Redzuan II, trainer di World SPA Therapy & Consultancy ini.
Kata beliau, “Bila selalu sakit kaki, boleh urut kaki cara macam yang diterangkan ini.”
√ Buat setiap malam sebelum tidur. In Sha Allah tidur pun lebih berkualiti.
√ Lepas urut kaki belah malam tu, bangun pagi esok, kaki pun ringan ja rasa.
√ Kalau malas urut kaki sendiri, pergi je Spa terdekat atau calling calling orang mobile Spa pergi ke rumah
Sumber/Foto : Sarifa Redzuan II / nailbee / hanaleidayspa.com