1 Jam SELEPAS SUBUH Tentukan Hala Tuju Hidup Kita Seharian

Share

Selepas semalaman merehatkan diri, apabila terjaga dari tidur pada waktu subuh, bersegeralah menunaikan kewajipan padaNya. Namun perlu diingatkan bahawa 1 jam selepas subuh sangatlah bermakna. Ia boleh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita seharian nanti. Biasakan ‘pisahkan’ diri dari bantal, selimut dan tilam yang empuk selepas menunaikan Solat Subuh. Nikmatnya yang Allah bagi kita akan rasai sendiri nanti. Ini antara perkara yang kita perlu lakukan.

Renungkan perkongsian daripada Abu Hurairah Asifa ini sebagai panduan buat kita.

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan Tidur Selepas Subuh

Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Mandi & Bersihkan Diri

Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan

Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Beri ‘Makanan’ Untuk Hati

Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Baca Lagi Di Sini: Selain Sunnah, Sangatlah Besar Ganjarannya Bila Amalkan 2 Zikir Ini Selepas Solat Subuh & Maghrib!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi biasakan diri tidak sambung tidur selepas Subuh. Teruskan melakukan aktiviti seharian, membuat diri kita lebih bertenaga dan hidup lebih bermakna.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Published by
Suhaidah Abd Wahab