Mudah je rupanya nak buat Cucumber Pickle atau Jeruk Timun yang rangup dan sedap ini di rumah.Rendam timun semalaman,esoknya dah boleh makan.Kalau mak-mak perasan selalu jumpa timun jeruk ni bila makan burger di restoran makanan segera.
Boleh cuba perkongsian cara buat jeruk timun ini di rumah oleh PuanAJ Idrissebagai rujukan.
“Cucumber Pickle @ Jeruk Timun. Yang selalu kita jumpa dalam burger McD, Subway, A&W tu.Sedap tapi nak beli selalu mahal. Buat sendiri, semudah ABC”
Bahan-Bahan:
Timun yang dibasuh bersih. Saiz kecil macam ni tak perlu dipotong
Daun dill (kalau suka atau kalau ada)
Bawang putih (seulas dua pun cukup),
Garam, gula, cuka (mana-mana jenis cuka pun boleh- cuka makan, cuka epal, cuka kurma atau cuka anggur) – tiada sukatan sebab ikut anggaran masing-masing je ya
Air mineral
Ads
Cara Membuat:
1.Rebuskan air, cuka, garam dan gula hingga mendidih.
2.Susun timun dan bawang putih di dalam balang macam ni.
3.Bila bahan rebusan tadi dah suam-suam kuku, masukkan dalam balang berisi timun tadi. Tutup dan biarkan semalaman.
Ads
Dah siap… Biarkan dalam balang tu ya. Bila nak makan baru keluarkan timun tu.
Ads
Sedap dimakan begitu saja. Gigit sebiji-sebiji pun boleh. Nak letak dalam sandwich, potonglah nipis-nipis 🙂
Info Ekstra!
Kalau guna timun besar kena belah, toskan buang air-air dari timun tu.
Kalau guna timun besar yang biasa, kena salut garam dulu biarkan airnya keluar dan supaya tak bergetah.
Nanti dah habis timun jeruk tu, masukkan je timun fresh yang lain. Tambah cuka, gula dengan garam lagi sikit.
Saya guna air lebih sikit dari separuh balang, tambahkan bahagian cuka untuk penuhkan balang. Garam 7 sudu besar, gula 3 sudu kecil.
Ni ikut citarasa masing-masing ya, kalau tak suka cuka kuat, kurangkan cuka. Tak suka masin, kurangkan garam. Tapi pastikan campuran air rebusan cukup untuk penuhkan balang dan tenggelamkan timun.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Selamat mencuba!
Setiap kali kita beli roti mesti akan tengok tarikh luput. Biasanya roti yang dibeli hanya bertahan seminggu saja. Sebab tu, kalau dah tamat tempoh jangan sayang nak buang. Kita tak tahu apa dah jadi pada roti tersebut.
Ada juga mak-mak yang jadikan roti hampir tarikh luput tu jadikan bahan makanan lain. Bukan apa, rasa membazir pula bila buang roti tersebut.
Jangan sayang nak buang roti yang dah nampak berkulat. Walaupun hanya sedikit dan buang pada bahagian berkulat itu saja, kita tak tahu ia boleh bahayakan kesihatan, lebih-lebih lagi kalau anak yang makan.
Inilah antar perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan dengan roti hampir berkulat ini. Jangan sayang nak buang ye.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
Inilah yang terjadi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Mingguan Wanita : Selalunya tarikh luput yang diberikan itu adalah anggaran saja dan masih lagi boleh dimakan. Tapi kalau dah nampak berkulat, jangan sesekali pertaruhkan nyawa. Bahaya…
Bila nak masuk bulan puasa biasanya mak-mak dah mula cari resipi yang mudah-mudah untuk buat biskut atau kuih raya nanti. Bukan apa bila buat sendiri lebih jimat dan puas hati, berbanding beli. Boleh cuba resipi turun temurun snowball gebu gebas yang sedap dan cair di mulut ni. Hanya guna 5 bahan je.
Ok siap juga Snowball resepi turun temurun anak cucu tokwan nordin. Resepi ni mama cakap maktok wan belajar dekat kawan di Kuala Kangsar. Sekarang ni jadi salah satu menu fmily kami tapi sapa yang buat kuih ni mesti kedekut nak hidang bagi tetamu. Kompom bawak sorok dalam almari. Nak makan baru bawa keluar. Sedapnya tak tau habaq, cayaq di mulut gitu.
Bahan-Bahan:
250gm Mentega
2 tin kecil / 500g Minyak Sapi QBB pure
1200gm Tepung gandum
Susu tepong nespray (full cream)
600gm Gula pasir
Cara Membuat:
1. Goreng tepong sehingga betul-betul masak (berwarna coklat). Tolong pastikan api perlahan dan menggorengnya sangat la lama, jadi bersabarlah! Nak elok lagi gelap sikit dari ni.
2. Dah betul-betul masak, sejukkan dan ayak. Tepung yang telah diayak mesti 1200gm. Maknanya masa mengoreng kena bagi lebih la.
3. Lepas tu camporkan dengan gula, bagi sebati dan biar ditepi.
4. Panaskan kuali masukkan minyak sapi dan mentega sehingga cair.
5. Kemudian masukkan campuran tepong dan gula tu. Api mesti dalam keadaan yang perlahan, ok. Gaul-gaulkan dan tutup api.
6. Bulat-bulatkan masa masih panas-panas suam dan letak dalam susu tepong dan golek-golekkan sehingga gebu gebas.. Siap!!
Kredit Zah Radzi
Al-Fatihah buat arwah maktok wan dan arwah mama.
Info Ekstra!
1. Yang ni saya masak sparuh dari sukatan yang bagi tu.Dekat sejam jugak nak dapat warna macam ni. Pastikan api betul-betul perlahan dan kena rajin menggaul.
2.Rasa dia tak sama macam makmur. Dalam dia coklat sikit (tepung yang disangai + minyak sapi dan mentega cair jadi effect warna macam tu. Luar tu tepung susu bukan gula icing).
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Langsir jenis ring yang menggunakan batang rod kayu biasanya lebih nampak kemas, moden dan cantik berbanding langsir guna dawai. Namun nak guna rod kayu tu agak mahal dan bajet besar. Bagi mak-mak yang nak pakai langsir jenis ring tapi dengan bajet terhad boleh cuba DIY batang langsir menggunakan Paip PVC ni.
“Yang mana teringin nak pakai langsir ring macam ni. Tapi tak dak modai nak beli kayu tu, boleh buat guna paip modai tak mahai sangat.Guna paip saiz 20mm, besi L tu boleh dapatkan di kedai eco. Yang lain-lain tu kedai hardware. Langsir saya beli kat d.i.y je”
“Boleh guna besi L yang agak kuat sikit.Terpulang masing-masing nak guna macam mana yang agak selamat.Yang ni percubaan pertama saya buat.”
“Saya cuma buat untuk satu bilik. Paip pun pakai yang dah ada saja, untuk langsir panjang 140cmx250cm. Kalau nak kira anggaran untuk 1 tingkap yang dua daun tu dalam RM5 macam tu saja.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Paip PVC saiz 20mm (tebal) lebih kurang panjang 59 inci.
Besi L
Penutup hujung paip
Mesin drill
Skru dan nat secukupnya (untuk ikat besi L dan U plastik)
Cable tie
Cara Membuat:
1.Pasang Besi L dan U plastik serta skru sebegini.
2. Kemudian pasang/ tebuk pada dinding ikut kesukaan tuan rumah nak letak tinggi mana. Ukuran saiz panjang tingkap lebih kurang 54 inci.
3.Selepas itu, letakkan paip pvc dan pasang penutup paip kiri dan kanan.
4. Kemudian ikat dengan cable tie pada bahagian skru. Fungsinya untuk mengikat kedua-dua skru tersebut supaya lebih kukuh lagi.Risiko bahaya pada kanak-kanak, Insyaa allah selamat… Jika kain langsir yang berat perlu tambah kan besi L pada tengah tingkap supaya paip pvc tidak melentur.
Siap!
Penambahbaikan:
1. Boleh tukar Besi L lebih tebal dan U plastik tu boleh tukar kepada besi ikut pada saiz paip.
2.Gantikan U plastik tu dengan U besi. Penutup paip bahagian hujung tu pakai U paip yang lekat dekat dinding. Ataupun U plastik tu letak dua-dua telinga tu atas besi L tu. Ia lebih kukuh.
3. Besi L bergantung saiz tingkap.Kalau tingkap panjang kita perlu tambah supaya takut melentur. Besi L saya pasang tu hanya dua sahaja sebab kain nipis.Kalau kain tu berat baru pasang 3.Cari yang besi punya kalau untuk kain yang tebal.Satu tingkap lekat besi L tu sekurang-kurangnya 3.
4.Boleh pasang selak untuk tujuan keselamatan jika risau anak-anak tarik nanti.
Info Ekstra!
Dekat hardware ada jual batang besi yang bulat untuk sidai towel, boleh juga tukar kepada tu lebih nampak kemas. Jimat juga sebatang 6 kaki x RM2 = 12 + endcap RM3.50 kiri kanan.Dah ok boleh pakai langsir ring. Besi ni ada 2 jenis, nipis dan tebal, elok amik yang tebal kalau langsir berat sikit boleh lah tampung.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak guna langsir jenis ring, boleh cuba buat sendiri rod langsir guna batang PVC paip ni. Lebih jimat kos.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...