Walaupun drama Aku Nazmi dah dekat seminggu berakhir, kesan sedihnya sampai ke hari ini masih ada. Jalan ceritanya pun sederhana saja. Tentang percintaan terhalang seorang gadis pekak dan bisu (Ilya) lakonan Ayda Jebat bersama pemuda Cerebral Palsy (Nazmi), lakonan Jay Iswazir.
Di sebabkan lakonan setiap pelakon tu betul-betul sampai ke dasar hati, penonton pun boleh tanpa sedar mengalirkan air mata. Hakikatnya, tak mudah untuk Ayda Jebat membawakan watak gadis pekak dan bisu ini.
Malah semasa pengambaran drama Aku Nazmi ini pun dia sempat berkongsi kesukarannya di instagram miliknya. “Serious yang ini memang mencabar. Rasa nak nangis. Pinjamkan bahu boleh?”
Ads
Ayda Jebat Dah Cuba Sedaya Upaya
Sebab apa tau. Ini kerana nak menjayakan watak ILYA, gadis pekak dan bisu ini Ayda Jebat kena belajar bahasa isyarat selama 10 hari.
“Kita belajar sign language selama 10 hari. Sumpah, bukan mudah. Terima kasih cikgu, team dan semua cast yang terlibat. Maaf kalau ada salah atau terkurang.
“Kita cuba sedaya upaya buat golongan istimewa bisu dan pekak dalam masa yang sama orang normal boleh faham dialog apa yang kami nak sampaikan.
Ads
“Rasa gembira, kelakar, sedih dan semua harapnya masih ada.” Untuk menjayakan drama ini juga team ini menghabiskan 9 hari penggambaran di Melaka.
Ads
Bahagia Sampai Hilang Penat
Sememangnya drama itu trending no. 1 ketika ditayangkan. Kerja keras dan usaha Ayda serta team yang berusaha keras mempelajari sign language malah menjiwai watak dengan sebaiknya diiktiraf para penonton.
“Terima kasih peminat, yang tak minat tapi tertengok, family, kawan-kawan artis, abang-abang director, crews dan semua yang tengok, yang sempat text adik tadi, post and tweet, terima kasih atas pujian anda.
“Sokongan awak semua buat penat saya dan semua yang terlibat hilang hari ini. Alhamdulillah, #AkuNazmi trending no.1 hari ni.” tulis Ayda sebaik selesai tayangan dramanya itu.
Golongan pondan atau mak nyah, sebenarnya mempunyai peluang untuk berubah dan kembali kepada fitrah. Meskipun sukar, bertaubatlah dan berusahalah melawan naluri ‘kewanitaan’ tersebut.
Siapa sangka lebih 30 tahun menjadi mak nyah, lelaki ini insaf dan tekad untuk berubah.Berikut perkongsian pengalaman hidup beliau, semoga menjadi pengajaran dan panduan golongan ini.
“Ya Allah.. kembalikanlah nafsuku sebagai lelaki. Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah…”
Demikian rintihan hati seorang bekas mak nyah setiap kali selepas menunaikan solat.Menurut Jefferi Mohd Nor, 53, dia benar-benar menyesal kerana terjebak kancah seks songsang selepas menjadi pondan akibat terlalu mengikut nafsu serta taksub kepada naluri menjadi wanita, suatu masa dulu.
“Saya sudah dua kali menunaikan ibadah Umrah. Muhasabah diri dan menguatkan iman kerana saya sudah insaf.
“Buat masa ini, saya tidak ada naluri seksual terhadap wanita, tetapi tidak bermakna fungsi alat kelamin saya sudah mati.
“Sekarang saya tidak tahu bagaimana untuk mencari naluri lelaki itu. Ya Allah, kau matikanlah nafsu pondan aku ini,” ujar Jefferi yang dahulunya adalah seorang guru.
‘Dinodai’ Lelaki Usia 5 Tahun
Mengimbas kembali sejarah dia terjebak menjadi pondan, Jefferi berkata, segala-galanya bermula selepas dia ‘dinodai’ seorang lelaki yang juga jirannya pada usia lima tahun.Akibat terangsang, dia menjadi ketagih seks songsang sejak kecil, lalu kemudian memiliki naluri menjadi wanita. Bagi kelihatan cantik, Jefferi membuat pembedahan plastik dan membuat implan silikon pada payudara.
Di penghujung usianya kini, Jefferi kembali ke pangkal jalan sebagai seorang lelaki, sejak dua tahun lalu bagaimanapun masih mencari kekuatan untuk menjadi lelaki sejati.
“Apa jalan untuk saya kembalikan nafsu lelaki ini, Saya dah puas cari jalan mengembalikan nafsu lelaki saya.Jika ada orang pandai mengubati saya, tolonglah,” kata Jefferi.
Pondan Boleh Berubah
Tegasnya, dengan apa dialaminya itu membuktikan bahawa seseorang pondan sebenarnya boleh kembali normal selagi ada kemahuan.Dia membantah keras, jika ada tanggapan mengatakan perasaan pondan akan selamanya terkurung dalam naluri wanita.
“Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kehendak nafsu pondan itu sudah beransur hilang dalam diri saya. Kini, saya mahu kembali menjadi lelaki dan berhasrat mencari isteri yang normal,” katanya yang bersyukur kerana tidak sempat membuang alat kelaminnya.
Ketika itu dia mahu melarikan diri bersama ‘teman lelaki’ warga Amerika Syarikat ke London bagaimanapun hasratnya itu terhalang kerana ibunya.
“Syukur kerana ketika itu saya tidak mampu untuk meninggalkan mak, lalu saya membatalkan hasrat pembedahan itu,” ujar Jefferi.
Jiwa Memberontak Cari Kebahagiaan Sejati
Selama menjadi pondan, Jefferi mengakui dia sedar perbuatannya itu berdosa besar namun dia tetap mengikut kata hati sehinggalah jiwanya memberontak mempersoalkan erti kebahagiaan sejati.
“Saya tidak bahagia, bagaimana saya nak bertemu Allah nanti. Apatah lagi ibu saya kemudian meninggal dunia sembilan tahun lalu.
“Oleh itu saya tekad, pada Ogos dua tahun lalu saya membuang implan silikon payudara di Thailand dan meninggalkan lelaki yang saya anggap sebagai ‘suami’ selepas 30 tahun kami bersama. Biarpun tiga anak angkat saya terkejut, namun saya tekad,”
“Saya tidak mahu lagi terjebak seks songsang dengan menjadi pondan,” luah Jefferi.
Nasihat Buat Golongan Pondan
Pada masa sama dia menasihati golongan mak nyah yang ingin bertaubat, supaya kembali kepada asas agama iaitu menunaikan solat lima waktu dan terus menjauhi golongan pondan.
“Saya memang tidak berkawan dengan golongan pondan lagi. Mana-mana pondan kalau nak baik, tolong elak berkawan pondan.Jika masih berkawan memang susah nak berubah kerana pondan ini sentiasa menyediakan habuan seks. Jadi susah kita nak berubah. Jika nak insaf, tinggalkanlah semuanya,” nasihat Jefferi.
Mengenai isu LGBT, Jefferi berkata, kerajaan tidak perlu melayan apa jua permintaan komuniti mak nyah kerana dalam Islam perkara yang haram tetap haram.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Buat golongan pondan atau mak nyah masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan selagi mempunyai tekad untuk berubah.Bertaubatlah.
Besar sungguh jasa dan kasih kakak pada adik-adiknya sehingga diri menjadi korban. Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia dihempap pokok besar dalam kejadian ribut di Kampung Balok Baru, petang semalam.
Sempat Tolak Adik
Difahamkan, mangsa sempat menolak dua adiknya bagi menyelamatkan mereka sebelum dia dihempap pokok besar terbabit.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.35 petang.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang terima satu kes daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng memaklumkan terdapat kes pokok tumbang dan menghempap remaja perempuan, empat kenderaan awam serta kabel elektrik.
“Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota terdiri tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari BBP Gebeng bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang remaja perempuan dihempap pokok dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pasukan bomba mula memberikan bantuan awal kepada mangsa sebelum menghantar mangsa ke hospital dengan menggunakan kenderaan keluarga mangsa.
“Kerja-kerja seterusnya anggota bomba menunggu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir ke lokasi untuk memotong bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Disahkan Meninggal Dunia
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian itu dan mangsa disahkan meninggal dunia.
“Mangsa dikenali sebagai Aliya Zahra Mohammad Hasnizam berusia 14 tahun dan berasal dari FELDA Cerul Satu, Kemaman, Terengganu,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.
Mingguan Wanita: Besar jasa dan pengorbanan kakak ini, sanggup bergadai nyawa menyelamatkan adik-adik sehingga diri terkorban.Moga ditempatkan disyurga dikalangan orang-orang yang beriman.
Menerusi laman instagram Abby Abadi, pelakon ini mahu menunaikan hajat memberikan sumbangan baju dan barang permainan untuk Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar, anak Allahyarham Abam.
Kata barangan itu dahulunya milik arwah anak lelakinya, Allahyarham Muhammad Danial Firman yang meninggal dunia sektar Disember lalu, yang mana Danial dilahirkan tidak cukup bulan.
Dalam pada itu, Abby turut menyatakan sokongannya kepada balu Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan ini dan berkongsi artikel yang ditulis oleh seorang peguam. Ianya berkenaan isu yang tercetus, berhubung video live tular yang dikongsikan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.
Kongsi Abby Abadi,
Hamzah oh Hamzah
Apapun alasan yang diberi.. Saya di pihak Baby & Mak Baby. Nanti nak gi melawat doranglah… nak bagi baju/barang mainan Daiyan yang banyak-banyak tak guna & tak muat dah buleh ke?
Baju Dayana ada cucu perempuan dah. Arwah Danial dah takde jadi baju Daiyan yang Saya kumpul nak bagi pada Baby Hamzah buleh kan @hidayah_abam
Maaf @acheykintangkintung pinjam gambar ye. Maaf @abbynadzri pinjam artikel awak & penjelasan lawyer. Itu juga kefahaman Saya mengenai hak seorang balu. Sayang Hamzah. Ada rezeki jumpa ye.
Kredit : @abbynadzri .
Kredit : @abbynadzri .
MW : Semoga segalanya dapat diselesaikan dengan baik.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...