Ralit melihat kepingan gambar dekorasi Hello Kitty di rumah wanita ini. Serius, tak sangka rupanya memang wujud rupanya peminat tegar karakter kucing comel yang berasal dari Sanrio, Jepun ini.
Masa kan tidak, hampir 80 peratus dekorasi rumah wanita ini dipenuhi dengan karakter Hello Kitty. Setiap inci sudut dan ruang rumah ini dilengkapi dengan barangan Hello Kitty, baik di dapur, ruang tamu, meja belajar, bilik air, bilik tidur dan sebagainya.
Minat Hello Kitty Dari Zaman Sekolah
Menurut pemilik, Khuraidah Baidzowi,37, minat mengumpul koleksi barangan Hello Kitty ini timbul sejak dari zaman sekolah menengah lagi dan kecintaan terhadapan karakter kucing comel ini masih lagi berterusan sehingga kini.
Ads
“Minat pada Hello Kitty ni sejak zaman sekolah. Mungkin sebab karakter Hello Kitty ni yang comel dan berwarna merah jambu membuatkan saya jatuh hati dan suka dengannya.Namun, ketika itu, sebab masih sekolah dan hanya mengharapkan duit saku, nak beli barang-barang ini agak terhad dan terbatas.Ditambah pula barangan Hello Kitty ini agak mahal harganya,”
“Setelah bekerja dan berkahwin, saya semakin kerap membeli barangan Hello Kitty ini.Ia bagaikan ‘membalas dendam’ kerana tidak mampu membeli sepuas hati waktu sekolah dahulu. Boleh dikatakan, selepas berkahwin sebelum memiliki anak dahulu, setiap minggu saya akan ke sebuah kedai khusus di Bangsar untuk membeli dan menambah lagi koleksi barangan Hello Kitty.
Tambah, Khuraidah lagi;
Ads
“Jika sebelum ini, saya banyak membeli peralatan,perkakasan dapur dan aksesori Hello Kitty, namun setelah mempunyai anak, saya lebih gemar membelikan baju, stationeries dan sebagainya untuk anak-anak,”jelas Khuraidah yang mesra dipanggil Ida.
Mendapat Sokongan Suami
Bukan itu sahaja, wanita yang merupakan ibu kepada tiga orang cahayamata ini cukup bertuah apabila minatnya terhadap karakter comel ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada suami tersayang.
“Suami,Roslan Ali,43, memang memahami dan mengetahui minat saya yang satu ini. Malah, suami,kawan-kawan, adik beradik mahupun ibu mertua turut memberikan sokongan penuh pada minat saya ni. Jika ada kedai, mahupun pameran yang menjual barangan Hello Kitty ini, mereka pasti akan memberitahu saya. Malah, mereka juga turut membelikan barangan Hello Kitty ini untuk di jadikan koleksi” ujar Khuraidah,yang memiliki barangan Hello Kitty dari serata negara seperti Jepun,U.S, Indonesia dan sebagainya.
Menurut Khuraidah lagi, jika dahulu, barangan Hello Kitty ini agak terhad dan sukar untuk didapati.Tak banyak kedai atau seller online yang menjual barangan ini, berbanding sekarang ia lebih mudah.Kebanyakkan barangan Hello Kitty boleh dibeli secara online seperti di E-bay, malah ada juga kedai yang menjual khusus barangan Hello Kitty ini.Jika dikira, anggaran RM20,000 telah dibelanjakan sehingga kini, demi minat mengumpul koleksi comel ini.
Ads
Selain itu, minat yang mendalam pada Hello Kitty bukan sahaja dizahirkan pada pembelian barangan tersebut, malah beliau sendiri turut aktif menyertai page Facebook peminat Hello Kitty yang di namakan “Hello Kitty Junkies” dan bertindak sebagai salah seorang Admin.
Setiap orang miliki minat yang berbeza. Hakak,kagum dengan minat dan kesungguhan wanita ini yang setia mengumpul koleksi karakter Hello Kitty ini sekian lama. Jika bukan peminat tegar, bukan mudah tau, nak kumpulkan segala koleksi kesayangan ni, malah memerlukan masa, kos dan minat yang mendalam!
Jom kita cuci mata antara koleksinya;
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Baru-baru ini kisah Jaan Punching Bag & Beautiful Me menjadi viral di laman sosial. Hebatnya, kisah ini berjaya mendapat perkongsian lebih ratusan ribu. Rata-rata yang membaca kisah ini turut berasa sedih serta terkesan dengan ‘penderitaan’ yang dialami oleh watak utama cerita tersebut. Namun, disebalik penerimaan luarbiasa kisah 15 episod ini, sebenarnya terselit 3 elemen yang disampaikan tanpa disedari iaitu Softporn, Child Pornography dan Pedofilia.
Berikut merupakan ulasan padu yang dikongsikan oleh Mohd Fairuz Bin Abu atau lebih dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi sebagai rujukan;
Tiket sold out! Kisah viral Jaan Punching Bag dan Beautiful Me kini dilayar perak. Para penonton tak sabar menyaksikan adegan seks 5 hingga 7 kali sehari, domestic violence, tumbuk sampai lebam, jenayah seksual kanak-kanak, softporn dan child pornography difilemkan.
Ibu-ibu mengheret suami untuk ke panggung. Anak-anak kecil juga dibawa bersama. Kata mereka, kisah ini bagus, tak kisahlah didalamnya ada adegan rogol, cabul atau grooming sex, yang penting ianya untuk kebaikan bersama. Ambil pengajaran, jangan pandang yang negatif sahaja.
Sudah pasti air mata akan tumpah pada babak akhir filem. Andrea Kiss selaku penulis skrip tersenyum bangga dan terharu atas sambutan rakyat Malaysia. Usaha beliau mengolah cerita, berimaginasi seks dalam menghasilkan karya Jaan Punching Bag dan Beautiful Me berbaloi.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada wanita di luar sana yang menularkan kisah itu sehingga dikongsi lebih 200,000 kali. Ini satu pencapaian yang paling luar biasa atas kerjasama kaum ibu di Malaysia.
Ibu-ibu ini tidak sabar menyaksikan lakonan mantap pendatang baru yang membawakan watak Syakiq. Sudah pasti kacak, putih melepak, katang, bermata kebiru-biruan, berbulu di dada, lincah dalam tarian dan ganas di ranjang.
Puan-puan yang saya kasihi sekalian, tanpa kita sedar kedua kisah viral ini mengangkat isu yang sering saya kongsikan bersama teman-teman yang lain, Puan Zeeda Aziz dan Tuan Mohd Fadhli.
Saya sengaja memulakan ulasan tentang Jaan Punching Bag dan Beautiful Me dengan membayangkan situasi yang boleh berlaku pada masa depan.Jujurnya, saya sangat terkejut dengan penerimaan kisah ini. Setahu saya, ia bermula di page Kisah Rumah Tangga, kemudian diolah kembali oleh Andrea di pagenya.
Kau tahu Puan, untuk dapatkan sharing beratus ribu dan ia bersifat local sangat mustahil untuk dilakukan. Posting yang dikongsi sebanyak ini biasanya bersifat worldwide. Maksudnya, satu dunia share. Tapi ini, hanya orang Malaysia yang kongsikan. Power nok!
Kau pun tahu, kisah ini berepisod. Penulisannya panjang ya ampun. Paling kurang, 3 jam diperlukan untuk baca perenggan demi perenggan sehingga habis. Kenapa ia tetap juga dibaca oleh Puan-puan? Sebab ia diadun kemas dengan ketiga topik yang saya tulis diatas : Softporn, Child Pornography dan Pedofilia.
Mari kita ikuti satu-satu, Softporn adalah penulisan atau bahan bacaan atau lakonan yang bersifat lucah, tetapi masih belum hardcore atau extrem. Ia masih berkisar tentang seksual, pembaca boleh membayangkannya, tetapi tak sampai tahap zakar dimasukkan ke dalam faraj atau dubur atau mulut.
Child Pornography pula adalah video atau penulisan atau bahan bacaan lucah yang memaparkan kanak-kanak sebagai subjek. Walau di barat industri pornografi bersifat legal, tetapi mereka menentang keras penglibatan kanak-kanak di dalam industri ini.
Apa itu Pedofilia? Bahasa mudahnya adalah lelaki atau perempuan yang ada kecenderungan atau orientasi seksual terhadap kanak-kanak. Maka, mereka akan menyimpan gambar berbaju atau tidak berbaju atau berbikini, video, bahan bacaan dan yang berkaitan.
“Bilamana ketiga aspek ini diadun dalam kisah Jaan, maka pembaca akan berasa kebersamaan. Simpati, empati dan sedih. Apatah lagi bila penulis memasukkan elemen keganasan dalam rumah tangga.Elemen ini sangat penting untuk menarik minat kaum wanita. Mereka rasa lelaki ini tak guna, hanya mahu seks, memandang wanita golongan kelas kedua serta hanya tahu melampiaskan kemarahan pada isteri semata-mata”.
Maka, para pembaca terus bersolidariti dengan menge’tag’ pasangan masing-masing, teman lelaki serta kawan-kawannya. Inilah kebersamaan yang saya maksudkan.
Unsur lucah diketepikan, yang penting kisah ini memberi pengajaran. Kata mereka, paling kurang kita dapat tahu betapa naifnya anak-anak di pedalaman yang dinafikan hak mereka.
Baik, jika itu alasan Puan-puan, mari kita study tentang isu di bawah ini :
Puan-puan yang saya kasihi, tahukah anda pertengahan tahun ini telah digubal satu akta di Dewan Rakyat dalam menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak?
Salah satu kesalahan yang termaktub adalah, jenayah seksual bersifat non fizikal. Ia bukan cabul, rogol atau liwat.
Kisah yang Puan baca itulah salah satu kesalahan seksual non fizikal. Ia boleh jadi berbentuk pembacaan, menghantar gambar dan video lucah di media sosial dan whatsapp group hinggalah sexual grooming di internet.
Apa itu sexual grooming? Puan-puan boleh tonton video garapan R Age dalam mengulas bagaimana Predator/ Pedofilia ini merosakkan anak-anak kita melalui bahan bacaan, gambar dan video lucah.
Dahulu, budak lelaki suka baca cerpen lucah berjudul Cikgu Suraya. Mereka sorok-sorok membacanya. Hanya berkongsi sesama kawan yang boleh dipercayai. Namun kisah Jaan dan Beautiful Me ini ditularkan semahu mungkin oleh Puan-puan atas dasar sedihnya cerita ini. Sisi halus seks non fizikal tidak nampak atau buat-buat tak nampak?
Puan, kisah itu bukan sahaja tak elok dibaca oleh anak-anak, orang dewasa pun tak boleh! Apatah lagi yang berkongsi kisah itu Anonymous, kita tak kenal pun. Si penulis Andrea itu siapa pula? Entah-entah beliau seorang lelaki! Rujuk facebook Cikpuan Auni Ameera ya.
Jika ada yang report, penulis boleh didakwa di mahkamah kanak-kanak, dibicarakan serta dijatuhi hukuman penjara 15 ke 20 tahun.
Bila nak didik anak, tak perlulah jadikan kisah seperti ini sebagai bahan rujukan. Please, educate anak-anak kita mengenai kesihatan reproduktif, private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, apa yang perlu mereka buat andai ada individu yang dikenali atau tidak dikenali cuba mencabul mereka dan yang berkaitan.
Itu yang sepatutnya Puan. Bukan habiskan masa membaca karya fake yang di klaim true story.
Perempuan yang menjadi mangsa keganasan seksual tidak sewenang-wenangnya akan bercerita hal itu dengan orang lain. Ia mengaibkan, menyakitkan, trauma, boleh mengalami depresi.
Mereka akan hilang percaya dengan lelaki, dirasakan semua lelaki sama, memandang wanita dengan simbol seks semata-mata.
Namun berbeza dengan kisah Jaan, juga Beautiful Me. Watak utama menjadi mangsa cabul, rogol dan liwat. Kemudian, hari esok beliau bangkit tidur, ceria seperti kebiasaannya, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.
Eh! Bodohnya! (Maaf, terpaksa guna ayat ini). Puan, kau tahu tak anak-anak kita yang menjadi mangsa jenayah seksual sukar sekali untuk bangkit dari sejarah hitam ini. Realitinya, ada yang menyimpan rahsia ini berbelas tahun lamanya bahkan ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka malu pada diri sendiri, stress hingga tahap berfikir mahu bunuh diri.
Itu yang trauma. Belum lagi kisah adik-adik kita yang ketagih melakukannya. Ia bermula ketika kanak-kanak, beliau dicabul atau dirogol oleh abang atau bapa kandung atau datuk atau bapa saudara atau mana-mana individu syaitan di luar sana.
Kes-kes seperti ini tidak seronok untuk dikongsikan oleh mana-mana mangsa penderaan seksual kepada sesiapapun. Apatah lagi ditularkan di media sosial dalam bentuk penulisan panjang dengan alasan memberi pengajaran kepada orang lain, melainkan ianya fake dan ditulis oleh penulis yang memiliki fake identity juga.
Puan, kalian tahu tak, di tangan kau oranglah viralnya satu-satu posting. Maka, gunakanlah kuasa yang kalian ada untuk tularkan kisah-kisah yang baik untuk masyarakat.
Oleh sebab kisah ini dkongsi lebih 200 ribu kali, maka izinkan saya bertanya : Rasa-rasa puan, kisah fake Andrea ini dibaca tak oleh para remaja dan pedofilia di luar sana? Jika mereka membacanya, agak-agak apa yang boleh berlaku kemudiannya?
Ingat, jangan sampai isteri dok ralit mengalirkan air mata membaca kisah softporn sambil si suami sorok-sorok tonton video lucah minah salleh beraksi di ranjang! Anak-anak pula layan porn di telefon bimbit bapak yang didalamnya terdapat koleksi video lucah yang disimpan dalam satu folder!
Wahai kaum ibu, bangkitlah! Bersatulah! Bantu saya untuk share post ini, tag kenalan anda dan tularkan.
Dulu, Jeffri Jefisz tinggal di apartment dan belum kenal geng kebun. Hujung tahun lalu, dia join grup Kebun Bandar: Jom Tanam sendiri. Rumah barunya di Gombak pun sudah ada laman. Semangat dari geng kebun membakar semangatnya.
Dalam tempoh tak sampai setahun terhasillah ‘Pallet Garden’ dari koleksi kayu pallet, botol mineral dan bahan-bahan menjimatkan. Cantik sungguh taman edible yang dibina di laman kediamannya ini.
Ada 50 jenis tanaman dalam kebun tepi rumah Semi D setingkat ini. Antaranya herba Inggeris; rosemary, thyme, dill, sage, oregano, parsley dan herba Melayu; kunyit, pandan, limau purut, serai, kesum malah sayuran; pak choy, cili padi, sawi bunga, tomato.
1. Sediakan net (jaring) supaya kayu lebih tahan lama dan tak mudah mereput.
2. Sebelum pilih kayu pallet, pastikan kayu itu tak dijangkiti anak-anai.
3. Pastikan susunan pokok-pokok bersesuaian dan menerima pencahayaan matahari yang mencukupi.
4. Sediakan pasu kayu pallet jenis yang mudah alih. Nanti mudah untuk anda ubah-ubah mengikut tumbesaran tanaman dari masa ke semasa.
“Ya, memang ada tanaman yang tak menjadi. Terutama sayuran yang jenis sensitif. Ada yang perlukan cuaca yang sejuk seperti salad. Herba-herba Inggeris juga agar rumit dan perlukan penjagaan yang rapi. Tapi saya tak pernah putus asa. Jika gagal sekali, saya cuba pula menanam guna kaedah lain.
“Sebelah pagi sebelum pergi kerja, saya akan siram pokok. Petangnya, saya siram semula lepas pulang daripada kerja.Kalau tak menang tangan minta bantuan isteri. Anak pun sama membantu. Kena ajar berkebun dari kecil. Secara tak langsung, suntik minat anak menanam.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Telur Bungkus memang sedap dinikmati dengan nasi putih. Tapi nak buat telur bungkus yang elok sempurna kejadiannya memerlukan teknik dan cara yang tertentu.Lebih-lebih lagi ketika ingin terbalikan telur ke dalam pinggan. Kalau salah teknik, memang boleh hancur telur jadinya.
Menerusi perkongsian Herda Johan, beliau berkongsi resipi dan menunjukkan cara menghasilkan telur bungkus yang sedap serta elok sempurna bentuknya ketika diangkat ke dalam pinggan.
Isi ayam secukupnya
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 biji bawang besar (potong dadu)
mix vege secukupnya
sedikit cili kisar
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
perasa gula garam
3 atau 4 biji Telur
1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar,isi ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.
2.Masuk sos tiram & sos cili. Letak air sikit bagi pekat dan masukkan perasa.
3. Pecahkan telur dan pukul rata sehingga sebati.
4.Leretkan minyak keliling permukaan kuali. Buang minyak berlebihan dan gunakan Api sederhana.
5.Tuang telur dan biarkan tepi telur kering.Kemudian letak inti dan bungkuskan ia ikut cara dibawah ini.
1.Elok guna kuali yang tak melekat.
2.Sewaktu letakkan inti atas telur, jangan angkat dahulu.Sebaliknya,kikis bahagian tepi telur dahulu agar telur tidak melekat sewaktu hendak terbalikkan nanti.
3.Sewaktu mahu terbalikkan telur, sebelah tangan pegang pinggan dan sebelah tangan lagi pegang telinga kuali. Selepas itu, telangkupkan cepat-cepat.
Simpati dengan apa yang berlaku, niat murni pencinta haiwan nak selamatkan kucing jadi tragedi apabila dia terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir empat meter.