
Hebatnya seorang mak ini dia boleh jadi apa saja untuk anak-anak kesayangannya. Walau diri dalam kesulitan, demi anak mereka jadi gagah.
Buat anda yang baru merasai momen bergelar mak-mak, cuba selami emosi yang dikongsikan oleh Puan Syuhada Zalizan ini. Anda akan faham betapa indahnya dan mencabarnya.
1. Sia sia jee kau iron baju, nanti berkedut seribu jugek.
2. Terimalah hakikat, baju kau nanti akan jadi peta duniaaaaa. Tompok muntah, tompok susu.
3. Bab tudung pulak, jangan berharaplah tudung tu nak terletak elok macam mula-mulaaa pakai tadi. Silap-silap tercabut terus.
4. Handbag lupakan jee lah. Mana nak muatnyaaa pampers, baju spare, botol susu, mp4, wipe tissue. Banyak kuttt.
5. High heels boleh masuk lemari. Gile terpeleot kaki nak kejar anak berlari satu mall.
6. Makan kat kedai makan macam marathon. Kunyah sekali terusss gulppp telan.
7. Masuk toilet pun 5 minit kluar. Nak touch up gincuuu pikir dua puloh kali kuttt.
8. Bertabahlah bilaa baju kau basah lencun lepas tukar pampers anak. Iyela, kalau dah umur setahun lebih kau agak-agak?

9. Lupakannn nikmat nak tido dalam kretaaa bila berjalan jauh. Nanti ada orang korek bijik mataaa. Grrr
10. Nak main fon? Mimpi wei mimpi. Dalam masa seminit jee ada rampasan kuasa berlakuuu.
Ada lagi yang tertinggal wahai mak-mak?
Sumber/Foto: Syuhada Zalizan via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Jenis Susu Kambing Ini Tak Boleh Beri Pada Anak Bawah Setahun, Kecuali No. 11

Isi Kandungan
ToggleRamai mak ayah yang anaknya alahan laktosa dan susu lembu, beralih memilih susu kambing. Sayangnya, berapa ramai mak ayah yang benar-benar ‘lulus’ dengan ilmu susu kambing ini?
Mak ayah faham susu kambing itu sunnah. Apabila susu kambing di pakej kan, ia tak lagi segar dan ada macam-macam penambah baikan mengikut keperluan penggunanya.
Ini penjelasan terperinci berkenaan pemberian susu kambing kepada anak daripada Dato Dr Suriyakhatun Osman. Sebelum mak ayah tahu apakah 11 jenis susu kambing yang tak boleh diberikan pada anak, kena kaji dan fahamkan dulu tentang susu kambing ini.
“Ramai juga yang memilih susu kambing sebab ia makanan sunnahkan?”
“Ada pula doktor yang katakan susu kambing jangan sekali-kali beri kepada anak sebab kurang berkhasiat dan akan dapat anemia. Betul ke?
“Ada yang berikan susu kambing sebab anak alah pada susu lembu. Boleh ke begitu? Jom kita kaji dan faham betul-betul tentang susu kambing ya.”
Faham Betul-betul 5 Sebab Mak Ayah Pilih Susu Kambing
Ada lima sebab untuk pilih susu kambing
1. Lebih mirip susu manusia.
2. Sudah semula jadi homeogenis.
3. Laktosa kurang dari susu lembu maka jarang ada laktose intolerance.
4. Lebih senang hadam.
5. Kurang Alpha Casein dan lebih Beta Casein maka kurang bahan yang menyebabkan alergik.
Persoalannya : Susu kambing memang kurang kalsium dari susu lembu dan ia juga kurang asid folic tetapi adakah ini bererti orang yang ambil susu kambing akan dapat enemia dan tulang senang reput?
Jawapan : Tidak begitu . Ada kajian yang menunjukkan lima perkara ini
1. Susu kambing tingkatkan kadar zat besi dalam tikus yang anemic.
2. Susu kambing lebih tinggi medium chain TG dan ini menyebabkan zat besi lagi mudah diserap.
3. Susu kambing lebih tinggi vitamin A dan Vitamin C dan kedua ini membantu penyerapan zat besi.
4. Susu kambing tambahkan penyerapan kalsium serta fosforus dan ini mengurangkan kemungkinan kalsium ganggu penyerapan zat besi.
Persoalannya : Adakah kurangnya kalsium dalam susu kambing menyebabkan tulang kurang kuat?
Jawapan : Tidak juga sebab kajian menunjukkan pengambilan susu kambing boleh hindarkan osteoporosis.
11 Jenis Susu Kambing Ini Tak Boleh Beri Pada Anak Bawah Setahun, Kecuali No. 11
Ada beberapa jenis susu kambing dalam pasaran. “Kesemua susu di bawah kecuali no.11 tidak boleh diberikan pada anak bawah setahun.”
1. Freeze dried organic pure goats milk dan susu kambing segar. Yang segar pastikan sudah di didihkan 15 saat.
2. Freeze dried organic ditambah probiotik dan lemak wajib.
3. Susu kambing dengan maltodextrin dan pengemulsi seperti soya lecithin.
4. Susu kambing dengan krimer.
5. Susu kambing dengan minyak sayur? Sama dengan krimer? Sebab minyak sayur yang ditepukan sama dengan krimer.
6. Susu kambing dengan gula dengan berbagai nama dan ada yang sembunyi sebagai ekstrak buah dan madu. Madu dari mana? Apa mutunya?
7. Susu kambing berperisa coklat atau lain-lain sama ada perisa asli atau tiruan.
8. Susu kambing ditambah prebiotik.
9. Susu kambing dengan pengemulsi atau maltodextrin.
10. Kombinasi bahan 4-9.
11. Susu formula kambing untuk anak bawah umur setahun.
Klik Sini Untuk Tahu Jenis-jenis Susu Kambing & Kandungan Di Dalamnya (Dengan Kerjasama Pembaca)

Ini Syarat Lain Nak Beri Susu Kambing Pada Anak
Susu yang lebih manis dari susu asli tak kira disebabkan gula atau ekstrak buah atau madu lebih elok jangan diberikan kepada anak lebih setahun yang masih banyak menyusu.
Jika diberikan, ini akan kekalkan tabiat suka manis dan kalori lebih dari gula walaupun gula buah akan kurangkan selera makan pada makanan pepejal. Ia boleh diberikan kepada anak yang sudah tidak kuat menyusu sekali sehari jika nak juga beri.
Susu kambing yang ditambah krimer pula: Banyak mana krimer? Krimer dari lemak sayur atau palm olein? Jika dari lemak sayur selain palm olein, akan ada transfat maka tidak sesuai untuk konsumsi. Di US ada tindakan sekarang untuk ban produk yang ada transfat sebab kajian telah menunjukkan ia bahaya pada kesihatan.
Susu yang diletak perasa tiruan, contohnya vanilin. Vanilin atau perasa vanilla adalah perasa sintetik yang dibuat antara lain dari guaiacol ia itu bahan petrochemical. Ia boleh menyebabkan alahan dan dalam kuantiti banyak boleh ganggu hati sebab ia adalah kimia.
Banyak jenis kuih, biskut, kek, ice cream, minuman serbuk guna vanilin. Susu kambing pun ada diletak vanilin. Vanilla asli adalah jauh lebih mahal dari perasa sintetik ini.
Jangan tanya nama susu mana ada bahan apa. Saya membuat tanggapan pembaca sudah matang dan sebagai penguna tahu memilih produk yang baik untuk diri dan keluarga.
Belajar baca label dan belajar untuk berhubung dengan penjual/pengeluar untuk mengetahui lebih tentang produk. Bila pembeli tidak peka tentang produk, pengeluar bebas membuat bermacam dakwaan tentang produk mereka.
Berkenaan dengan susu kambing formula ie untuk anak bawah setahun. Susu kambing penuh krim dengan bancuhan yang tepat ada terlalu banyak zat galian untuk anak bawah setahun.
Jika dicairkan pula akan tidak cukup lemak dan karbohidrat. Maka, formula adalah rumusan khas untuk anak supaya kandungan nutrisi sedekat mungking kepada keperluan anak .
Malangnya sekian lama, bahan yang ditambah pada formula adalah gula yang rendah mutunya, minyak sayur dari beberapa sumber kebanyakkan dari minyak ini perlukan proses kimia untuk ekstrak minyak dan minyak soya, minyak jagung serta minyak Canola adalah GMO.
SUSU IBU jugalah yang TERBAIK.
Rujukan:
http://www.journalofdairyscience.org/…/S0022-0302(…/fulltext
https://www.sciencedirect.com/…/artic…/pii/S2214024715000520
Sumber/Foto : Dr Suriyakhatun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Mentua Jangan Jadi Batu Api Bila Anak Menantu Bergaduh, Kena Adil, Cuba Nasihat Anak Sendiri Dulu

Isi Kandungan
ToggleMak mentua jangan jadi batu api bila anak menantu bergaduh, kena adil, cuba nasihat anak sendiri dulu. Bila menantu datang berjumpa minta pandangan dan pertolongan, jangan cepat melatah. Walaupun yang datang itu menantu, mengadu tentang anak sendiri.
Mak Mentua Jangan Jadi Batu Api Bila Anak Menantu Bergaduh
Tidak semestinya anak sendiri sentiasa betul untuk dipertahankan. Kadang kita sendiri tak kenal anak kita sendiri Bukan? Jadi bersifat rasional menegur anak sendiri dari jadi toksik salahkan menantu pula!
Artikel lain: Mak Mentua Tolonglah Jaga Mulut Kalau Nak Tinggal Dengan Anak Menantu, Jangan Jaja Cerita Pada Orang
Begitulah seperti yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin, jangan sesekali rasa ego jika anak sendiri yang buat salah. Sentiasalah menasihati mereka.
Selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup anak menantu.
Kena Adil, Cuba Nasihat Anak Sendiri Dulu
Yang membuatkan porak peranda hidup menantu ialah apabila mak mentua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak dia jadi seperti itu.
Berapa ramai mertua di Zimbabwe ini mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri?
Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini untuk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner…
Tak jadilah macam itu…
“Mengadu tentang anak dia, ko la kena…”
Tak ramai mak mentua memainkan peranan menasihati. Ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasut. Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu. Hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu itu. Hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu.
Baca lagi: Mak Mentua Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga, Hubungan Anak Menantu Berantakan
Pelik sungguh kejadian ini…
Nanti, kita yang muda-muda ini akan dapat menantu juga. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik.
Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai orang tua dan ibu bapa. Hanya yang cetek agama saja yang akan rasa macam itu.

Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu. Wallahualam.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lagi artikel: Mak Mentua Jangan Hanya Tayang, Bangga Menantu Pilihan Sampai Yang Lain Rasa Kecil Hati
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Terasa REZEKI SEMPIT, Perbaiki Hubungan Dengan Isteri Dulu,Check Mana Terkurang

Pesanan buat para suami, jika terasa rezeki sempit dan selalu tak mencukupi, perbaikilah dahulu hubungan dengan isteri, check mana-mana yang terkurang dan bahagiakanlah hatinya. Terutamanya melibatkan hutang nafkah dengan isteri. Ia antara punca utama rezeki selalu tersekat.
Baca Lagi Di Sini;
Pesan Ebit Lew,”Belanja Atas Isteri & Keluarga SEDEKAH Paling BESAR Nilainya”
Bahagiakan Isteri Sedekah Terbaik Seorang Suami, Yang Paling Besar Pahalanya!
Pesanan perkongsian daripada Hafizul Hakim yang wajar dijadikan panduan buat suami isteri;
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.

“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitulah.
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat suami isteri. Ada benarnya berbaiklah dan perbaiki hubungan dengan isteri, tunaikan nafkah sebaiknya serta bahagiakan hatinya. Percayalah rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara.
Sumber: Hafizul Hakim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI