Sebagai seorang isteri, adalah sangat penting menunjukkan rasa hormat pada suami. Setinggi mana pun pangkat dan darjat seorang isteri, perlu ingat syurganya tetap pada sang suami.
Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram.
Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci. Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri.
Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk.
sebagai isteri, sila jaga tutur kata.Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.
Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.Gunakan panggilan yang mesra dan selayaknya untuk seorang suami seperti abang, sayang, hubby dan sebagainya.
Jangan sindir suami tentang isu-isu sensitif. Kalau suami ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.
Dengar pendapatnya dan hormati permintaannya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.
Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.
Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.
Jangan jadi isteri Queen Control.Sesekali, berikan suami ruang untuk diri sendiri. Suami juga perlukan masa untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan mahupun melakukan aktiviti dan hobi yang digemari.Jangan halang, berikan ruang pada dirinya
Tanya pendapat dan berbincang suami dahulu bila isteri perlu membuat sesuatu keputusan yang penting serta hargai pandangan yang suami berikan.Ia membuatkan suami rasa dihargai, dianggap penting dan merupakan suatu penghormatan buat suami.
Jika berhadapan dengan konflik mahupun masalah didalam rumahtangga, jangan sesekali membuka aib suami hatta dengan orang yang terdekat dengan kita.Hormati suami, jadilah isteri yang matang dan bijak,selesaikan segalanya dengan cara terbaik.
Taat dan patuhi perintah suami selagi tidak bertentangan dengan agama.Contohnya meminta izin sebelum pergi kemana-mana, menutup aurat dan menjaga maruah sebagai seorang isteri.
Sumber: Baituljannah.com