Jagung kaya dengan serat dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Jika suka makan jagung dan bercucuk tanam, boleh cuba tanam pokok jagung sendiri di rumah. Namun nak tanam jagung elok pun ada ilmunya. Barulah jagung yang ditanam elok membesar, cantik dan isi pun penuh tak rongak. Paling penting kena buat pendebungaan sendiri dan letak baja.
Nak faham lebih lanjut, boleh ikut cara mudah tip tanam Jagung seperti yang dikongsikan oleh Puan Farah Aisyah Ahmad ini.
Cara Mudah Saya Tanam Jagung Elok, Isi Penuh
Bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki. Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam.
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari kesepeluh. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Pendebungaan Manual
Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
Ads
*Ini kali kelima saya tanam jagung. Alhamdulillah banyak benda yang saya belajar sepanjang menanam.
Info Ekstra!
Pada yang tertanya macam saya.. rujuk rajah ni. Bunga jantan (male) atas sekali dan bunga betina (female) celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Kena tunggu bunga jantan matang dia akan kembang dan ada debu bila kita langgar pokok. Masa tu ambil satu ranting dan pusing-pusingkan atas bulu bunga betina.
Mingguan Wanita : Baru tahu, begini rupanya cara dan tip tanam jagung sendiri di rumah. Barulah jagungnya elok besar, cantik dan isi pun penuh. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat tip yang dikongsikan.
Terkejutkan bila baca kenyataan ini. Saya sendiri pun ternganga bila mengetahui selama ini saya salah memilih minyak masak. Saya fikir semua masakan guna satu jenis minyak saja. Pada anggapan saya juga, minyak zaitun minyak masak orang kaya. Maklumlah harganya berlipat ganda mahal. Ada di kalangan kawan saya yang memang berduit. Goreng ikan pun dia pakai minyak zaitun. Dia sanggup berhabis duit untuk jaga kesihatan.
Rupanya selepas saya menghadiri bengkel Merdeka Sihat Tampil Berkarisma baru saya tahu kesilapan saya. Saya fikir ramai wanita di luar sana juga melakukan kesilapan yang sama.Kita guna minyak kelapa sawit untuk semua jenis masakan. Ia murah dan mudah didapati di kedai runcit mahupun pasar raya.
TIP DARI SAINTIS TERKENAL DR REDZA
Perkongsian daripada Dr. Redza Benjamin yang merupakan saintis membuka mata saya tentang isu minyak masak. Katanya, wanita mesti ada tiga jenis minyak masak di rumah.Untuk menggoreng contohnya ayam atau ikan, wanita disarankan menggunakan minyak kelapa atau minyak kelapa sawit. Minyak jenis ini menjadikan bahan gorengan lebih rangup
Manakala untuk menumis pula, sepatutnya wanita guna minyak sayuran. Tumis sambal, sayur atau masakan lain gunakan minyak sayuran agar rasanya lebih enak dan sesuai dengan resipi tersebut.Yang terakhir minyak zaitun. Minyak zaitun digunakan untuk menu resipi mentah seperti salad.
Apa lagi habis je bengkel ni, saya pun memborong tiga jenis minyak yang Dr Redza katakan. Mula-mula saya ingat Dr Redza ni acah-acah je tapi lepas saya ubah cara masakan menggunakan minyak berbeza memang hasilnya menakjubkan. Masakan bukan sahaja jadi lebih sedap malah sihat dan berkhasiat. Semoga perkongsian ilmu ini dimanfaatkan oleh wanita di luar sana.
CARA KENAL PASTI MINYAK MASAK YANG KITA BELI ASLI BUKANNYA KITAR SEMULA
1. Letak minyak masak dalam peti sejuk ( bukan bahagian beku) selama kurang lebih 2 jam. Jika selepas 2 jam ada buih keputihan, itu maksudnya minyak yang kita beli adalah minyak kitar semula.
2. Kaedah kedua, masukkan bawang putih ke dalam minyak. Jika warna bawang putih bertukar merah, itu ertinya minyak tersebut dikitar semula. Jadi untuk keselamatan, beli minyak masak yang mempunyai kelulusan SIRIM.
BAHAYA MINYAK KITAR SEMULA
Kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah dan mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya.
Ia tidak terjamin dari segi kesucian dan keselamatan kerana kebanyakan minyak kitar semula adalah sisa dari hotel dan restoran. Sebagai orang Islam kita perlu lebih peka isu ini, kita tidak tahu minyak ini digunakan untuk masak menu apa, bimbang menu yang haram.
Kesimpulannya, di rumah juga jangan mengitar semula minyak masak lebih daripada dua kali. Sebaik-baiknya usah mengitar semula demi kesihatan kita.
Penulis: Intan Rohaizat Zakariya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya, lepas makan, kulit pisang terus di buang ke dalam tong sampah. Nak buat apa lagi kan. Langsung tak terfikir kegunaan lain yang boleh membantu kita.
Rupa-rupanya banyak petua yang kita boleh gunakan. Kalau tak percaya, lihat perkongsian yang diberikan oleh No Or ini.
Katanya, kulit buah ini bukan saja boleh digunakan untuk petua nak cantik, tak kurang juga untuk tip penjagaan lain.
1. JERAWAT DEGIL
Gunakan bahagian dalam.
Gosok kulit pisang pada kulit wajah.
Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut.
Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air.
Untuk lebih berkesan, amalkan 2 kali sehari dan lihatlah perubahannya.
2. HILANGKAN KULIT YANG BERKEDUT
Gunakan bahagian dalam.
Gosok kulit pisang pada kulit
Biarkan selama 45 – 60 minit.
Kemudian cuci bersih.
Amalkan 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum.
3. PUTIHKAN GIGI
Gunakan bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan memutar selama 2 minit.
Amalkan rutin ini setiap hari, jadikan amalan selepas menggosok gigi.
Hasilnya senyuman akan tampil lebih menawan dengan gigi yang putih.
4. KULIT GATAL & RUAM
Gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah.
Hasilnya, kulit akan kembali halus dan ia mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal juga.
5. REDAKAN SAKIT KEPALA
Percaya tak, kulit pisang boleh rawat sakit kepala ? Jom tengok.
Cara 1 : Kisar kulit pisang Kemudian tempelkan pada dahi atau kepala. Biarkan antara 20–30 minit, atau sehingga sakit kepala reda dan hilang.
Cara 2 : Masukkan kulit pisang ke dalam freezer selama 1 jam Gosok lembut dan susun pada dahi dan belakang leher Biarkan hingga hilang sejuknya. Ulang hingga sakit berkurangan dan hilang.
6. UBAT LUKA
Ambil kulit pisang pada bahagian dalam dan gosokkan berulang kali.
Pastikan hanya gunakan kulit pisang yang masih segar tau.
7. PEMBERSIH BARANG PERHIASAN PERAK
Kisar kulit pisang dan sedikit air. Jadikan pes.
Guna pes tadi dan gosok pada permukaan barang perhiasan perak selama beberapa minit.
Hasilnya barang perak korang akan kembali berkilat dan berseri seperti baru.
Semua petua ini mudah kita amalkan. Paling paling penting, ia murah. Memang best la kan, bila kita boleh berjimat
Mingguan Wanita : Mak-mak yang ada masalah seperti di atas bolehlah cuba, moga-moga ia membantu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak buat telur rebus pun ada caranya yang betul.Rupanya kena tambah sedikit garam dalam air rebusan, barulah telur tersebut jadi elok licin dan mudah dikupas. Takdelah melekat isinya pada kulit telur, jadi tak rata dan payah nak dikupas.
Boleh ikut tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
“Cara mudah untuk mengupas kulit telur rebus agar telur nampak elok licin setelah dikupas.”
Bahan-Bahan:
Telur
Garam
Air paip
Periuk
Cara Membuat:
1. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air , tambahkan garam dalam rebusan telur tersebut. Rebus sehingga 10 minit-15 minit.
2. Selepas matikan api , angkat telur tersebut ke dalam rendaman air sejuk atau air paip..tukar air rendaman beberapa kali sehingga air rendaman menjadi benar-benar sejuk.
3. Bila air rendaman sudah bertukar sejuk ,bolehlah telur tersebut di kupas ..sangat mudah untuk mengupas kulit telur dan telur nampak elok licin setelah di kupas.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika selama ni payah nak dapat telur rebus yang cantik elok licin dan mudah dikupas, boleh ikut tip mudah yang dikongsikan ni.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...