Wanita kesayangan rakyat Malaysia, 32 calon wanita daripada 127 bertanding kerusi parlimen dapat mandat PRU-15. Seramai 32 calon wanita daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.
Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia
Seperti mana yang dilaporkan BERNAMA, bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) seramai 15 daripada 60 lagi calon yang bertanding di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah berjaya memenangi kerusi masing-masing.
Daripada keseluruhan 127 calon Parlimen, 16 adalah calon Pakatan Harapan (PH), lima daripada Gerakan Parti Sarawak (GPS), tujuh daripadanya Perikatan Nasional (PN), tiga Barisan Nasional (BN) dan satu daripada Warisan, manakala bagi DUN, tujuh (PH),lima (PN) dan tiga (BN).
Kekal Menang Datuk Seri Dr Wan Azizah, Hannah Yeoh, Datuk Nancy Shukri, Datuk Seri Dr Noraini, Datuk Seri Azalina
Antara calon PH yang memenangi kerusi yang ditandingi ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 9,817 selain Teo Nie Ching, Teresa Kok Sim dan Hannah Yeoh masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Kulai, Seputeh dan Segambut.
Sementara itu, bekas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri yang bertanding di kerusi Parlimen di Santubong memperoleh undi majoriti sebanyak 19,485 selain Datuk Rubiah Wang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Samarahan dan kedua-dua mereka antara calon wanita bagi GPS.
Calon muka baharu, Rodiyah Sapiee turut memberi kemenangan buat GPS di Parlimen Batang Sadong selepas menewaskan wakil PH, Cikgu Lahaji dengan majoriti 14,893 undi.
Dalam pada itu, antara calon wanita BN yang memenangi kerusi adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Parlimen Parit Sulong, dengan majoriti 11,474 undi, selepas memperoleh 25,740 undi.
Ads
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said juga terus mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang apabila berjaya meraih sebanyak 21,738 undi selain Datuk Siti Aminah Aching memenangi kerusi di Parlimen Beaufort.
Bagi calon wanita PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah yang dimenangi dalam PRU-14 atas tiket BN selepas memperoleh 25,604 undi dengan majoriti 4,411 menewaskan calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid.
Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menjadi calon tunggal wanita yang memenangi kerusi Warisan sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi.
Selain itu, kubu kuat PH, Parlimen Permatang Pauh yang sinonim dengan legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbang di tangan parti lawan apabila Nurul Izzah tewas kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272.
Penyandang Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin juga gagal mempertahankan kerusinya selepas tewas dalam pertembungan sembilan penjuru di kawasan itu apabila hanya meraih 4,589 undi.
PRU-15 menyaksikan penurunan jumlah calon wanita iaitu 187 orang bertanding 251 orang sewaktu PRU-14 pada 2018.
Pilihan raya kali ini turut menyaksikan PH memenangi 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam),Warisan (tiga), PBM satu kerusi dan dua calon bebas.
Sakit Belakang Ingat ‘Slip Disc’ Rupanya Petanda Hidap Kanser Payudara Tahap 4! Setiap perubahan yang berlaku dalam diri, merupakan petanda bagi sesuatu penyakit atau tahap kesihatan sendiri.
Seorang wanita di Taman Guru, Air Merah, di sini, tidak menyangka sakit belakang yang disangka akibat masalah tulang rawan tergelincir atau slip disc rupa-rupanya petanda dia menghidap kanser payudara.
Anaknya, Hanis Fakhira Mohd. Amin, 23, berkata, ibunya, Norsidah Yusuff, 47 disahkan menghidap penyakit itu sejak setahun lalu dan kini sudah berada pada tahap empat.
Terbaring Lemah Sejak Sebulan
Katanya, keadaan ibunya semakin lemah selepas menjalani rawatan di hospital sehingga menyebabkan ibunya terbaring sejak sebulan lalu.
“Awalnya ibu tidak tahu pun dia menghidap kanser payudara, tetapi ada mengadu sakit belakang yang disangka slip disc. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan ibu menghidap kanser dan kini telah sampai tahap empat.
“Kanser sudah merebak ke organ yang lain, menyebabkan kesihatannya merudum selepas menjalani rawatan radioterapi di hospital. Keadaan itu menyebabkan beberapa lagi kitaran rawatan yang sepatutnya dilakukan terpaksa dihentikan sehingga ibu stabil.
“Ibu juga sekarang bergantung kepada mesin oksigen di rumah secara 24 jam. Keadaannya sekarang terlantar dan hanya mampu minum susu khas melalui tiub selain memakai lampin pakai buang,” katanya baru-baru ini.
Terdahulu, Norsidah menerima kunjungan daripada Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abas bersama Pertubuhan Amal Bakti Kebajikan Masyarakat Mersing serta wakil Baitulmal Mersing.
Dalam lawatan itu Islahuddin menyerahkan sumbangan lampin pakai buang serta susu khas yang diperlukan ibu kepada empat orang anak itu.
Kos Rawatan Mencecah RM3,000 Sebulan
Kakak ipar, Rosni A. Hamid, 60, pula berkata, Norsidah juga menerima bantuan sewaan tong oksigen daripada Ustaz Tido untuk tempoh enam bulan.
“Dianggarkan kos untuk rawatannya sahaja mencecah RM3,000 sebulan. Suaminya bekerja tetapi perlu tanggung anak yang masih belajar. Syukur apabila ramai yang membantu,” katanya.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Norsidah Yusuff 01096020268591.
Selepas tujuh tahun berkahwin akhirnya penyanyi Nur Farah Idayu Yaakob atau Idayu begitu gembira apabila mengumumkan dirinya sudah selamat melahirkan anak sulung.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang juga pernah dinobatkan sebagai juara AF Megastar pada 2017 ini dan suami Shahrul Fadzil begitu bersyukur dengan nikmat diberikan Allah SWT.
Berkat Kesabaran Idayu Kini Bergelar Ibu
Tahniah diucapkan buat Idayu dan pasangannya! Dengan berkat kesabaran diiringi doa akhirnya Idayu dan suami menerima anugerah Ilahi ini dengan hati yang gembira.
Malah berita itu juga dikongsi bersama pengikutnya menerusi laman Instagram dengan memaklumkan dirinya selamat bersalin cahaya mata pertama, lelaki pada Jumaat lalu.
Putera Sulung Aryan Rifai
Idayu melahirkan bayi pertamanya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang. Cahaya mata sulungnya itu diberi nama Aryan Rifai.
“Ikutkan, saya sepatutnya bersalin secara normal sebab bukaan pun dah tujuh sentimeter. Tapi keadaan baby semakin lemah sebab kepala dia tersangkut di tali pusat menyebabkan dia kurang oksigen,” terang Idayu seperti mana dipetik menerusi portal online Mstar.
Idayu juga menerangkan dia terpaksa dibedah kerana pada waktu itu, keadaan bayi tidak stabil.
“Itu yang terpaksa saya lalui pembedahan. Nak timbang berat bayi selepas keluar pun tak dapat sebab dia dalam keadaan yang tidak stabil. Sekarang pun, baby dalam ICU lagi tapi Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik,” sambung Idayu.
Detik Indah Ini Tidak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila
Walaupun terpaksa merasai pengalaman sakit hendak bersalin normal dan secara pembedahan namun detik tersebut sangat indah buat dirinya yang tidak akan dilupakan hingga akhir hayat.
Apatah lagi Idayu yang sudah menginjak usia 35 tahun berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk melalui proses bersalin. Malah penantian hampir tujuh tahun untuk menimang cahaya mata sangatlah dinanti-nantikan. Idayu juga sangat bersyukur dan berterima kasih kepada peminat and rakan selebriti yang tidak putus mendoakan segala urusannya dipermudahkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Wanita meninggal ditelan ular sawa, perjalanan beli ubat anak sakit berakhir tragedi. Seorang wanita ditemui meninggal dunia di dalam perut ular sebesar 8 meter di Sulawesi Selatan, Indonesia dalam perjalanan membeli ubat untuk anaknya yang sakit.
Siriati, 36 tahun sebelum ini dilaporkan tidak tiba di rumah saudaranya. Risau mengapa adiknya tidak kunjung tiba, saudara mara memulakan pencarian mencarinya sebelum suami arwah terserempak dengan seekor ular sawa yang perutnya besar luar biasa berbanding kebiasaan.
Wanita Meninggal Ditelan Ular Sawa
Lebih menyedihkan, suaminya Adiansa, 30 telah menemui selipar dan seluarnya di atas tanah kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Kampung Siteba, wilayah Sulawesi Selatan.
“Tidak lama selepas itu, dia ternampak seekor ular, kira-kira 10 meter dari laluan itu. Ular itu masih hidup,” kata ketua polis tempatan bernama Idul memberitahu AFP.
Setiausaha kampung Iyang memberitahu AFP bahawa Adiansa mula curiga selepas dia menyedari perut ular sawa itu “sangat besar”.
Perjalanan Beli Ubat Anak Sakit Berakhir Tragedi
Dia memanggil penduduk kampung untuk membantu memotong perutnya, di mana mereka menemui mayatnya di dalam perut ular itu. Proses membelah perut ular sawa yang menelan Siriati mengambil masa lebih sejam.
“Sebaik membelah, mereka mendapati Siriati sudah pun meninggal dunia. Bangkai ular itu sudah ditanam penduduk kampung manakala mayat Siriati dibawa untuk pengebumian.
Kejadian sebegini dianggap sangat jarang berlaku tetapi beberapa orang telah ditelan oleh ular sawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dikatakan laluan Siriati membeli ubat membeli ubat adalah laluan ular sawa besar yang mana ada penduduk pernah terserempak sebelum ini.
Sebelum ini ada banyak haiwan ternakan penduduk kampung yang hilang tetapi mereka tidak mengesyaki sesiapa.
Kes ditelan ular sawa ini bukan baru kerana sebelum ini seorang wanita juga ditemui mati bulan lalu di dalam perut ular sawa di daerah lain di Sulawesi Selatan.
Tahun lalu penduduk di wilayah itu membunuh seekor ular sawa sepanjang lapan meter menelan seorang petani di sebuah kampung.
Pada 2018 pula, wanita berusia 54 tahun ditemui mati ditelan ular sawa sepanjang tujuh meter di bandar Muna, Sulawesi Tenggara.
Tahun sebelum itu, petani di Sulawesi Barat dilapor hilang sebelum mayatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang empat meter di ladang kelapa sawit. — AFP
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...