Kalau bercerita tentang hal ini, mak-mak memang suka dan pasti senyum meleret. Mulalah memasang angan-angan untuk beli emas koleksi terbaru yang ada di pasaran sekarang ini. Sehinggakan ada yang buat tabungan atau menyimpan demi untuk mendapatkan barangan yang disukai itu.
Malahan, emas sekarang ini ada masa turun dan ada masa naik. Jadi, semasa turun mak-mak bolehlah beli mana yang berkenan. Tapi rugi kalau dijual yang sedia ada. Kalau nak jual kena tunggu harga naik.
Walau bagaimanapun, janganlah mak-mak sanggup berhutang untuk beli koleksi yang diidamkan. Jangan semua duit tabungan habis digunakan untuk membeli barang kemas. Kena beringat sebab mungkin tabungan itu untuk kita gunakan di waktu kecemasan nanti.
Perkongsian daripada Masriah Biskon ini boleh diguna pakai khas untuk mak-mak yang memang suka membeli barang kemas. Tapi, sebelum membeli, ikuti tip ini, jangan terus keluarkan semua duit tabungan semata-mata untuk koleksi barang kemas idaman.
1. Kena ada tabungan cash 3 hingga 6 bulan pendapatan.
Ini penting. Andai berlaku kecemasan, ada back up, untuk membantu diri sendiri dengan cepat. Contoh ada kematian dalam keluarga atau kehilangan pekerjaan. Takkan tengah sedih berlaku kematian, nak pergi kedai dan jual emas.
Sebab itu dinasihatkan ada simpanan kecemasan. Andainya susah nak dapat 3 bulan pendapatan, sekurang-kurangnya ada RM500 ke RM1000 dalam simpanan.
2. Simpan dulu baru belanja.
Bila dapat gaji atau elaun dari suami, asingkan siap-siap untuk simpan dalam bentuk emas. Ikut kemampuan. Jangan sesekali ikut poket orang lain. Simpan emas jangan sampai lemas. Set target nak beli apa? Gold bar, dinar, tabungan emas, atau barang kemas. Asal emas, ia bagus. Yang tak bagus, yg tiada simpanan.
Ads
3. Pilih dengan bijak
Andainya mak-mak yang bijak bestari sudah ada nombor 1, maka tiada masalah nak beli emas apa atau yang bagaimana. Tak perlu resah gelisah. Just go for it!! Kalau nak lebih untung dalam jangka panjang, simpan emas seperti gold bar. 999.9. Kalau rasa nak dua-dua, nak menyimpan, juga nak cantik di badan, simpan barang kemas tentunya 916.
4. Keperluan atau Kehendak
Emas tetap bernilai sepanjang zaman. Takkan jatuh ke zero nilainya. Yakin!! Pilihan itu di poket kita. Kita yang tahu ekonomi kita. Kalau rasa ini salah satu tabungan emas (keperluan), simpan barang kemas emas seperti gambar 1(contoh sahaja). Mak-mak boleh pilih apa-apa design pun. Tetapi andai tip tabungan no 1 dah mantap, tabungan lain pun ada. Jadi ikutlah hati yang diinginkan.
Usah berbelah bagi hati mak-mak semua, bila jual nanti, enamel dan batu-batu tu tolak ke tidak? Laku ke tidak bila nak gadai?
Ads
Tiada lagi pertanyaan seperti itu bagi mereka yang sudah bersiap siaga dengan tip no 1 iaitu simpanan kecemasan 3 hingga 6 bulan pendapatan.
Selamat menyimpan emas kpd semua wanita bestari.
Jelita, kaya dan bergaya.
MW: Tak kisahlah mak-mak berkenan yang mana pun, asalkan ada juga tabungan tunai untuk kita gunakan pada waktu kecemasan. Jangan ikut hati, habis semua tabungan beli barang kemas.
Kalau buat kek atau pencuci mulut, memang tak sah kalau tak ada coklat. Mesti ada coklat cair dan nak membuatnya kenalah ‘double boiler’. Kira special sikit nak pastikan coklat itu cantik berkilat dan sedap.
Malah, kalau mak mak salah cara buat atau tidak guna kaedah double boiler yang betul, ia boleh menyebabkan coklat jadi pekat atau berketul-ketul. Kalau silap guna kaedahnya masih boleh diselamatkan dengan menjadikan ganache tapi sebolehnya biarlah ia betul-betul menjadi.
Rupanya, nak bagi coklat tidak berketul atau terlalu pekat, kena guna kaedah double boiler yang disarankan oleh Yatie Faizal ini. Kena faham betul-betul.
Saya pun ambil dari perkongsian blog, cara nak cairkan coklat dengan kaedah double boiler.
Inilah cara terbaik untuk menjaga kualiti coklat. Kalau terlebih suhu, rasa coklat akan berkurangan.
Tools / ingredient
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound (Boleh Beli DI SINI)
Air
Kain lap
Piping bag
Caranya:
1. Masukkan air ke dalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api
2. Cincang coklat compound kecil-kecil supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, tutup api dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag.
Lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat
6. Kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering
.
DO’S and DON’TS
DO
1. Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering
2. Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
3. Cairkan coklat di atas wap air, bukan di dalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat
4. Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
1. Tidak tutup api ketika cairkan coklat
2. Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah
3. Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air
4. Menggunakan pewarna water based
5. Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat
Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.
Buah Strawberi antara buah yang cukup sensitif, mudah lembik, berair dan rosak jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk.Jika mak-mak selalu beli buah Strawberi dalam jumlah yang banyak, baik untuk makan sendiri atau untuk hiasan pada kek jualan sebaiknya ikut cara simpan yang betul untuk buah ini. Barulah buah Strawberi boleh bertahan lama dan kekal segar sehingga dua minggu.
Berikut tip perkongsian daripada Puan Rahayu Ruslisebagai panduan.
“Mesti ada yang penggemar strawberry atau bakers-bakers yang selalu guna strawberry dilema untuk simpan buah strawberry supaya tahan lama kan.”
Meh sini sis nk share cara simpan buah strawberry supaya tahan lama, tak berkulat dan berair.Insya Allah boleh tahan satu minggu hingga dua minggu (bergantung pada kesegaran buahnya).
Tip untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya.Kalau daun masih hijau, takde kuning-kuning atau hitam, Insya Allah buah masih segar.
Benda pertama kena buat mesti lah kena pergi beli buah strawberry dulu. Terpulang la nak gi beli kat mana. Asalkan buah strawberry tau.
Boleh tengok step pada setiap gambar ye.Moga bermanfaat.
Bahan Diperlukan:
Buah Strawberry
Tisu
Bekas Untuk Simpan
Kita perlukan buat Strawberry, tisu (tisu yang tebal ye, nak guna tisu dapur pun boleh. Supaya air-air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik).
Bekas untuk simpan. Saya guna bekas yang letak kek je. Bekas tu make sure berlubang ye.Supaya udara dapat keluar masuk. Nanti takde la air bertakung dalam tu. Saya tebuk bekas guna pemutar skru suami.
Cara-Caranya:
1. Basuh tangan bersih-bersih. Ambil buah, sebolehnya buah dalam keadan kering letak atas tisu.Pastu balut ikut kreativiti.
2. Janji buah berbalut macam ni.
3. Habis semua, susun dalam bekas tadi. Susun elok-elok supaya tak terbuka.
Tidak dinafikan basuh baju putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan.Sebenarnya, ada tip mudah yang mak-mak boleh gunakan ketika cuci baju putih untuk memastikan ia kekal putih melepak dan tak perlu disental.
Mak-Mak boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini sebagai panduan;
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So.. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse-nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara-caranya. Anda boleh cuba untuk uniform anak-anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Bahan-Bahan:
Sabun Mandi (Lux)
Penyagat
Sabun Baju
Cara-Caranya:
1.Sagat sabun mandi secukupnya.
2.Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama 1 malam didalam mesin basuh.
3.Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa, Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Info Ekstra!
Saya guna 3 cawan sabun lux yang diparut + ½ cawan sabun biasa. 3 cawan sabun lux tu nampak macam banyak tetapi sesuai dengan sukatan minimum air yang telah diset kan oleh mesin basuh saya. Kalau sikit sangat, nanti sabun nya cair pulak.
Jangan risau, sabun tak berketul setelah direndam semalaman. sabun tu sempat cair & larut. Saya ada elergik dengan sabun basuh, so kaedah ini membantu saya supaya saya tak perlu sental baju & tangan pun selamat tak kena sabun.
Semoga bermanfaat!
Selamat Mencuba!
MW: Terima kasih atas perkongsian tips ini. Jadi buat mak-mak yang nak cuci baju putih tu, seperti baju uniform kerja atau baju sekolah anak-anak bolehlah cuba cara ini. Barulah baju tahan lama, wangi serta nampak baru dan putih je selalu.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...