Isi Kandungan
TogglePerkongsian ini khusus untuk mak-mak yang teringin nak buat biskut raya, tapi tak ada oven. Sebabnya dengan cara betul bakar biskut raya atas dapur gas ini pun hasrat nak buat bermacam biskut raya boleh jadi kenyataan. Syaratnya.. RAJIN DENGAN TIDAK je.
MW teruja betul tengok cara Puan Irhana Canella hasilkan bermacam-macam biskut raya yang dibakar atas dapur gas rumahnya saja. Bermakna tanpa oven tak jadi halangan untuk mak-mak tak buat biskut raya ya.
Ini serba sedikit garis panduan yang mak-mak boleh ikut, cara nak bakar biskut atas dapur gas bagi tak hangit. Yang penting hasilnya biskut rangup, cantik, gebu dan menjadi. Malah, pan yang digunakan tak hangit pun.
Cara Wanita Ini Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas
1. Mak-mak boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Sediakan pan atau kuali atau periuk bertutup. alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali tu akan buatkan aliran udara sekata dan biskut naik cantik.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan tu. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
Nota : Kalau letak air nanti tak jadi bakar biskut. Dia jadi kukus biskut pulak.
3. Sebelum mulakan kerja-kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian, barulah letakkan dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat cip dalam 20 ke 25 minit.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
7. Puan Irhana pernah cuba kaedah ini untuk bakar kek, dia ambil masa satu jam untuk bagi kek masak sepenuhnya.
8. Dengan kaedah ini, Puan Irhana berjaya membuat 3 jenis biskut serentak.
Resepi Biskut Raya Tart 3 Bahan
Ini Resepi Biskut Arab
Resepi Biskut Chocolate Chip
Sumber/Foto : Irhana Carnella
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lady Driver Sila ‘Lekat’ 6 Info Ini Dalam Kepala, Bila Kereta Breakdown Anda Takkan Panik!
Isi Kandungan
TogglePenting ‘lady driver’ atau pemandu wanita ambil tahu pasal kereta. Bab enjin, tukar tayar malah pusat servis kereta. Sebabnya bila kereta breakdown di tengah-tengah perjalanan, anda takkan panik. Tahu bagaimana nak selesaikan masalah dalam masa yang singkat.
“Tatkala memegang kunci pertama kereta milik sendiri, memang teruja dan tidak sabar untuk memandu pulang. Saat itu memang dah tidak peduli apa yang di belakang, yang penting keselesaan dan pergerakan untuk ke tempat kerja dan aktiviti berhujung minggu lebih mudah bagi anda. Inilah silap orang perempuan, hanya tahu guna kereta sahaja dan bila enjin kereta tidak dapat dihidupkan mulalah mengamuk sakan.”
Perkongsian Azbi Centre ini memberi panduan kepada pemandu wanita untuk belajar dan ambil info mengenai apa yang patut mereka tahu dan perkara wajib ‘lekat’ dalam kepala tentang kereta:
#1 Ketahui Model, Tarikh Keluaran Dan Pembuatan
Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda seperti mengenali bakal jodoh ya!
#2 Kenali Bahagian Asas Kereta Dan Fungsinya
Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor anda dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.
#3 Tayar, Tayar Dan Tayar!
Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta anda kemana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalanraya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta anda.
#4 Sediakan Jadual Servis Kereta
Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.
#5 Belajar Cara ‘Jump’ Bateri Kereta
Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta anda. Letakkan pengepit bewarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.
#6 Simpan Nombor Telefon Mekanik
Siapa tahu anda mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik ditempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pastikan anda sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk meminta tolong.
Sumber/Foto: Azbi Centre via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tular Video Wanita Kena Tomoi, Dibelasah Ala Perlawanan Wrestling Tanpa Belas Kasihan
Isi Kandungan
ToggleTular video wanita kena tomoi, dibelasah ala perlawanan wrestling tanpa belas kasihan. Tular di media sosial, satu video memaparkan seorang wanita meraung kesakitan saat dirinya dibelasah bertubi-tubi.
Apa yang membuatkan ramai geram saat menonton video tersebut, lelaki yang didakwa sebagai pengajar kelas menyelam itu mengambil kesempatan di atas sikap tidak melawan orang wanita.
Tular Video Wanita Kena Tomoi
Lagaknya membelasah wanita dipercayai isteri seumpama dirinya sedang bertarung dalam perlawanan wrestling. Jelas wanita itu dipijak tanpa belas kasihan bertubi-tubi. Tidak cukup memijak dengan penuh geram, lelaki ini seolah menerkam sebelum mendaratkan kakinya ke tubuh wanita tersebut.
Video ini didedahkan oleh seorang pengguna fb menggunakan nama FatinO a yang memaklumkan dirinya adalah rakan yang mengenali mangsa. Katanya dia menyebarkan video ini untuk memberi kesedaran kepada wanita lain untuk menjauhi lelaki toksid begini (lelaki yang memukul wanita).
Trigger Warning : Violent content. Sorry for sharing such negative content. But I feel the need to do so. Kepada semua LADY DIVER terutamanya, tolong jangan ambil apa-apa course dengan instructor dengan nama HABANG OSTAT.
Dia instructor diving dan freediving. Dia ni women beater. Dia akan bagi ayat-ayat manis lepas tu bila dah dapat dia jadikan punching bag. Yang dibelasah dalam video tu adalah ex dia yang dia jumpa melalui diving class.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isteri Meninggal Dibelasah Suami Guna Tukul Besi, Baru Setahun Kahwin & Tinggalkan Anak Kecil Berusia 3 Bulan
Mahkamah Syariah Lulus Tuntutan Fasakh Wanita Koma Dibelasah Suami, Jahidah Sah Bercerai
Ibu Nafi Anak Mati Dibelasah Dalam Masjid Tak Siuman, Pernah Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan
Suami Belasah Isteri Di Penjara 3 Bulan, Denda RM2000. Kata Hakim Isteri Bukan Punching Bag
Saya kenal mangsa personally. Kenal melalui dive trip. Mangsa salah seorg assistant coach swimming Ghazi. Paling kesian, duit dah bayar kena belasah lesen tak dapat.
Kalau tak kisah kena belasah, sila la kisah kena kelepet duit. HARAP DAPAT TOLONG SHARE.
Current update : Dia dah kena panggil IO. Report polis dah buat. Sementara polis buat kerja, let spread this for the safety of our fellow ladies. Jom boikot dia. Sampah masyarakat yamg bebas macam ni memang layak dikecam.
Dibelasah Ala Perlawanan Wrestling Tanpa Belas Kasihan
Dalam pada itu, di akaun Tik Tok @ciknin-bungatulip, mangsa turut berkongsi info-penting untuk memberi kesedaran kepada para gadis dan ibu tunggal menjauhi lelaki yang bertindak membelasahnya dahulu.
@ciknin_bungatulip Semoga Allah lindungi para wanita esp single mother, janda (30 an) area Semenanjung/Indonesia/Sabah/Sarawak. Jauhi dari lelaki ni. Jangan makan pujuk rayu dia. Kaki pukul, kaki perempuan, kaki hutang, kaki menipu sana sini. Kahwin cerai dah 7 kali Rekod jenayah banyak polis. Dia active di tiktok, instagram, dia akan mengorat perempuan ajak minum, ajak jumpa mak dia. Bagi duit, tolong, etc. Dia akan tipu cakap bujang/duda, tengah cari isteri, minta mak cari isteri, isteri mati kena covid, anak mak dia jaga. 😫 #apriliamalaysia #paditv #padiinstructor #padicourses #volkswagenmalaysia #USJ #scubainstructor #dera #kakipukul #kakiperempuan #kakihutang #kakipenipu #playboy #habangostat #habangostat #habangostatclan #freedive #scuba #pusatakuatikshahalam #belasah #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypviralシ #habangostatvictim #habangostatviral ♬ Lelah – Yelse
Tulisnya, semoga Allah lindungi para wanita esp single mother, janda (30 an) area Semenanjung/Indonesia/Sabah/Sarawak. Jauhi dari lelaki ni. Jangan makan pujuk rayu dia.
Kaki pukul, kaki perempuan, kaki hutang, kaki menipu sana sini. Kahwin cerai dah 7 kali. Rekod jenayah banyak polis.
Dia active di tiktok, instagram, dia akan mengorat perempuan ajak minum, ajak jumpa mak dia. Bagi duit, tolong, etc. Dia akan tipu cakap bujang/duda, tengah cari isteri, minta mak cari isteri, isteri mati kena covid, anak mak dia jaga.
@ciknin_bungatulip #apriliamalaysia #paditv #padiinstructor #padicourses #volkswagenmalaysia #USJ #scubainstructor #dera #kakipukul #kakiperempuan #kakihutang #kakipenipu #playboy #habangostat #habangostat #habangostatclan #freedive #scuba #pusatakuatikshahalam #belasah #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypviralシ #habangostatvictim #habangostatviral ♬ Tuhan, Atur Saja Jalan Kedepannya… – Embun Senja
Dalam pada itu, katanya dari video berasingan, wanita ini berkongsi kecederaan hidung dialaminya kesan digigit lelaki tersebut. Akibat kecederaan teruk dialaminya, dia ke hospital dan masih cuba untuk tidak menceritakan hal sebenar kepada doktor sebelum dipaksa menceritakan hal sebenar.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Penjara 1 tahun atau denda RM50000 jika bersalah dalam menyebarkan berita palsu dan tengok benda tidak senonoh. Jangan terlampau bebas di internet ya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!
Isi Kandungan
ToggleBihun goreng antara menu kegemaran ramai dan cukup mudah disediakan. Sesuai dinikmati ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Jika selalu bihun goreng yang disediakan ‘meriah’ dengan pelbagai rencah, sos dan sayur-sayuran, namun resipi viral Bihun Goreng Udang Kering resipi arwah Tok Nek ini luarbiasa sedapnya. Meskipun hanya menggunakan bahan asas dan ringkas tanpa sayur-sayuran. Ramai yang telah mencuba resipi viral ini, dan mengakui kesedapan bihun goreng ini.
Boleh cuba kelainan bihun goreng udang kering seperti yang dikongsikan oleh arwah Tok Nek, Mohd Shukur Mohd Shukur ini.
Hari ini saya masak bihun yang agak mewah pada zaman arwah toknek saya. Bihun yang agak rare pada zaman dia, penuh aromatik yang penting authentic resipi dari arwah Tok nek saya.
Maybe sama pembuatannya dengan sesetengah orang kat sini, tapi bagi saya ni lah makanan yang arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu. Kami memang rapat dari saya kecik, boleh dikatakan 60% saya duduk dengan arwah Tok nek dan arwah Tok saya berbanding dengan family, sebab arwah ayah saya dulu berniaga kedai makan.
Di sini saya lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni. Semoga menjadi asbab mengalirnya pahala kepada arwah-arwah yang telah kembali menemui pencipta-NYA.
BIHUN GORENG UDANG KERING
Bahan-Bahan:
1 Peket Bihun (Rendam Air Biasa)
Sepeket Kecil Udang Kering
*3 Biji Bawang Rose
*2 Ulas Bawang Putih
* 4 tangkai Cili Kering
* Belacan Bakar (Sikit Saja)
* Asam Jawa (Sebesar Duit 20 Sen)
12 Sudu Teh Gula
2 Sudu Teh MSG
½ Sudu Teh Garam x 7
½ Sudu Teh Serbuk Kunyit
Cara Membuat :
1. Bakar Belacan.
2. Blender bahan yang bertanda* sampai hancur (Air jangan banyak)
3. Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
4. Masukkan perasa, tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
5. Kacau sebati bihun, buka api perlahan untuk dapatkan hasil bihun tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
6. Nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
Siap!
Selamat Mencuba. Ilmu Allah semata-mata, saya tak pandai apa-apa.
Baca Lagi Di Sini:
Resipi AYAM PANDAN Mudah & Sedap, Perap Guna Perencah Bihun Goreng!
Kaedah BETUL Goreng Bihun, Barulah Tak Hancur, Putus-Putus & Lembik
BAKSO Homemade Resipi Original Dari Indonesia, SEDAP Tak Boleh Bawa Bincang!
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Bihun Goreng Udang Kering ni, Walaupun guna bahan-bahan asas dan nampak ‘kosong’ je, namun luarbiasa sedapnya. Kena cuba buat sendiri resipi ini nanti.
Sumber: Mohd Shukur Mohd Shukur
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI