Pandemik Covid-19 sememangnya merubah kehidupan kita pada hari ini. Golongan wanita di luar sana juga turut terkesan dan merupakan antara mereka yang kuat.

Seperti mana yang diseru oleh Pengasas The Photolicius, Kamalia Kamal atau mesra dengan panggilan Kak Kay wanita di luar sana sememangnya kuat dan cepat bangkit.

Wanita Memang Kuat! “Percayalah Esok Lusa Kamu Jatuh 5 Kali Tetapi Bangkit 15 Kali”

Bangkit Wanita, Percayalah Kamu Kuat!

“Pada semua wanita di luar sana, Bangkit Wanita percaya yang kamu boleh bangkit esok lusa kamu jatuh lima kali tetapi kamu bangun semula sebanyak 15 kali,” begitulah luahan Kak Kay ketika ditemubual sewaktu bersiaran langsung semalam bersama FB Live Bangkit Wanita, Kisah Inspirasi & Sukses.

Wanita Memang Kuat! “Percayalah Esok Lusa Kamu Jatuh 5 Kali Tetapi Bangkit 15 Kali”

Menerusi topik, “PKP, Bukan Masa Minta Belas Kasihan, Bangkit Usah Mengalah” Kak Kay yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi melihat kehidupan lebih daripada biasa melalui lensa kameranya.

Di samping itu, kini Kak Kay banyak menulis di media sosial dan menjadi penceramah mengenai perhubungan suami, isteri dan juga kewanitaan dalam mengenali karektor.

Wanita Memang Kuat! “Percayalah Esok Lusa Kamu Jatuh 5 Kali Tetapi Bangkit 15 Kali” Wanita Memang Kuat! “Percayalah Esok Lusa Kamu Jatuh 5 Kali Tetapi Bangkit 15 Kali”

Covid-19 Beri Impak Pada Masyarakat, Dunia Bisnes & Perhubungan Suami Isteri

Wanita Memang Kuat! “Percayalah Esok Lusa Kamu Jatuh 5 Kali Tetapi Bangkit 15 Kali” Wanita Memang Kuat! “Percayalah Esok Lusa Kamu Jatuh 5 Kali Tetapi Bangkit 15 Kali”

Ads

Covid-19 banyak memberi impak kepada masyarakat, dunia bisnes dan juga dalam hubungan suami-isteri. Bagaimana kita mahu kekal relavan dan bahagia walaupun dalam keadaan pandemik yang hampir melewati dua tahun ini.
Tertekan dan stres mungkin menjadi punca pelbagai masalah, malah ada yang hampir putus asa untuk meneruskan hidup.

Keadaan Pandemik semua terkesan bagaimana keadaan wanita di luar sana?

Sewaktu ditemubual Kak Kay menjawab dirinya sebagai seorang ahli perniagaan juga terkesan dengan keadaan hari ini.

“Saya sendiri terkesan, sebab saya sendiri terlibat dalam bidang seminar dan latihan. Bersyukur ada suami, bayangkan orang perempuan dia dan suami tak ada pendapatan. Jika mereka tinggal di bandar, akan menjadi miskin bandar kalau di kampung mungkin dia nak bercucuk tanam.

“Banyak kawan-kawan saya sendiri yang terpaksa turunkan taraf kehidupan tiba-tiba, sangat mencabar terutamanya wanita.

“Jujurnya pada waktu ini, kita tak berada dalam kehidupan seseorang. Ada yang rezeki mereka melimpah rauh sewaktu Pandemik Covid-19 ni dan ada yang diduga dan diuji dengan masalah kewangan.

“Kalau dalam keadaan sekarang, jika kamu ibu tunggal, saya faham anda buntu jangan malu untuk minta bantuan. Kita ni manusia biasa yang tak sempurna, terimalah yang anda perlu dibantu. Kadang-kadang kita tak nampak jalan keluar dan perlukan orang luar membantu.

Ads

“Bantuan dari Allah kita terima sebaiknya, kita kena terima segalanya,” ungkap Kak Kay.

Doa Pada Yang Maha Esa

Kak Kay juga menerangkan antara pendekatan yang boleh diambil sewaktu PKP ini, janganlah hanya duduk dalam permasalahan keluarlah dan cari solusi terbaik.

“Kita kena melihat kepada solusi, pergi kepada mereka yang berjaya untuk membantu kita agar dapat menjana pendapatan. Jangan hanya duduk dalam permasalahan keluarlah segera. Doa pada Allah untuk atasi masalah anda dengan cara terbaik,” sambungnya.

Tolonglah Layan Kawan Yang Hubungi Kita

Bukan itu saja, malah Kak Kay turut menasihati jika ada rakan yang tiba-tiba hubungi dan mahu berbual, janganlah menolak.

“Pada waktu sekarang tak boleh pentingkan diri sendiri. Jika kamu ada kawan yang call pada waktu sekarang nak sembang angkat telefon dan layan. Jangan pilih kawan, tolonglah layan kerana pada masa ini semua orang diuji dengan kesempitan hidup. Tolonglah sekarang ni kita kena jaga kita,” luah Kak Kay yang menasihati agar berkongsilah rezeki kepada mereka yang memerlukan terutamanya keluarga dan rakan terdekat.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah penuh inspirasi, terus setia bersama kami menonton video ini.

Ads


#mingguanwanita
#bangkitwanita
#kisahinspirasisuksesmingguanwanita

Baca Disini Juga:

Diuji Anak Autisme, Penat Kalau Cari Punca, MakAyah Kuatlah Untuk Bangkit

Kanser Bukan Pengakhiran Hidup Tapi Tiket Ke Syurga, Bangkit & Teruskan Positif

Dugaan Hilang Kerja, Jangan Minta Belasan Tapi Bangkitlah Cari Jalan Usaha

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI