“Kau Pulangkanlah Ibu Kepada Anak-Anak Ini Ya Allah. Kami Sayang Rakan Kami, Lindungilah Mereka” begitulah ungkapan doa dari rakan artis Nora Danish buat Siti Sarah.
“Ya Allah, Pulangkanlah Ibu Kepada Anak-Anak Ini. Kami Sayang Rakan Kami, Lindungilah Mereka”
Ramai rakan selebriti yang menitipkan doa termasuklah pelakon cantik, Nora Danish. Seperti mana yang dimuakan menerusi entri di akaun Instagramnya, Nora Danish berdoa agar Siti Sarah dapat kembali ke pangkuan anak-anaknya.
“Ya Allah terima kasih di atas rezeki zuriat yg Kau berikan kepada keluarga ini ya Allah,
“Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.
Ads
“Kami memohon kepada Mu ya Allah,
“Kau pulangkan lah ibu kepada anak anak ini ya Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mendengar.
“Untuk @shuibsepahtu kami kagum dengan semangat kamu bro. Teruskan berdoa , kami ada dibelakang ok? Jaga diri. Kamu kena sihat n kuat ok?” tulis Nora Danish.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Nora Danish
Mingguan Wanita : Kagum dengan keprihatinan rakan-rakan artis yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Siti Sarah.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dinafikan pandemik Covid-19 memberi kesan pada persekolahan anak-anak. Ramai mak ayah yang risau dengan kesihatan anak-anak pada yang sama bimbang anak-anak ketinggalan dalam pelajaran apabila tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa.
Meskipun ada khabar angin bahawa sesi persekolahan akan ditangguh lagi memandangkan kes harian covid-19 yang semakin meningkat, namun terbaru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sesi persekolahan tetap akan bermula pada 20 Januari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana ramai ibu bapa yang risau kerana anak-anak tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.
“Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi yang semula jadi di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada Khamis.
IPT Seawal 1 Mac 2021
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pembukaan bagi institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM bagi sesi 2021 adalah tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
“Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) pula, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021,” katanya.
Sementara itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing.
MW: Jadi mak ayah sila ambil perhatian takwim persekolahan anak-anak ini iya. Dah boleh buat persediaan sedikit demi sedikit untuk persekolahan anak-anak yang akan bermula akhir Januari nanti.
Begitu berseri-seri wajah penyanyi yang disukai ramai ini apabila usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan dan mengumumkan bakal menimang bayi lelaki dijangka pada April depan.
Ternyata khabar yang diterima ini begitu indah dan merupakan rezeki yang tidak ternilai buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.
Bayi Lelaki Merupakan Kembar Anak Sulungnya Aafiyah
Aafiyah
Perkongsian terbaru lebih menarik apabila Siti memberitahu bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah, namun embrio tersebut disimpan terlebih dahulu.
Menerusi temu bual program radio #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini, Siti berkata embrio tersebut terjadi pada hari yang sama namun doktor tidak menggalakkan untuk masukkan dua embrio sekaligus dan memilih untuk masukkan Aafiyah terlebih dahulu.
“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF).
“Bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama.
Tiga Tahun Simpan Embrio
“Tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.
“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” luahnya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa temuramah tersebut.
Siti bersama suami tersayang.
Berikan Nama Anak Bermula Huruf A
Imbas kembali pada 1 Disember lalu ditemani suami Siti telah berkongsi khabar gembira dia kini sedang mengandung anak lelaki menerusi siaran langsung bersama Shopee.
Dalam pada itu, suami Siti, Datuk K turut berkongsi bakal memberikan nama cahaya mata lelakinya itu sebagai Muhamad dan seterusnya dengan nama yang bermula dengan huruf A.
“InsyaALLAH, nama anak akan diberikan pada hari ketujuh kelahiran. Nama anak lelaki saya sebelum ini, semua ada Muhamad dan bermula dengan hurup A. Jadi sama jugalah dengan yang ini.
“Syukur alhamdulillah untuk anugerah ini. Semoga dapat terus doakan yang terbaik agar baby yang bakal lahir nanti dapat menceriakan hidup kami sekeluarga, terutamanya pada Siti dan Aafiyah,” tambah Datuk K.
Bercerita tentang kandungannya Siti menyatakan, semuanya dalam keadaan yang baik dan sebagaimana kandungan pertamanya dahulu, dia tidak mengidam sesuatu di luar jangkaan.
“Nasib baik kedua-dua anak saya termasuk semasa mengandungkan Aafiyah dulu, saya tidak mengidam nak makan yang susah-susah atau pelik.
“Cuma setiap kali mengandung, saya tak boleh makan pedas sedangkan saya memang sangat suka pedas. Jadi, makan tak puaslah. Apapun alhamdulillah semuanya okay,” terangnya.
Sumber: SinarPlus Sumber Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza (ctdk)
Ramai memilih untuk melawat negara Balkan. Dubronik yang terletak di Croatia termasuk dalam pilihan itu. Sebelum ini, Norashikin Tajuddin telah melawat Greek dan Montenegero. Ikuti kisah percutiannya di Croatia pula.
Kami memilih Kota Dubrovnik atau nama kunonya, Ragusa kerana ia menyimpan pelbagai fakta sejarah, malah tersenarai sebagai salah sebuah Taman Warisan Dunia UNESCO. Lautnya yang membiru dan kota lama (old town) membuatkan kami teruja untuk ke sini.
Ditambah lagi melihatkan pemandangannya di dalam Google, bagaikan poskad. Seni bina lama Eropah terutama sewaktu zaman Renaissance terukir indah di setiap bangunan di dalam Old Town yang dikelilingi City Wall sepanjang dua kilometer.
Saya sukakan Dubronik kerana alam semulajadinya. Selain itu saya sukakan sikap penduduk Croatia yang sangat peramah dan banyak membantu kami.
Permandangan lautan yang membiru terbentang luas sangat mendamaikan dan saya berkesempatan melihat matahari terbenam. Bagi peminat drama bersiri Games Of Throne seperti saya sudah tentu teruja untuk melihat sendiri lokasi penggambaran drama tersebut.
Blok-blok dan bangunan lama sangat cantik. Begitu juga pelabuhan yang menempatkan kapal-kapal mewah. Sungguh cantik pemandangannya.
Banyak Berjalan
Sepanjang berada di Dubronik, saya dan kawan melawat sekeliling kota lama ini. Jika berada di Dubronik, kita perlu melawat lokasi menarik seperti Pile Gate, Onofrio Fountain, Stradun Street, The Rectors Place, City Walls, Old Town Port, Banje Beach, Lovrijenac Fotress, The Bell Tower, St Blaise’s Church, Dubronik Cathedral, Sponza Palace, Ploce Gate, dan Saint Ignatius Church.
Tempat menarik lain yang terdapat di Dubronik adalah Jesuit staircase, Gundulic Square, Franciscan Church and Monastery dan Dominican Monastery. Memang seperti Nampak banyak tempat yang perlu dilawati tetapi sebab semua ini hanya berjalan kaki sahaja sebab ia terletak di dalam satu Old Town.
Pengalaman yang paling saya tak dapat lupakan sepanjang bercuti di sini ialah bila hendak mencari apartment yang sudah kami tempah. Hampir satu jam kami berjalan dengan keadaan membawa backpack seberat 14 kg menaiki dan menuruni anak tangga sememangnya pengalaman yang bermakna.
Selain daripada itu semasa kami tiba di stesen bas di Dubrovnik, kami pergi ke kaunter untuk mengesahkan tiket kami untuk keesokan harinya. Kami mahu ke Mostar. Kami mahu mengesahkan samada kami akan menaiki bas yang sama berpandukan alamat yang dicetak.
Staff di kaunter mengiyakan. Pada keesokan harinya apabila kami hendak menaiki bas ke Mostar dari Dubronik, pemandu bas melihat tiket kami dan memberitahu kami perlu menaiki bas di tempat lain.
Kami mula panik sebab masa untuk ke tempat berkenaan amat suntuk. Tetapi pemandu bas tersebut mengambil tiket kami dan meminta kami naik basnya. Syukur Alhamdulillah. Nasib kami sangat baik. Saya andaikan mungkin bas yang sama juga akan mengambil kami di stesen yang sepatutnya kami naik.
Kadangkala komunikasi agak mencabar bagi kami. But so far so good.
Tip Bercuti Di Dubronik
1-Beli tiket secara online sekiranya anda ingin bergerak ke satu-satunya tempat menggunakan kemudahan pengangkutan darat.
2-Di Croatia sangat berbeza dengan negara-negara Balkan lain. Mereka sangat menepati masa. Pastikan anda berasa seawal 15 hingga 20 minit jika mahu menaiki bas.
3-Dubronik bandar yang sangat bersih. Jadi jangan buang sampah merata-rata tempat.
4-Disarankan jika melawat untuk bermula dari pintu masuk Pile Gate yang terletak di hadapan Onofrio Fountain di Old Town.
5-Jangan pergi ke Dubronik pada musim panas atau summer kerana suhu panasnya terlalu tinggi, Mungkin disebabkan ia dikelilingi oleh lautan.
6-Sehari sahaja diperlukan untuk melawat keseluruhan Dubronik.
7-Pengangkutan utama adalah bas.
Foto: Norashikin Tajuddin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...