sambal ayam penyet

Rahsia Nasi Ayam Penyet yang sedap pastinya terletak pada keenakan ayam goreng dan sambal penyetnya yang ‘kick’. Perkataan ‘Penyet’ berasal daripada Bahasa Jawa yang bermakna ‘lumat’. Bahan-bahannya dimasak lumat dihidangkan pula dengan sambal khas yang di tumbuk lumat, serta dimakan bersama nasi putih, tempe, tauhu dan ulam ulaman.

Nak buat Nasi Ayam Penyet ini tak susah mana, Nur Alyani ada kongsikan respi ini untuk rujukan mak-mak semua. Jadi lepas ni tak perlulah bolehlah buat sendiri, tak perlu beli lagi.

Berikut antara perkongsian beliau;

Rebusan Ayam

1.Panaskan air+lengkuas titik + halia titik+ daun salam(bay leaf) + kunyit garam bawang putih (tumbuk) asing dan campak dalam tu.Perasakan je terus garam,limau nipis sebab nak bagi ayam tu ada rasa.

Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

2.Masukkan ayam.Tunggu sampai separuh masak, nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti nak goreng jugak.

Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

Sambal Penyet (paling penting)

Ni bahan-bahan untuk sediakan sambal penyet, cili api,cili besar, bawang putih, cili kering (yang dah direbus) , TOMATO (3 biji) tapi dalam gambar lupa nak letak.

Ads

Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

Goreng satu-satu semua bahan sambal termasuk tomato kecuali cili kering tak payah goreng terus tumbuk je.

Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

Dah siap goreng semua, bahan-bahan tadi ditumbuk hancur (tumbuk sekali dengan bahan-bahan yang dah goreng tadi. Perasakan dengan garam,gula, asam limau. Nakletak belacan bakar sikit pun boleh.

Tauhu, tempe ni saya rebus dulu dalam air rebusan ayam tu pastu goreng je.

Ads

Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

Ayam digoreng sehingga garing.

Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

Kemudian di tumbuk/ penyetkan.

Ads

Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

Ni lah hasilnya.

Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!

Tadaaaa siapppp boleh la sapa nak bukak kedai.

Selamat Mencuba!

Sumber: Nur Alyani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI