
Isi Kandungan
ToggleSebenarnya banyak cara yang boleh mudahkan kerja dapur dan ini satu teknik untuk selamatkan mood menghasilkan sajian bagi orang yang jenis suka masak apabila bahan yang perlu diguna tak lengkap.
Nak tahu apa caranya, ikuti perkongsian Puan Rusmida Rusdi ini…
1. Tak Ada Telur
Gantikan
– mached pisang 3 sudu per telur.
atau
– epal sos 3 sudu per telur.
2. Tak Ada Brown Sugar
Gantikan
– 1 cawan gula
– 1 sudu molasses terang (gula tebu)
3. Tak Ada Baking Powder
Gantikan
– 1/4 sudu kecik soda bikarbonat.
– 1/2 sudu kecik cream of tarter.
4. Tak Ada Serbuk Roti
Gantikan
– Biskut tawar. Pecahkan halus.
5. Tak Ada Cream Of Tarter
Gantikan
– 1/2 sudu kecik cuka makan
6. Tak Ada Buttermilk
Gantikan
– 1 cawan susu fullcream.
– 1 sudu besar cuka makan atau 1 sudu makan perahan lemon.
– Biarkan selama 5 minit.
7. Tak Ada Bawang Putih?
Gantikan
– 1/2 sudu kecik garlic powder.

8. Tak Ada Sour Cream
Gantikan
– yogurt plain
9. Tak Ada Paste Tomato
Gantikan
– 1 cawan tomato sos.
– masak sehingga kering menjadi 1/2 cawan.
10. Tak Ada Coklat
Gantikan
– 3 sudu besar serbuk koko
– 1 sudu minyak sayuran
Jemput kongsi, biar semua orang boleh guna.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam Bab Pinjaman, Masa Bertunang Nilah Kena Berkira, Dah Kahwin Nanti ‘Kedekut’ Tu Tolak Tepi

Konsep berkira sebelum berkahwin tak ramai yang berani praktik. Sebabnya masa bercintan cintun inilah apa saja kekasih hati nak, anda suakan.
Misalnya bila dia mahukan gajet atau beg jenama, anda pun belikanlah. Bila dah kahwin, dah jadi yang sah dan anda tak lagi membeli untuknya. Mulalah keluar ayat, ‘Dulu masa bercinta, semua dapat. Sekarang, kedekut, berkira’
Jangan salahkan pasangan, sebabnya anda juga yang ajar masa dia jadi kekasih anda dulu.
Perkongsian Puan Zuriyati Isa tentang konsep berkira semasa bertunang boleh dilihat sebagai satu tindakan yang bijak. Dan apabila tunang sudah sah menjadi suami hubungan jadi lebih tenang dan mudah, sebab bab berkira sudah dilupuskan dalam hubungan suami isteri ini.
Masa saya bertunang dulu, tunang saya nak beli kereta. Dia perlukan penjamin.
Dia tanya saya, boleh tak saya jadi penjamin dia?
Saya jawab, “Tak.”
Beberapa kawan saya bertanya, “Kenapa kau tak nak jadi penjamin dia? Dia kan tunang kau? Nanti kau juga yang guna kereta tu.”
Pendirian saya tetap. Tunang ‘is’ tunang. Penjamin ‘is’ penjamin.
Selagi masih belum ada akad yang sah, saya tak akan libatkan diri sepenuhnya dalam urusan dia. Begitu juga dengan dia. Apatah lagi urusan berisiko macam jadi penjamin tu.
Jangan salah faham. Tunang saya adalah orang yang saya paling percaya. Saya tak pernah jumpa orang sebaik itu dan saya tak pernah jumpa orang yang saya sangat percaya macam itu.
Tapi saya tak suka buat keputusan ikut perasaan. Kalau saya mahu jadi penjamin, kerana saya mahu jadi penjamin atas perkara-perkara yang saya sudah pertimbangkan. Bukan kerana saya suka dia.
Hal-hal dunia macam ni, apatah lagi melibatkan wang ringgit dan soal hati, sangat mudah memporak perandakan hidup kita.
Tunang saya pasrah saja bila saya tak nak jadi penjamin dia. Saya pun pasrah saja kalau kami putus hanya semata-mata sebab saya tak nak jadi penjamin
Akhirnya, tunang saya dapat juga beli kereta itu tanpa penjamin. Dan alhamdulillah, kami kahwin juga.
Selepas kahwin, kereta tu kami sama-sama bayar dan tak ada satu pun harta benda kami yang kami berkira nak kongsi sama. Semua kos kerosakan dan maintenance, kami bayar sama-sama. Kadang-kadang, saya bayar saja guna duit gaji saya ebagaimana dia tak pernah berkira memenuhi apa-apa yang saya teringin bila dia mampu.
Alhamdulillah.
Pegang Nasihat Ini
Adik-adik.

Bercinta ni jangan ikut perasaan. Jangan hanya kerana sayang, kita sanggup buat apa saja untuk dia. Bukanlah maksudnya kita tak nak berkorban langsung. Tapi gunakan akal.
Kita bukan meminta yang buruk-buruk atau nak bersangka yang bukan-bukan. Tapi lebih baik kita mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik.
Jangan kongsi akaun selagi dia belum jadi pasangan sah kita. Kongsi nama beli rumah. Kongsi nama beli kereta. Setuju saja bila diminta jadi guarantor. Hulur saja bila setiap kali dia nak pinjam wang.
Cinta is cinta. Tapi batas tetap batas. Perasaan sayang tidak menjamin yang kita akan bahagia selama-lamanya.
Tapi, bila dia dah sah jadi pasangan kita, jangan ragu-ragu lagi dengan perasaan kita. InsyaAllah, ada pahala yang Allah beri dalam setiap pengorbanan kita untuk dia. Dialah suami kita, isteri kita. Syurga dan neraka kita ada pada dia.
Janganlah sebelum berkahwin bukan main sanggup berkorban dan berikan apa saja. Bila dah kahwin, semua berkira.
Sumber/Foto: FB Zuriyati Isa – Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uyaina Akui Berat Badan Naik Lepas Bersalin “Pengorbanan Ibu, Perasaan Tak Boleh Gambarkan Dengan Kata-Kata”

Isi Kandungan
ToggleUyaina akui berat badan naik lepas bersalin. Sememangnya selepas mengandung dan melahirkan anak pasti perubahan pada bentuk badan seorang wanita akan berlaku perubahan.
Begitu jugalah yang dilalui oleh pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad yang baru sahaja melahirkan bayi sulung.
Terbaru Uyaina menjawab sindiran seorang pengikut di Instagram yang berbunyi;
“Lepas bersalin ni, badan makin berisi… maaf ye Uyaina,”.
Uyaina Akui Berat Badan Naik Lepas Bersalin
Seperti mana luahannya, Uyaina mengaku berat badannya naik selepas bersalin anak sulung.
“Paling menyedihkan, ini adalah benar. Selepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam sedang mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” luah Uyaina.
Tambahnya lagi pada wakti ini sudah dua bulan selepas beliau bersalin.
Uyaina mengakui merupakan fasa yang agak mencabar juga untuk menurunkan berat badan.
Walaupun jaga makan namun penurunan berat badan agak perlahan.
“Mungkin saya bersalin melalui kaedah pembedahan jadi proses menurunkan berat badan agak lambat sedikit berbanding bersalin normal. Hendak kecilkan inci badan pun mengambil masa.
“Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menurunkan berat badan, tidak mengapa. Biarlah proses ini berlaku secara perlahan-lahan,” sambung Uyaina.
Menurut salah seorang netizen yang bernama arrosaekin1 perlu sebagai ibu itulah pengorbanan yang perlu dilalui;
“Ni lah pengorbanan org yg bergelar ibu mama ummi mommy ibu.. Perasaan yg takleh nak gambar dgn kata kata.. Anugerah terindah. Im proud that im a mother.. And how it changed our life..9 month journey to sgt la bermakna..setiap saat setiap masa.. Priceless.”
Untuk rekod, Uyaina telah mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Raja Urhan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Jangan Terasa Hati OK…Yang Penting Kesihatan” Jozlynnhanania
Menerusi ruangan komen selebriti dan pengikut setia Uyaina di Instagram memberikan nasihat buat ibu muda ini agar terus tabah dan tidak kecil hati.

Mingguan Wanita : Memang tak mudah menjadi seorang ibu.
Sumber : Instagram Uyaina Arshad
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemungkinan Anak Bulan Syawal Kelihatan Pada Jumaat Sangat Tipis & Tidak Mencukupi Kriteria Diputuskan – Mufti Kedah

Isi Kandungan
ToggleKemungkinan anak bulan syawal kelihatan pada Jumaat sangat tips & tidak mencukupi kriteria diputuskan – Mufti Kedah. Ramai yang berteka-teki tentang hari apa kita akan berhari raya. Jumaat atau Sabtu?
Ini kerana berdasarkan pengalaman tahun lepas di mana raya mengejut, jadi ramai yang mahu membuat persiapan awal kali ini agar tidak kalut.
Kemungkinan Anak Bulan Syawal Kelihatan Pada Jumaat Sangat Tipis
Penyebaran tarikh raya sama ada Jumaat 21 hb atau Sabtu 22 hb menambah teka-teki ramai apabila pengumuman dari Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UEA), baru-baru ini yang menjangka 1 Syawal pada Jumaat, 21 April. Teka-teki makin menarik bila tarikh melihat anak bulan Syawal diputuskan pada 20 hb ini.
Namun bagi yang bertanya, bila tarikh hari raya, ini pandangan dari Mufti Kedah mengenai isu ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menasihatkan umat Islam agar tidak berbalah dan mempercayai khabar angin tentang spekulasi tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal nanti termasuk menyebarkan khabar yang belum sahih tersebut, selain menjadikan pihak tertentu sebagai sumber maklumat.
Tidak mencukupi kriteria diputuskan – Mufti Kedah
“Jangan berbalah atau sebar tentang spekulasi 1 Syawal sehingga merujuk kepada Pusat Astronomi Antarabangsa bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat. Kita mempunyai 29 stesen cerapan untuk melihat anak bulan di seluruh Malaysia yang akan menentukan perkara ini.

“Berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat-sahabat kita yang terlibat bahawa pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan.
“Walau apa pun keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada malam itu setelah menerima laporan hasil cerapan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Infaq Ayam Segar kepada Fakir dan Miskin di Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena, di sini semalam.
Beliau mengulas tentang pengumuman Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UEA), baru-baru ini yang menjangka 1 Syawal pada Jumaat, 21 April.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pulang berhari raya tapi tidur di hotel?
‘Orang Tua Bersusah Payah Masak, Anak Menantu Tidur Membungkang.’ Hari Raya Jangan Hambakan Mak
Kalau Dah Hari Raya, Jangan Beranganlah Mak-Mak Nak Diet!
Idea Resipi Minuman Yang Boleh Mak-Mak Buat Hari Raya Nanti
8 KESILAPAN Hari Raya Ramai Buat, Buka Ruang & Peluang DOSA!
Mengulas lanjut kata Syeikh Fadzil, umat Islam perlu fokus beramal ibadat ketika ini terutama apabila Ramadan sudah memasuki 10 malam terakhir untuk mengejar Lailatul Qadar.
“Sepuluh malam Ramadan ini yang dinanti-nantikan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, Carilah nanti kedatangan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Malah baginda mempersingkatkan tempoh itu pada malam-malam ganjil iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
“Apabila datang masa yang disifatkan kemuncak Ramadan itu, kita sepatutnya melipat gandakan amal ibadat kita namun tiba-tiba kita lalai dan semakin menjauhkan diri daripada masjid.
“Mungkin kerana sibuk dengan persiapan hari raya atau sudah keletihan? Namun kita perlu meniru amalan Nabi Muhammad SAW yang melipat gandakan amalan sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Sementara itu, seramai 3,333 keluarga asnaf, fakir dan miskin di lima daerah iaitu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda dan Yan menerima agihan infaq ayam segar bermula hari ini.
Menurut Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Norizan Khazali yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, sebanyak RM99,000 diperuntukkan untuk program itu dengan masing-masing menerima dua ekor ayam segar bersaiz anggaran 1.5 hingga 1.7 kilogram.
“Harapan LZNK, program Infaq Ayam Segar ini akan dapat membantu semua dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kata beliau, LZNK turut menyasarkan jumlah kutipan zakat fitrah di Kedah pada tahun ini sebanyak RM12.4 juta.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI