
Isi Kandungan
TogglePilihan ubat gigi anak yang kerap kita guna adalah niat untuk memutihkan dan menguatkan kesihatan gigi anak tetapi bila semak perkongsian dari seorang wanita Nabilah Yazid ini, risau pula jadinya! Rupanya terselit juga kandungan paraben yang viral baru-baru ini dikatakan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Nak tahu lebih, jom semak!
Paraben ni..
Excellent preservative
Tapi sejenis endocrine distruptor
Boleh mimic estrogenic activity
Boleh ditemui dalam sel kanser payudara
Dan…
Produk kanak-kanak!
Serius terkejut bila belek label ubat gigi kodomo sempena kempen ditch-and-switch aromah…
Ada:
Methylparaben
Butylparaben
Sorbitol (sebagai komponen terbesar, mengalahkan komposisi air!!)
Xylitol
Sodium saccharine
Patutlah ubat gigi anak ada label ‘not for swallowing’!
Tapi ada budak-budak kisah? Yang pastinya sedap, lagi dia nk telan!! So mak pak kenalah cari alternatif yang lebih selamat. Hok kidscent punya is paraben-free, taste really nice, and made with essential oils yg ada seed-to-seal guarantee… Kalau nak tengok gigi cantik, boleh tengok gigi khaulah haha… Dia pakai ubat gigi nih dari umur setahun lebih!

NOTA:
Sejauh mana kebenaran bahaya paraben dalam ubat gigi anak, mohon ada yang sudi jelaskan agar semua pihak boleh bertenang dan tak risau kesannya pada anak-anak kecil.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Zubaidi Hj Ahmad Kongsikan 10 Tip Jadikan Anak Lebih Pintar & Peribadi Tinggi, Mak Ayah Sila Take Note!

Isi Kandungan
ToggleTidak dapat dinafikan perkembangan minda dan keperibadian anak-anak bermula dari pendidikan awal mereka. Mak ayah bertanggungjawab mencorakkan dua perkara penting ini semenjak dari rumah lagi. Nak anak pintar dan berperibadi tinggi ada tipsnya yang tersendiri.
Menurut perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, ada 10 tip yang mak ayah boleh amalkan untuk mencapai hasrat ini.
Berikut antara yang dikongsikan oleh beliau;
Pendidikan awal kanak-kanak sangat dekat di hati saya sebab saya belajar kaunseling dan percaya perkembangan minda dan peribadi kanak-kanak itu bermula dari pendidikan awalnya.
Saya ingin kongsikan 10 tip untuk menjadikan anak lebih pintar dan berperibadi yang tinggi.
1. Jaga Pemakanan
Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Makanan yang natural dan dimasak sendiri. Galakkan mereka minum air mineral dan makan sayur/buah. Elakkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi (manis) seperti kek, coklat dan minuman dalam kotak.
2. Banyakkan Komunikasi
Banyaklah berkomunikasi dengan mereka. Bicara dengan penuh emosi. Jangan malu untuk berkomunikasi dengan cara mereka. Bercakap dengan nada, mimik muka, ketawa dan suara-suara yang mencuit hati mereka.
3. Bermain Dengan Anak
Mereka ibarat anak-anak singa yang memerlukan pergerakan fizikal untuk menguatkan otot-otot tubuh mereka. Kita perlu pantau, dan bukan hanya berada di sisi. Memerhatikan keselamatan dan melihat perkembangan mereka. Mereka juga perlukan permainan minda. Soal jawab dengan mereka dan kita akan kagum dengan jawaban mereka. Kita bukan mahu jawaban yang betul, tetapi jawaban yang logik pada tahap pemikiran mereka.
Cuba bertanya “Kenapa kenapa kentut kita busuk?” Tentu kita dapat jawaban yang mencuit hati kita.
4. Nyanyi Bersama-Sama
Bernyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama, sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa.
“Lagu ini lagu kesukaan bapa saya. Kami pernah nyanyi bersama-sama dalam kereta. Itu saat manis yang saya ingat. Selepas itu ayah saya sentiasa sibuk dan tiada lagi masa untuk saya”
5. Ajar Anak Ilmu Baru
Bawa anak berjalan dan ajarkan ilmu baru. Ajak ke tepi rumah dan tunjukkan tumbuhan/haiwan kecil yang tidak pernah dia lihat. Berjalan di waktu malam, dan bertanyakan “mengapa bulan itu bulat?” Temani anak menonton TV. Bila anak menonton TV, luang masa bersama mereka walaupun hanya cerita kartun. Luangkan sedikit masa 10-15 min untuk melayan emosi mereka kita menonton.
6. Ucap Perkataan Yang Baik-Baik
Ucapkan perkataan yang baik-baik saja di hadapan mereka. Tegur mereka jika mereka menggunakan perkataan yang buruk. Selalu sebutkan perkataan “terima kasih, saya sayang awak” apabila dia melakukan perkara yang baik walaupun kecil. Ajar mereka dengan minta mengulangi perkataan baik depan kita.
7. Selalu Memeluk & Mencium Anak
Peluk dan cium mereka paling kurang sehari sekali. Apabila kita baru balik rumah dan mereka telah tidur, peluk dan cium mereka juga. Jadikan rutin hidup. Mulakan dari kecil. Anak yang sentiasa dipeluk dan dicium selalunya akan mengikut kata kita.
8. Dengar Rintihan & Beri Perhatian
Apabila mereka takut, kita dengar dan bantu. Tidak semua kanak-kanak akan memberikan respon yang serupa. Ada kanak-kanak yang menjadi kuat bila dibiarkan, ada kanak-kanak yang semakin lemah.

9. Kenal Pasti Kebolehan & Bakat
Perhatikan kebolehan anak dan apa bakat dan kekuatan dia. Ada anak yang cemerlang dalam akademik, ada yang cemerlang dalam kemahiran pertukangan, ada yang cemerlang dalam komunikasi, ada yang cemerlang dalam sukan. Jangan memaksa anak untuk memenuhi cita-cita kita. Tetapi bantu anak memenuhi cita-cita mereka.
10. Perkenalkan Lebih Dari Satu Bahasa
Bercakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, french, Spain etc. Mereka mudah mengingat perkataan-perkataan itu. Otak mereka seperti sponge.
Yang terakhir selalu doakan anak untuk menjadi manusia yang terbaik. Baca doa depan mereka supaya mereka dapat dengar.
Kecerdasan anak-anak tidak hanya bergantung kepada faktor genetik, tetapi cara kita mendidik mereka. Semoga bermanfaat dan kongsikan juga kepada ibu bapa yang lain.
-Dr Zubaidi Hj Ahmad
Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kadang Dengar Ayat Macam Mengejek Tapi Boleh Jadi Orang Yang Tegur Itu Niatnya Nak Nasihat

Istilah mengejek ini sebenarnya timbul daripada cara kita terima teguran atau kata-kata seseorang. Kadang orang buka mulut niatnya nak betulkan apa yang nampak salah atau mungkin selamatkan keadaan daripada terus jadi buruk tetapi kita ‘telan’ teguran itu dengan aura negatif dan akhirnya kita anggap orang nak bermusuh!
Haaa… itu yang salah dan nasihat pun boleh bertukar jadi kata-kata jahat! Untuk renungan dan buka hati kita secara perlahan-lahan, jom baca perkongsian daripada Dr Syahr Musafir ini…
Saya pernah menegur seorang rakan lelaki yang ‘berdating’ dengan aweknya di sebuah bilik tertutup. Saya nasihatkan, “Biarlah itu jadi kali terakhir kamu berdua berdua-duaan…”
Hasilnya, aweknya datang bersemuka dengan saya, saya dimarahi oleh aweknya dan salah satu ayat yang saya masih ingat adalah “Kalau nak bagi nasihat pun, janganlah sampai menghina kami macam kami tak reti agama, tak tahu batas-batas dan macam kami berzina terang-terangan.”
Saya tak pernah menghina, saya pesan berdua-duaan lelaki dan perempuan adalah tak baik, kalau tempat sunyi lagilah tak baik. Janganlah buat lagi… Dikatanya saya menghina?
Saya pernah menegur seorang rakan lelaki yang merokok depan isteri dan dua orang anak mereka yang masih kecil (lebih kurang usia 2 tahun dan bayi 6 bulan) di sebuah restoran. Kebetulan saya terserempak mereka baru selesai makan-makan. Biasalah, lepas makan mesti nak berasap. Sebab dia rakan saya, saya sebutkan “Jom kita lepak jauh sikit, kau nak merokok, takut baby kau tak selesa nanti…”
Hasilnya, beberapa rakan lain yang juga hisap rokok, mereka semua pulaukan saya. Dengar cerita, si dia kata saya mengejek perokok. Entah apalah cerita yang disebarkan, saya jadi kambing hitam yang anti-perokok. Kalaulah saya anti-perokok sekalipun, saya bukan nak putuskan hubungan dengan orang yang perokok. Bagi saya, kawan tetap kawan.
Apa point saya?
Saya nak jelaskan ayat “Dia ejek saya” tak semestinya bermaksud dia betul-betul mengejek. Boleh jadi dia menasihati, tetapi dikatakan mengejek. Boleh jadi dia berseloroh, tetapi dianggap menghina. Boleh jadi dia tak cakap apa-apa pun, tetapi ditokok-tambah…

Sebab manusia nak dengar apa yang dia nak dengar, bukan apa yang dia perlu dengar. Ayat nasihat yang lembut penuh hikmah boleh dikatakan ayat maki-maki sumpah-seranah hanya kerana dia rasa sentap dengan nasihat yang diberikan.
Para pelajar tahfiz atau aliran agama menegur remaja-remaja berdua-duaan bercinta bagai atau menegur remaja-remaja berpeleseran dengan aktiviti lepak atau dadah, adalah normal. Suspek-suspek yang positif ganja kata pelajar tahfiz ejek mereka, logiknya kita boleh nilai sendiri pihak mana yang benar. Sekalipun itu adalah ejekan, ejekan itu adalah ‘nasihat’ yang benar sebab apabila nasihat lembut tak diendahkan, ada masanya kena marah, atau sindir, atau tengking kasi sentap.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Pertama Ini Tak Pernah Mengeluh, Walau Dibesarkan Serba Kekurangan

Isi Kandungan
ToggleIbu ini, Azura Baharudin berkongsi kisah membesarkan anak pertama dari perkahwinan pertama. Bukan suatu yang mudah ketika itu, malah terpaksa melalui kesukaran sebaik anak pertamanya dilahirkan.
Sehinggakan selama 6 bulan tidak mampu untuk membeli kan lampin pakai buang. Cuma berkain lampin biasa saja. Mampu tinggal dalam flat satu bilik saja waktu itu.
Namun, akui Azura, anak pertamanya itulah, Batrisyia Nizam Shah yang mengajarnya erti kehidupan. Seorang anak yang cekal tidak merungut dengan kekurangan hidupnya.

Anak Dari Perkahwinan Pertama
Ya memang benar ini anak pertama Kak Jura hasil dari perkahwinan pertama Kak Jura sebelum ni. Memang tak logik kalau orang ingat anak dengan Abg Zasss sebab Kak Jura nikah dengan Abg Zasss baru nak masuk 8 tahun.
Batrisyia Nizam Shah ni umur 21 tahun dah. Sekarang ambil degree in business lagi setahun setengah nak grad dah.
Anak pertama ni yang banyak ajar Kak Jura erti kehidupan. Zaman membesarkan dia ni dalam keadaan serba kekurangan. Melahirkan dia di hospital besar Melaka tu dan balik rumah lepas bersalin terpaksa minta bantuan jiran ambil sebab kereta tak da masa tu.
Ke mana-mana bawak anak ni jalan naik bas dulu-dulu sementara nak dapat beli kereta kancil tu. Mula-mula 6 bulan pertama Kak Jura tak mampu pakai pampers jadi guna lampin je. Lepas tu Kak Jura start kerja baru mampu beli pampers.
Baca sini : Anak perempuan rapat dengan ayah bukan mengada, dialah lelaki pertama diingati bila-bila
Anak Pertama Ini Tak Pernah Merungut
Tapi walau dibesarkan dalam serba kekurangan, duduk pun flat 1 bilik je Kak Jura syukur sangat-sangat kerana dia membesar dengan jayanya. Sihat dan jadi anak yang cerdik pandai. Dia tak pernah merungut, tak pernah mengeluh atau meminta sesuatu yang diluar kemampuan Kak Jura waktu ketika dulu.
Even sekarang pun dia tak pernah minta apa-apa kecuali benda yang penting dan sangat-sangat perlu sahaja sama ada untuk belajar atau keperluan harian.
Rupa fizikal semua memang ikut keterunan bapak dia ada mix india muslim. So tak payah pelik kenapa nampak berbeza dengan Kak Jura.
Dulu Pun Struggle Nak Besarkan Anak
Jadi itu lah sedikit sebanyak kisah anak pertama Kak Jura ni. Kak Jura juga asalnya seorang yang struggle nak besarkan anak. Alhamdulillah sekarang Allah izinkan hidup lebih selesa.
Jadi korang yang sedang struggle di luar sana pun ingat pesana Kak Jura ni jangan lah mudah putus asa. Kalau ada niat nak keluar dari kesusahan hidup sekarang ni maka mula bertindak dan buat betul-betul. Buat sampai berjaya.
Harungi setiap cabaran naik turun tu bisnes tu. Sabar dan usaha sungguh-sungguh InsyaAllah kalau Kak Jura boleh tak mustahil juga korang boleh.
Mingguan Wanita : Seorang ibu akan sanggup buat apa saja demi anak-anaknya.
Sumber/Foto : Azura Baharudin

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
- Rahsia mereka?
- Apa yang mereka lakukan?
- Ilmu-ilmu yang diamalkan?
- Siapa yang susah senang bersama mereka?
- Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI