Jangan dibuat main-main apabila seorang isteri mengalami depresi. Mungkin kita nampak itu hanya perkara biasa. Tapi sebenarnya kalau dibiarkan, ia boleh memberi kesan buruk, bukan pada dirinya tetapi pada keluarganya sendiri.
Kadang-kadang depresi, boleh jadikan isteri kemurungan, gila dan lebih teruk sehingga membunuh diri atau membunuh. Jangan biarkan keadaan diri ini berlaku pada isteri atau ahli keluarga kita.
Malah, janganlah biarkan depresi bersarang lama-lama dalam diri. Ia tidak akan mampu ubah kehidupan kita kecuali kita yang ubah hidup kita untuk jadi lebih baik daripada sebelum ini.
Betullah apa yang dikatakan oleh Syahirah Omar ini.
Sokongan daripada ibu juga menjadi faktor untuk seseorang itu lebih kuat terutamanya apabila wanita tidak mampu hidup bersama dengan suami atau ditinggalkan suami.
It takes a long time for me to explain my condition to my family especially my mom.
Seriously, paling susah kan? Lama aku diamkan diri. Aku shut down habis dari seluruh ahli keluarga. Sampaikan aku block habis mereka di facebook sebab aku tak mahu mereka tahu kondisi aku satu ketika dahulu.
Ads
Satu hari aku menangis-nangis pada mama. Cerita segalanya pada mama. Menangis lagi teruk bila mama mula minta aku solat zikir ingat Tuhan. Aku berhenti bercerita. Aku diam semula.
“Satu hari nanti mama akan faham bukan dari Ina. Ina sakit mama, sangat sakit.”
Mama seorang nurse. Dah pencen lah.
Walaupun nurse, awareness tentang mental health ni tidaklah meluas dulu. Sekarang ni baru orang makin faham. Tapi aku nak kongsi dengan kalian bagaimana mama ajar aku faham tentang depresi.
Ibu Tetap Sayangkan Anaknya
Everyday mama sentiasa akan cakap mama sayangkan aku. Walaupun aku diamkan diri mama sentiasa WhatsApp beritahu mama sayangkan aku, doakan aku. Mama sentiasa bangga dengan aku.
Satu hari mama cerita pada aku yang sangat buat aku terkesan.
Ada seorang wanita kaya. Hidupnya tertekan dan dia mengalami kemurungan.Orangnya sangat cantik. Muda dan bijak.
Ads
Satu hari, waktu tunggu giliran di klinik psikiatri, ada seorang makcik cleaner ni perhatikan saja wanita tadi. Kesian. menangis teresak-esak, lalu makcik cleaner tadi cuba tenangkan.
“Kenapa kau wahai anak?” Makcik menyoal.
“Saya sangat sedih, hidup ni terlalu rasa kosong,”
“Makcik faham. Dulu makcik pernah rasa macam tu. Kosong, gelap sangat,”
“Kenapa makcik rasa begitu?”
“Bila suami dan anak makcik meninggal dalam kemalangan depan mata makcik. Meninggal di tempat kejadian. Makcik tak boleh lupakan berbulan lamanya dan tak boleh terima sehinggakan tak lalu makan, tak terurus dan kemurungan.”
“Ada satu hari, makcik duduk di luar rumah. Datang seekor anak kucing menangis kelaparan. Entah dari mana dia datang. Makcik beri dia susu, balut dia dengan kain sebab dia kesejukkan. 2-3 Hari tak muncul juga ibu kucing. Anak kucing tadi membesar dengan makcik. Makin manja. Makin buat makcik tersenyum.
Kemudian makcik fikir, kalau dengan bahagiakan kucing ini pun buat makcik gembira,Inikan pula kalau makcik buat kebaikkan untuk orang lain,”
“Kemudian makcik buat apa?”
“Makcik mula masakkan sesuatu untuk jiran. Mandi dan bersiap. Tegur sapa jiran. Bila jiran balik kampung, makcik siramkan pokok, bagi ayam itik mereka makan. Bila mereka tak sempat kutip kain di jemuran, makcik tolong kutipkan,”
“Sebenarnya Makcik gembira bila lihat orang lain gembira. Hidup ini terlalu sia sia kalau kita asyik kenang apa yang kita tak ada kan? Tak salah nak rindu arwah. Rindu takkan pernah padam. Tapi makcik berhak bahagia untuk teruskan kehidupan. Begitu juga dengan kamu,”
Kaya, cantik, kurus, kedudukan tak pernah sekalipun boleh beli kebahagiaan. Tak pernah.
Begitulah cerita mama.
Dan saat menulis ni aku sebenarnya sangat sebak. Seorang ibu takkan pernah biarkan anaknya terkapai kapai seorang diri.
After all the troubles and obstacles, the secret of being happy is accepting where you are in life and making the most out of every day.Always be grateful with what you have and always love yourself♥️
Beberapa tahun lalu, longgokan sampah di rumah teres ‘Cikgu’ ini pernah dibersihkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Dua hari lamanya, proses nak bersihkan kediaman di Taman Bersatu, Simpang Pulai ini.
Tak lama lepas itu, ‘Cikgu’ wanita lingkungan usia 60-an yang juga pesara guru ini kembali mengumpul sampah di rumahnya. Sampai jam 2.30 pagi ‘Cikgu’ buat kerja bawa balik sampah guna basikal.
Membuatkan kediaman teres dua tingkat itu dipenuhi dengan timbunan plastik, kotak-kotak, tin kosong dan sisa makanan. Macam tapak pelupusan sampah.
Tapi inilah kediaman ‘Cikgu’ yang juga dipercayai mempunyai masalah mental.
Sampah Sebabkan Jiran Demam Denggi
Derita betul mereka yang berjiran dengannya. Sik Eng, 82 dan adik iparnya, Agnes Kam, 65 inilah yang terpaksa lebih 10 tahun tahan bau busuk dari longgokan yang dah rupa ‘bukit sampah’.
Itu belum masuk masalah nyamuk di sekitar rumah. Pernah juga Sik Eng dimasukkan ke hospital sebab demam denggi.
Bukan tak nasihat, mereka pula dimarahi ‘Cikgu’. Kalau terusik sikit sampahnya ‘Cikgu’ akan melenting sama.
Sudahnya, jiran tak tau nak buat apa. Melainkan tutup saja pintu dan tingkap. Tak tahan bau busuk dan nyamuk yang banyak. Bimbang sungguh jika terkena demam denggi lagi. Tambah dengan faktor usia masing-masing.
“Kami sendiri tak tahu apa dia makan, mandi.. kerana dia seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Kami kasihan keadaannya tetapi tak tahu macam mana nak tolong.”
Dikatakan ‘Cikgu’ mempunyai tiga orang anak. Tapi ditinggalkan sendirian dan tak terurus. Jiran bernama Mohd Hanipah Pareeth, 67 begitu mengharapkan agar ahli keluarga ‘Cikgu’ bertanggungjawab. Bawa ‘Cikgu’ dapatkan rawatan.
Buat aduan ke pihak polis atau MBI pun tak boleh selesaikan masalah. Sebab ‘Cikgu’ tetap akan kumpul sampah depan di rumah.
Bila rumah dipenuhi sampah, bukan saja keselamatan jiran dipertaruhkan. Nyawa ‘Cikgu’ pun dalam kebimbangan, sebab sampah sarap itu mengundang haiwan berbisa datang ke rumah.
MW : Semoga ada yang prihatin dan dapat membantu ‘Cikgu’ sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan.
Tanda-tanda kemurungan tidak boleh dipandang ringan. Banyak kes yang berlaku, apabila sesorang mengalami kemurungan, lebih cenderung untuk bertindak di luar kewarasan fikiran seperti membunuh diri. Seeloknya apabila mempunyai simptom kemurungan, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.Dalam masa yang sama, jangan putus berdoa agar diberi kekuatan dalaman untuk mengatasi keadaan ini.
Antara tanda-tanda apabila mengalami kemurungan adalah seperti berikut;
Kredit Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr.Zaharuddin Abd Rahmanada berkongsi doa yang boleh dijadikan amalan ketika dalam keadaan kemurungan.
Berikut perkongsian tersebut;
Kemurungan yang serius yang boleh mendorong pesakit membawa kepada kematian melalui bunuh diri atu apa-apa tindakan yang boleh membahayakan diri sama ada secara sedar atau tidak adalah suatu jenis ‘penyakit’ yang merbahaya.
Antara puncanya adalah terlalu berat perhatian, tumpuan, kerisauan terhadap hal-hal berkait urusan dunia yang tidak diperolehi seperti yang diingini. Tidak dinafikan, ada juga faktor-faktor lain yang menjadi penyebab serta di luar kawalan.
Sebagai umat Islam, bagi mengelakkan kemurungan berbahaya yang berpunca dari faktor-faktor keduniaan seperti ini, maka bacalah dan amalkan doa ini …
“Ya Allah janganlah Kau timpakan musibah pada agama kami, dan janganlah juga Kau jadikan dunia ini sebagai sebesar-besar KERISAUAN & TUMPUAN kami serta (janganlah Kau jadikan) pengetahuan kami mengenai dunia semata-mata, dan janganlah Kau biarkan orang yang tidak mengasihani kami menguasai kami”
Doa ini dipetik dari doa yang lebih panjang, sumber doa adalah hadis riwayat Al-Tirmidzi bertaraf Hasan.
Sama-sama juga berdoa agar kita diberi panduan berterusan, kesabaran dan kekuatan terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai ujian..Bagi mereka yang sudah mempunyai simptom kemurungan, adalah sangat baik bagi mendapatkan rawatan dan ia perlu dilakukan dengan segera.
#DrZaharuddinAbdRahman
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perbanyakkanlah berdoa dan jadikanlah doa ini sebagai satu amalan, semoga diri diberi kekuatan dalam menghadapi setiap ujian serta kesukaran yang di berikan. Jika mempunyai tanda-tanda kemurungan segeralah berjumpa doktor untuk membantu mendapatkan rawatan.
Tular di dada akhbar mengenai berita seorang bapa menerima hukuman penjara 12 bulan selepas melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya baru-baru ini.
Majistret, Don Stiwin Malanjum, memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah daripada tertuduh, Ardi Aris, 32, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap anak lelakinya, Zack Azroy, 13, dengan mengacukan sebilah pisau di rumah keluarga mereka di Batu 8 Jalan Tiku, Tawa, Sabah sekitar jam 9 pagi, 4 Ogos lalu.
Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku semasa tertuduh datang ke rumah bekas iparnya, secara tiba-tiba meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mendatangi mangsa sambil mengacu serta mengarahkannya supaya menunaikan solat.
Gambar Hiasan
Mangsa yang dalam ketakutan bagaimanapun bertindak menuruti arahan bapanya itu, sebelum ibu saudaranya menghubungi pihak polis.
Tertuduh yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta dan sudah bercerai dengan isterinya itu juga sebelum ini pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.
Tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon kepada Mahkamah supaya hukuman diringankan dengan alasan sudah insaf selain menyesal atas perbuatannya itu.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 4 Ogos 2023.
Solat merupakan ibadah yang wajib dikerjakan setiap 5 waktu. Tidak kira sama ada sihat, sedang sakit, di tempat kerja, bermusafir malah ketika berperang masih wajib untuk mendirikan Solat. Mendidik anak untuk bersolat adalah antara tanggungjawab paling besar bagi sebagai ibubapa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...