Bukan namanya wanita kalau sehari tak belek kulit berkedut di depan cermin. Setiap wanita pasti mahukan kulit yang cantik dan tampak awet muda. Kalau boleh nak kulit mulus macam baby. Tapi ramai wanita yang lakukan kesilapan dengan mengambil makanan yang cepatkan penuaan.
Saya sendiri pun tidak menyedari kesilapan ini sehinggalah terbaca fakta yang dikongsikan dalam web di luar negara. Makanan berkhasiat membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, ia membantu kita sihat dan sangat bermanfaat merawat kecantikan.
Ads
Namun terdapat juga makanan yang tidak baik diambil secara berlebihan. Bukan sahaja bahaya untuk kesihatan malah ia juga mempercepatkan proses penuaan. Jom kenali empat jenis makanan tersebut.
Garam
Mengambil garam berlebihan (500 mg sodium sehari) akan mengudang pelbagai penyakit seperti darah tinggi. Selain itu, garam juga boleh melemahkan kulit kerana ia menyerang kolagen. Akibatnya kulit mudah kendur. Golongan yang mengambil garam secara berlebihan kebiasaannya mengalami masalah bengkak di bawah mata. Sudah pasti situasi ini mencacatkan kecantikan wanita.
Ads
Gula
Tahukah anda gula boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan kepada salur darah seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Perkara ini diakui oleh Pakar Kulit, Doris J.Day. Pengambilan gula tanpa kawalan juga menyebabkan penyakit merbahaya seperti kencing manis dan boleh menyebabkan kegemukan atau obesity. Elakkan makanan yang manis terutama minuman bergas dan pencuci mulut seperti ais krim serta kek. Gantikan dengan snek sihat seperti buah-buahan. Jika kita kurangkan pengambilan gula, kulit akan menjadi lebih segar dan berseri. Amalkan dalam masa seminggu, anda dapat melihat hasilnya.
Ads
Makanan Pedas
Tidak dinafikan makanan pedas dan berempah dikatakan baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh namun ia memberi kesan negatif kepada kulit. Makanan pedas boleh mengembangkan salur darah terutama bagi yang mengalami menopaus. Kapilari ini menyebabkan kulit kelihatan kusam, lesu dan tua.
Kopi
Ini salah satu minuman kegemaran masyarakat dunia tanpa mengira bangsa. Pengambilan kopi dikatakan dapat memberi kesegaran pada mata dan menjadi terapi untuk sesetengah orang. Tetapi faktanya, pengambilan kopi yang keterlaluan akan menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu, kopi juga mengeringkan tubuh. Akibatnya kulit mudah menjadi kering dan penuaan berlaku dengan cepat. Kedutan mudah kelihatan di bahagian mata dan tepi bibir. Sebaik-baiknya, untuk tampak awet muda tinggalkan kopi. Gantikan dengan jus buah-buahan segar dan air putih yang sangat baik untuk kecantikan dalaman serta luaran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cili kisar salah satu bahan utama yang sering digunakan dalam masakan. Jika selalu kita kisar cili dalam kuantiti yang banyak dan simpan di peti sejuk bahagian ‘chiller’ ia mudah rosak, masam dan berkulat. Membazir sungguh cili kisar terpaksa dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada caranya untuk simpan cili kisar supaya tahan lama, tak rosak berkulat malah senang diguna. Nak masak pun mudah, ambil yang perlu je.
Perkongsian tip di TikTok ctrahmahhs ini boleh jadi panduan.
1. Kisar cili kering seperti biasa.
2. Kemudian masukkan cili kisar tersebut dalam bekas kecil.
3. Terus masukkan dalam peti ais bahagian sejuk beku.
4. Apabila dah beku, keluarkan dari bekas dan masukkan pula dalam pula bekas bertutup. Ia bagi menjimatkan ruang untuk menyimpan cili.
5. Kemudian, letak label pada bekas tersebut dan simpan kembali dalam peti sejuk.
Siap! Bolehlah digunakan bila-bila masa untuk memasak dan ambil hanya kuantiti yang diperlukan.
Mingguan Wanita: Menarik juga idea, tak terfikir pula untuk bekukan cili kisar dalam bentuk kiub macam ni. Jadi takdelah masalah cili kisar rosak, masam berkulat malah tahan lama bila simpan macam ni.
Seronok bila bercucuk tanam, menjadi hasilnya. Lebih-lebih lagi jika cubaan kali pertama menyemainya. Bagi mak-mak yang suka gunakan pokok ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar yang dibeli timbang kilo di pasaranya je. Tak perlu guna biji benih pun, tetap pokok ketumbar boleh hidup dan besar merimbun sepasu. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.
“Saya nak share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu.Biji ketumbar dia sikit je. Beli timbang kilo puas menanam nanti..sebab dapat banyak harga pun murah je dan puas menanam nanti.”
“Pada yang pernah cuba tanam pokok ketumbar tapi asyik tak hidup je, boleh la cuba ikut cara saya ni. Saya kongsi sekadar yang saya tau je. Boleh baca penerangan di setiap gambar.
Sedikit Penerangan :
Medium saya gunakan adalah tanah hitam yang di campur dengan cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji yang dibeli kat eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kadang-kadang saya siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je. Siraman air setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab saya letak kat balkoni. jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap.
Penjagaan dia sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Tapi tak panjang usianya. Ke sebab saya tak rajin guna selalu.
Selamat mencuba ye buat sahabat kebun. Saya takde ruangan yang luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la untuk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas hati.
Saya guna ketumbar timbang je. Nak beli yang paket untuk benih, biji dia sikit je dapat. Ni boleh semai berbulan kalau tanam dalam pasu macam saya ni. Tak sampai 50 sen pon boleh tanam puas-puas.
Pastikan biji ketumbar warna dia cerah kekuningan. Kalau dah warna kelabu asap, biasa payah nak hidup.
Biji ketumbar ni saya akan rendam semalaman sebanyak sesudu makan je. Dah boleh penuh pasu dia hidup nanti. Sebab saya rendam, memudahkan biji ketumbar lembut dan pecah untuk senang bercambah. Rendam guna air paip je tau.
Selepas dah rendam semalaman, saya akan curah dalam pasu je. Pastikan medium dia lembab je. Ni selepas seminggu baru nampak anak dia meliar naik. Alhamdulillah.
Dari sebiji benih ketumbar boleh jadi 2 anak pokok sebab bila dia pecah dua. 2 belah hidup elok je. Ingat memula biji dia dah rosak..sekali dia hidup walaupun pecah 2 bahagian.
Ni la hasilnya..pertama kali semai biji ketumbar, tak sangka merimbun dia membesar sepasu. Masa ni nak pindahkan boleh dah tapi saya biarkan je..sebab bekas dan tempat terhad sangat.
Ni dia bila tak rajin petik daun dia, elok dia bertukar daun halus-halus..tanda dh makin tua kot.
Petik setakat yang perlu je, sedap buh dalam masakkan lagi-lagi tomyam, sup, paprik. Dulu tak suka sangat bau dia, macam bau kumbang busuk, sekarang dah minat sebab ada org ajar makan tomyam thai. Jadi terpikat dah dengan bau dia.
Ni pokok bila dah makin tua.Dia mula kuarkan putik bunga.
Taraaaaa….. Comel kan bunga dia dah jadi biji ketumbar balik. Boleh petik dan keringkan buat masak atau semai balik.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini.
Masalah yang selalu dihadapi oleh pemakai barang kemas adalah bila pasang cangkuk cangkuk gelang emas, ia cepat patah dan rosak. Baru sekali dua pakai, terus patah. Ada masanya cara kita pasang cangkuk pun boleh tahan lasaknya.
Ada cara yang betul supaya cangkuk gelang emas yang kita pakai itu tidak mudah patah dan rosak. Ikuti perkognsian daripada kedai emas EM Gold tentang cara betul untuk pasang cangkuk gelang emas.