10 Hari Dirawat Di Hospital Akibat Covid-19, Intan Ladyana Syukur Dibenarkan Pulang

Share

10 hari dirawat di hospital akibat Covid-19, pelakon Intan Ladyana dibenarkan pulang ke rumah. Begitulah yang dimaklumkan oleh Intan yang juga isteri kepada  Harris.

Malah menerusi perkongsian menerusi akaun rasmi Instagramnya, Intan memaklumkan dia kini semakin pulih dan sambung berehat di rumah.

10 Hari Dirawat Di Hospital Akibat Covid-19

Pelakon yang kini sedang berbadan dua itu memaklumkan sudah pulang ke rumah setelah 10 hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19.

Malah suaminya juga sebelum ini meminta semua mendoakan keselamatan isteri dan anaknya dalam kandungan yang berusia 7 bulan agar kembali sihat.

Sebelum ini Haris terlebih dahulu disahkan positif sebelum virus berkenaan menjangkiti Intan beberapa hari kemudian.

Terima Kasih Atas Doa

Intan juga turut berterima kasih atas doa dan ucapan dari semua.

“Alhamdulillah, saya kini berada di rumah. Sambung berehat untuk beberapa hari lagi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan cepat sembuh.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej kepada setiap seorang secara individu.

“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru.

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan hidup dan jauh daripada segala malapetaka dan bencana. Amin,” kongsinya.

Doa Dari Peminat

Pasangan ini  juga dibanjiri doa dari para peminat mereka menerusi komen di Instagram.

norle.diran – Allhamdullilahhh..syukurrr…hari² dok tengok post dia..risau….syukur²…

callabeauty_melaka – alhamdulillah syukur happy new year happy tgk mommy daddy to be ni moga sihat selalu

feridehikmetatak – take care beb. and happy new year!

idashaari10 – Alhamdulillah

wany_wardy – Aamiin Ya Mujib 🤲🥰 semoga dipermudahkan segala urusan intan n suami

Baca Disini Juga: Intan Ladyana Sah Bergelar Isteri Harris “Syukur Majlis Sudah Selesai, Paling Penting Nikah”

Intan Ladyana Bakal Nikahi Lelaki 17 Tahun Lebih Muda, Benarlah Jodoh Itu Rahsia Allah

Mingguan Wanita : Semoga semuanya baik-baik saja buat Intan dan bayi dalam kandungannya.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Intan Ladyana

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh