
Isi Kandungan
ToggleTak susah sebenarnya nak buat sushi sendiri. Yang penting tau resipi dan cara nak buatnya. Paling penting puas hati nak makan banyak mana dan jimat tak perlu nak beli lagi. Iyalah kalau beli, harga sushi ni pun tak lah murah mana, nak makan pun berkira-kira. Baiklah buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali ni, gerenti jadi.
Bahan-Bahan:
2 cawan beras calrose
4 cawan air
2 sudu besar cuka makan
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit lada hitam (optional)
Garam, gula
Cara Membuat:
1.Basuh beras macam biasa dan tanak beras guna rice cooker.
2.Dah masak keluarkan nasi tadi dan letak dalam bekas.
3.Masukkan, Garam, gula,kalau gantikan perasa secukup rasa pun boleh.
4.Kemudian, masukkan cuka makan,minyak bijan & lada hitam letak dalam nasi dan kacau sekata.
Bahan-Bahan lain:
Telur Dadar dipotong memanjang
Crab stick dicelup terlebih dahulu
Sosej dicelup dahulu
Salad
Lobak dipotong memanjang dan dicelur sekejap
Timun dipotong memanjang
Udang dibuang kulit dan direbus atau dibakar
Seaweed/yaki nori untuk menggulung
Plastik & talam (untuk menggulung)
Cara Membuat:
1.Isi plastik besar atas talam/dulang.
2.Letak nori/Seaweed .
3.Letak nasi calrose tadi dan nipiskan nya (dalam gambar)
4.Letak bahan-bahan dan gulung menggunakan plastik yang disediakan.Gulung kemas-kemas.

5.Potong dan boleh dimakan dengan sos atau kicap lada.
Selamat Mencuba!
Sumber: Tahrunnisah Jali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
42 Jam Bertarung Nyawa, Balkisyh Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Isi Kandungan
Toggle42 jam bertarung nyawa, Balkisyh selamat lahirkan bayi lelaki. Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan dan suami Mohd Nazri Zakaria yang telah menyambut kehadiran cahaya mata.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagram, Balkisyh berasa bersyukur selepas bertarung nyawa 42 jam bayi lelakinya selamat menjengah dunia.
42 Jam Bertarung Nyawa
Menerusi entri di akaun Instagramnya, Balkisyh juga telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama seorang bayi.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan “Baby Boy” pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” tulis Balkisyh.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 42 jam sebelum bayi dilahirkan namun Balkisyh berasa sangat teruja apabila melihat wajah si comel yang dinanti-nantikan. Ternyata pengorbanan seorang ibu dalam tempoh proses bersalin begitu murni.
“Tahniah kak! Ya Allah comel”
Malah menerusi ruangan komen rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam hidup Balkisyh
Menarik Disini : Balkisyh Cadangkan Guna Kain Lampin “Boleh Membantu Anda Yang Telah Kehabisan Pampers”
Tahniah Balkisyh, “Suami Serasi Dengan Dua Anak & Boleh Terima Pahit Getir Hidup Saya”

Balkisyh dan suami yang juga seorang pekerja barisan hadapan bernikah pada tahun 2020.
Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.
Mingguan Wanita: Tahniah Balkisyh. Suka tengok lakonan Balkisyh dalam drama.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Balkisyh
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
JANGAN BUANG Duit Kertas Rosak, Ada Cara & Panduannya Untuk Tukar Kat BNM

Ada viral di media sosial tentang duit kertas yang dikumpul selama ini rosak dimakan anai-anai. Tak kurang juga yang sudah lusuh, terkoyak dua dan sebagainya. Tak terbayang sesalan dalam diri sebab wangnya sudah tidak bernilai.
Bayangkan kalau dah rosak, apa yang nak digunakan. Mesti tak laku kan. Jadi, cara yang tak bijak dengan hanya buang sahaja. Ingat, duit kertas yang nak dibuang bukan kaleng-kaleng sikit tapi nilainya beribu-ribu. Sayangnya.
Jangan terus buang. Masih ada cara lagi untuk dapatkan kembali nilai duit kertas anda yang rosak ini. Cuma nilai pertukarannya tidaklah sama dengan nilai sebenar dan ia bergantung kepada keadaan duit kertas tersebut.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Punyalah Nak Sorokkan Daripada Isteri, Padah Duit Rosak Digigit Tikus!
Lapan Tahun Kumpul Duit Bersama Suami Beli Kereta, Sekelip Mata Air Hanyutkan
Duit Kertas Rosak Tukar Ke BNM
Berkut adalah garis panduan yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap duit kertas yang rosak.
BNM boleh menerima duit kertas dan duit syiling yang tidak sesuai dan mengalami kerosakan dengan menukar kepada baru, jika duit itu adalah disebabkan:
1. Duit terbakar
2. Terkoyak
3. Berlubang
4. Lusuh atau kotor
5. Kecut (duit polimer/plastik)
6. Dimakan anai-anai
7. Luntur warna
8. Hilang ciri keselamatan.
Beberapa perincian cara hendak tukar duit rosak.
.
Berikut kadar penilaian BNM berkaitan duit kerta rosak berdasarkan kategori:
1. Wang Kertas Conteng
- Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai sedikit contengan.
- Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai contengan ketara iaitu terfapat tanda pada potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tuisan yang memaparkan slogan politik dan unsur keagamaan atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan.
2. Wang Kertas Cacat
- Nilai yang diberikan untuk sebarang wang kertas koyak, terbakar dan dimakan anai-anai bergantung kepada keadaan:
- Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi 2/3 daripada saiz asal.
- Nilai separuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi ½ tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal.
- Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang kurang ½ daripada saiz asal.
3. Duit Syiling Cacat
Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling ini:
a) Duit syiling tulen
b) Rupa bentuk dapat dikenalpasti
c) Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus.
Cara Tukar Duit Kertas Rosak
Bawa wang kertas /wang polimer atau duit syiling yang rosak di mana-mana cawangan BNM yang berhampiran dan isi borang. Dapatkan borang di kaunter.
Sekiranya cawangan BNM jauh dari rumah, boleh depositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.
Maklumat lanjut: Layari web www.bnm.gov.my/MataWangMalaysia atau hubungi Pusat Perkhidmatana Pelanggan BNM 1-300-88-5465
Mingguan Wanita : Jangan nak buang ye, masih ada nilainya. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana bukan rezeki. Dapat nilai penuh atau tidak bergantung pada kerosakan duit itu.
Sumber: BNM
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adam Shahz Syukur Fatin Nikah, Pesanannya “Jangan Diputuskan Silaturahim Bapa Dengan Anak”

Adam Shahz syukur Fatin nikah. Namun dalam pada itu antara pesanannya buat bekas isteri supaya, “Jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak”.
Seperti mana yang diketahui umum, pelakon Fatin Afeefa sudahpun bernikah dengan lelaki pilihan hati dikenali Aliff Awang yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Adam Shahz Syukur Fatin Nikah
Untuk pengetahuan Fatin dan pelakon lelaki Adam Shahz sebelum ini bernikah pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, manakala menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin memiliki cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian, Adam Shahz meluahkan rasa gembira bila mengetahui bekas isterinya sudah sah bernikah.
Namun disebalik itu, Adam turut memberi pesanan kepada Fatin supaya tidak lupa akan tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.
“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.
“Dah kahwin, dah lepas, cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti.
“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.
“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.
“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.
“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak.
“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” luah Adam Shahz.
Baca Disini : Fatin Afeefa Nikah, Bella Doakan “Semoga Rumahtangga Dibina Kekal Bahagia Hingga ke Jannah”

Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Adam Shahz
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI