Rasanya tak berbaloi untuk masak banyak-banyak sebab orang yang makan tak adalah ramai. Kecuali kalau anak ramai, nak masak pun rasa seronok sebab tukang makannya ramai. Jadi, nak mudah, masak banyak dan masukkan dalam sejuk beku, nak makan boleh dipanaskan semula.
Begitu juga bila, anak sudah ada kehidupan sendiri dan masak hanya untuk suami isteri sahaja. Setakat nak masak ikan seekor dan ayam dua tiga ketul sekali makan, rasa tak penat je nak bersihkan periuk.
Jadi, boleh saja maka-mak atau oasangan yang baru kahwin, masak banyak-banyak dan frozenkan. Kalau nak makan, boleh dipanaskan semula. Tak rugi dan jimat masa pula.
Tapi, bila dipanaskan semula, ada yang rasa tidak sama atau mungkin tidak segar seperti awal-awal. Lebih-lebih lagi bila masak udang. Tak kena cara boleh terlebih masak dan udang pun rasa liat sedikit.
Perkongsian daripada Ida Alina Salleh, boleh membantu mak-mak yang nak panaskan semua udang yang telah difrozenkan supaya tidak terlebih masak.
Bila dah tinggal berdua, nak makan sambal tumis, takkan nak buat 10 ekor udang, 10 tangkai cili kering pula. Tak berbaloi nak mengelap dapur. Jadi, saya akan masak macam untuk 4-6 orang.
Ads
Lepas masak, saya tepikan yang nak dihidang, saya portionkan yang nak difreezekan. Nasi pun macam tu. Tiap kali nak masak nasi secawan, bagi saya pembaziran elektrik. Saya masak sekali dua pot dan simpan dalam portion sekali makan.
Di sini, udang semua frozen. Lepas ditangkap di laut, udang digredkan dan terus flash frozen. Laut dari bandar jauh, jadi ini cara terbaik kekalkan kesegaran makanan laut.
Saya akan pastikan udang yang dibeli ialah “raw” atau “uncooked” – sebab banyak juga udang siap rebus di freezekan dijual. Itu buat salad, vietnamese rolls, kerabu semua ok. Tapi masak sambal kena cari yang mentah.
Ads
Bagi pastikan udang tak overcooked lepas difreezekan dan dipanaskan balik, saya buat macam ni:
1. Panaskan minyak hingga berasap, saya flash fry udang tu dalam 30 saat, angkat dan ketepikan.
2. Biar minyak tu kering (dari air udang), saya tumis bawang hiris sampai keemasan. Lepas tu masukkan bahan blend (bawang merah, bawang putih, cili kering dah siap rebus dan belacan bakar).
3. Bila bahan blend dah garing, saya perasakan garam, gula, masukkan petai dan bawang hiris. Kacau hingga bawang hiris layu.
4. Masukkan udang tadi, udang tu akan ada air juga, masukkan sekali. Saya tak tambah air lain sebab bila nak panaskan balik nanti kita akan tambah air sikit kan? Campurkan pes Asam jawa. Agak udang nampak masak sikit, ketepikan bahagian yang nak di freeze. Teruskan memasak portion yang nak dimakan – adjust perasa, tambah air sikit kalau mahu. Kiranya lauk udang yang nak di freeze tu, udang nya masak manja saja.
5. Lain kali, bila nak makan lauk sambal yang frozen tu, saya akan turunkan dari freezer pagi-pagi, letak dalam peti ais. Petang tu, baru saya panas kan dalam kuali. Tambah lah petai sikit, bawang hiris sikit kalau nak, tapi kuah sambal tu dah ada rasa sikit petai yang dimasuk awal-awal dulu. Boleh tambah sikit air bila memanas balik.
MW: Boehlah cuba cara ini. Udang tak adalah liat dan tambah perasa, ikut selera. Jimat masa dan gas bagai.
Ayam golek kebiasaannya salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Jangan bimbang, sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri ayam golek dan sos cicahnya di rumah. Ia boleh dibakar dalam oven seekor ayam terus atau dipotong kecil seperti bakar untuk buat BBQ.
Resipi ini dikongsikan oleh anak peniaga Ayam Golek sendiri Puan Aini Salwa Binti Remely, resipi yang maknya buat niaga.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA Ni resepi anggaran sahaja sebab ikut yang nisbah mak buat 3 guni bawang, satu periuk besar untuk niaga. So saya bagi dalam nisbah yang boleh buat 2 ekor ayam ye.
Bahan-Bahan (rempah):
10 biji Bawang merah bombay
1 labu Bawang putih
seketul Halia (saiz 2kali ibu jari)
5 batang serai
(*semua ni blend)
2 sudu kecil Serbuk kunyit
2 ketul gula melaka (mak pakai nisey /gula kabung/gula nira. Belah Terengganu Kelantan banyak jual)
3 sudu kecil garam
Cara Membuat:
*Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat/kering)
Rasa secukup rasa. Rempah ni memang agak manis ye, sebab tu ayam elok berkilat bila bakar/golek.
Ambil rempah sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih, baru bakar.
Bahan-Bahan (Sos Cicah)
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
5 ulas bawang putih bakar (dikisar)
2 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
Cara Membuat:
*Masak semua dengan air, dah mendidih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Dah siap.
Bila sos dah sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan .
Info Ekstra!
Ni mak saya niaga ayam golek, memang ada mesin khas. Jadi kawan-kawan boleh masuk dalam oven seekor terus atau potong belah bakar macam Bbq pun boleh.
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Golek, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat niaga iya. Semoga bertambah murah rezeki sekeluarga.
Senang je rupanya nak buat Keropok Lekor atau Kepok lekor ni.Hanya guna tiga bahan je.Selalunya bagi mak-mak yang biasa buat Kepok lekor, akan menggunakan campuran Tepung Sagu sebagai bahan sampingan untuk diuli bersama ikan. Namun istimewanya perkongsian resipi oleh Nurul Azwani Wanie, dia menggunakan Tepung Jagung untuk menjadikan kepok lekor lebih garing diluar dan lembut didalam.
Berikut antara perkongsian tersebut;
KEPOK LEKOR GANU
Assalamualaikum.
Hari ni cikwani santai-santai bersama mak mertua.
“Mak mertua cikwani suka memasak dan suka mencuba masakan baru. kira macam “try and error” la.Dan memang keistimewaan mak-mak kita ni dia boleh tahu ingredient dalam satu makanan dengan sekali rasa sahaja, kan?”
“Lagi satu pesen mak, dia kreatif mereka resipi.So, hari ini terjadilah projek kepok lekor resipi mak.Yang special nya biasa orang buat guna Tepung Sagu, tapi kali ini mak TIDAK GUNA TEPUNG SAGU.”
10 ekor Ikan Selayang
½ cawan Tepung Jagung
Garam secukup rasa.
Cara Membuat:
1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.(ikan tak perlu direbus)
2. Masukkan isi ikan tadi dan ‘blend’ sehingga lumat atau hancur.
3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan campurkan garam serta tepung jagung.
4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.(Cikwani uli guna breadmaker)
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
6. Bahagi 2 untuk goreng terus tanpa rebus dan 1 lagi untuk rebus.
7. Dalam periuk, rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi. Bila keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup api.
Kepak Ayam memang ada peminatnya yang terdiri. Nak masak kepak ayam yang sedap, rasanya manis-manis pedas ada caranya. Sesuai sangat buat waktu makan-makan ramai-ramai. Ikut resipi ni, memang cepat licin, boleh habis sekelip mata.
Boleh cuba resipi Ayam Manis-Manis Pedas oleh Puan Victoria Van Bennekumini sebagai rujukan.
Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.
Kepak Ayam Manis Pedas
Bahan-Bahan:
1 kg kepak ayam
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
2.Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
3.Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4.Pertama, pada suhu 150°C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .
5.Akhir sekali, campurkan madu dengan kepak ayam dan bakar pada suhu 200°C hingga keperangan dan rangup lebih kurang 10 – 20 minit.
Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing.
Mingguan Wanita: Jika nak buat makan-makan, boleh buat resipi kepak ayam manis-manis pedas. Memang lebih sedap, lebih sihat dan sekejap je habis nanti.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.