Isi Kandungan
TogglePerkongsian ini khusus untuk mak-mak yang teringin nak buat biskut raya, tapi tak ada oven. Sebabnya dengan cara betul bakar biskut raya atas dapur gas ini pun hasrat nak buat bermacam biskut raya boleh jadi kenyataan. Syaratnya.. RAJIN DENGAN TIDAK je.
MW teruja betul tengok cara Puan Irhana Canella hasilkan bermacam-macam biskut raya yang dibakar atas dapur gas rumahnya saja. Bermakna tanpa oven tak jadi halangan untuk mak-mak tak buat biskut raya ya.
Ini serba sedikit garis panduan yang mak-mak boleh ikut, cara nak bakar biskut atas dapur gas bagi tak hangit. Yang penting hasilnya biskut rangup, cantik, gebu dan menjadi. Malah, pan yang digunakan tak hangit pun.
Cara Wanita Ini Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas
1. Mak-mak boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Sediakan pan atau kuali atau periuk bertutup. alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali tu akan buatkan aliran udara sekata dan biskut naik cantik.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan tu. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
Nota : Kalau letak air nanti tak jadi bakar biskut. Dia jadi kukus biskut pulak.
3. Sebelum mulakan kerja-kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian, barulah letakkan dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat cip dalam 20 ke 25 minit.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
7. Puan Irhana pernah cuba kaedah ini untuk bakar kek, dia ambil masa satu jam untuk bagi kek masak sepenuhnya.
8. Dengan kaedah ini, Puan Irhana berjaya membuat 3 jenis biskut serentak.
Resepi Biskut Raya Tart 3 Bahan
Ini Resepi Biskut Arab
Resepi Biskut Chocolate Chip
Sumber/Foto : Irhana Carnella
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Rasa Hidup Susah, Sebaik Berjaya Wanita Ini Tak Dikaburi Kemewahan
Isi Kandungan
ToggleDalam memburu impian mengecapi kejayaan dalam perniagaan. Wanita ini, Nur Aliah Mohd Nor sentiasa ingat pesan ibu. Walau diuji kejayaan, sentiasa ingat untuk merendah diri dan bantu orang lain. Malah, dia tahu perasaan bagaimana rasa hidup susah, tak ada apa-apa.
Atas dorongan inilah, usahawan muda ini tetap menjadi dirinya sendiri. Biarpun boleh untuknya membeli kemewahan, tetapi bukan itu menjadi matlamatnya dalam berniaga.
Niatnya mahu bantu keluarga, bantu orang susah dan membayar zakat. Sungguh menginspirasikan.
Tahu Macam Mana Rasa Hidup Susah
Lia masih ingat lagi pesan mama Lia ketika Lia baru nak mula bisnes,
“Lia, ingat ya, bila kau dah berjaya nanti, always be humble, bantu ramai orang di luar sana.”
Kata-kata ini la Lia akan pegang dengan baik InshaAllah sampai bila-bila.
Sebab Lia tahu macam mana rasa hidup susah, hidup yang tak ada apa-apa, hidup yang meminta, hidup yang asyik berharap pada manusia.
Sehinggakan satu ketika,
Alhamdulillah dengan izin Allah, bisnes wangian Lia naik mendadak-dadak sehinggakan setiap bulan Lia mendapat ranking number one stockist De’Xandra di Malaysia.
Tipulah kalau Lia tak pernah terfikir nak upgrade my own lifestyle, seperti tukar kereta, tukar handbeg, makan mewah-mewah, beli rumah impian dan sebagainya.
Ya. Lia ada pilihan untuk buat.
Tapi, Lia tidak memilih ke jalan itu. Sebaliknya, Lia hanya gunakan untuk menyimpan, bantu keluarga, bantu orang susah dan bayar zakat.
Baca sini : Lelaki ini kongsi perbezaan antara orang kaya dengan orang banyak duit.
Tak Rasa Terhina Naik Myvi Parking Tempat Khas
Ingat lagi, Lia pernah dijemput untuk bagi talk kepada pelajar Universiti, pihak penganjur siap ada sediakan parking khas lagi untuk speaker. Lia tenang sahaja naik Myvi masa itu dan parking dekat situ. Jujurnya tak ada rasa malu, tak ada rasa terhina.
Lia pilih jalan untuk hidup biasa-biasa. Berpakaian biasa-biasa. Dan biarlah orang lihat kita ini tak mempunyai apa-apa.
Sebab yang lebih penting sebenarnya ialah didik diri dengan kaya hati bukan kaya harta. Sentiasa hormat orang, jagalah adab, bercakap yang baik-baik, berfikiran positif, agar diri ini dapat didik hati untuk sentiasa rasa tenang dan InshaAllah hidup pon akan senang.
Kawan-kawan yang mulia,
Kata orang dulu-dulu, biarlah kita ini miskin harta, jangan miskin adab. Namun kalau tingginya harta kita, followers kita, subscribers kita, likes kita di social media, tinggikanlah juga adabnya ya. Teruskan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. And always be humble.
Semoga Allah swt selalu tetapkan hati kita pada kebaikan, tidak bolakbalikkan hati kita pada sesuatu yang tidak baik dan membuatkan kita jauh dariNya. Nauzubillah min zalik.
Nur Aliah Mohd Nor,
May Allah forgive us all
#ChettakiOmey
Mingguan Wanita : Sentiasa ingat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Sumber/Foto : Nur Aliah Mohd Nor
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
- Rahsia mereka?
- Apa yang mereka lakukan?
- Ilmu-ilmu yang diamalkan?
- Siapa yang susah senang bersama mereka?
- Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sanggup Masak Untuk Anak Menantu Berbuka Puasa, Rezeki Dapat Mentua Baik Walaupun Berbeza Agama
Rezeki dapat mentua baik. Tak semua dapat rasai sebegini. Beruntunglah bagi yang mempunyai mentua yang sangat memahami walaupun berlainan agama.
Kisah tentang satu keluarga yang mempunyai tiga agama dan tiga bangsa ini tidak asing di media sosial. Sebelum ini pernah viral tentang mak mentua yang sanggup datang menjaga cucu semasa menantu dalam pantang.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Mentua Prihatin’ Kediaman Datuk Yusof Haslam Ubah Jadi Mini Studio DEMI Puteri Sarah, Cucunya
Bukan Semua Mentua Baik Dan Tak Semua Menantu Buruk, Terimalah Sebab Itu Pilihannya
Rezeki Dapat Mentua Baik, Sambut Ramadan Bersama
Kali ini, video perkongsian di media sosial cukup membuatkan sesiapa saja akan mengatakan ‘beruntungnya dapat mentua yang baik’.
Apa tidaknya, mentua sanggup datang dari Perak ke KL dan tinggal seminggu bersama anak menantu untuk sama-sama sambut puasa, walhal dia berlainan agama dan tidak berpuasa pun.
Menariknya, sepanjang berada di rumah anak menantu, dialah yang memasak, menjaga cucu ketika bersahur dan cucu ketika anak menantu solat terawih.
Dalam perkongsian video tersebut:
“Masak untuk orang berpuasa dan sambut anak menantu berpuasa walaipun diri sendiri tidak berpuasa kerana berbeza agama dan bangsa.
Seronoknya, mentua siap tanya menu apa untuk dia masak dan sediakan untuk berbuka.
Lebih menyentuh perasaan, seminggu berada di rumah anak menantu, sebelum pulang ke Perak pun masih sempat untuk masak dan sediakan lauk berbuka puasa buat anak dan menantu.
.
Mingguan Wanita : Rezeki setiap orang berbeza. Alhamdulillah diberi mentua yang baik dan memahami walaupun bukan satu agama.
Sumber: Hajar Angelique
@hajarangelique Tak puasa tapi siapkan makanan untuk org berbuka puasa 🫢 #fyp #fypシ #fypage #foryou #foryoupage #onemalaysia #keluargamalaysia ♬ Somewhere Only We Know – Gustixa
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kahwin Elok-Elok Takkanlah Masa Cerai Nak Gaduh-Gaduh,” Sharnaaz
Isi Kandungan
ToggleIsu tuntutan perceraian isteri kepada pelakon Sharnaaz, Noor Nabila masih belum menemui kata putus. Ini kerana pasangan suami isteri ini diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.
Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor,34, berbuat demikian susulan bintang filem Juvana itu tidak bersetuju dengan tuntutan cerai kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa itu.
Fail Permohanan Cerai Ogos Lalu
Noor Nabila selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.Dalam proses perceraian, JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.
Nafkah Zahir Tidak Mencukupi
Difahamkan, selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.
Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.Selain itu, terdapat perbincangan melalui keluarga namun tidak berjaya.
Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila kemudian memohon supaya Sharnaaz selaku defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana mendakwa di dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.
Bagaimanapun Ahmad Muttaqi berkata defendan tidak perlu berbuat demikian (beri alasan) kerana mahkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz pada prosiding itu. Mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.
Nabila Tak Sedia Beri Kenyataan
Sementara itu, Noor Nabila menangis sebaik suaminya menolak permohonan cerai yang difailkannya.Sebaik prosiding kes itu berakhir, Noor Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International sepatutnya mengadakan sidang media bagi meluahkan perasaannya.
Noor Nabila ketika ditemui tidak bersedia memberikan kenyataan sebelum menangis di hadapan pengamal media.
“Saya tak bersedia memberikan ‘statement’ (kenyataan) kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,” katanya.
Mahu Ikut Prosedur Mahkamah
Sementara itu Sharnaaz berkata, dia enggan mengulas mengenai sebab dia menolak penceraian kerana mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.Dia ditemani Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya akan mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian itu.
“Kami akan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) jam 12.30 tengahari pada 30 Oktober depan. Ketika kami kahwin elok-elok, takkan lah masa cerai nak gaduh-gaduh.
“Reda atau tidak (penceraian ini) kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap. Mahkamah sudah beri arahan (JKP), jadi kena ikut.
“Apabila saya kata tak setuju (tolak penceraian), kita cuba memperbaiki (hubungan) sebaik mungkin dan cari kebaikan,” katanya.
Ketika ditanya sama ada masih menyayangi isterinya, Sharnaaz menolak untuk menjawab pertanyaan itu.
Menurut Sharnaaz, dia akan menggunakan JKP itu untuk mencari jalan penyelesaian yang berkemungkinan dapat mempertahankan rumah tangganya.
“Berkaitan melantik siapa (wakil JKP) adalah rahsia. Dalam soal anak pula (Jebat Jayden) kami akan berbincang dan setakat ini saya tidak pernah dihalang untuk melawatnya, terima kasih juga kepada Nabila,” katanya.
Minta Tarikh Awal Untuk Bercerai
Dalam pada itu Akberdin berkata, pihaknya mahu menyelesaikan kes penceraian terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan berkaitan tuntutan penjagaan anak. Katanya, melalui Seksyen 47 Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mereka memiliki ruang untuk berbincang dan berdamai.
“Kita akan lihat sama ada perkahwinan dapat diselamatkan atau tidak malah undang-undang memberikan tempoh enam bulan bagi tujuan itu,” katanya.
Akberdin menjelaskan, antara sebab tuntutan ditolak anak guamannya adalah pihak plaintif (Noor Nabila) meminta tarikh awal untuk bercerai.
“Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan undang-undang memberi masa enam bulan. Buat masa ini tiada tuntutan berkaitan perkara lain,” katanya.
Sharnaaz hadir ke mahkamah dengan memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok manakala Noor Nabila mengenakan jubah hitam dan berselendang hitam.
Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.
Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.
Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.
MW: Mingguan Wanita mendoakan pasangan ini menemui titik penyelesaian yang terbaik.Apa juga keputusan yang diambil semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat mencapai persetujuan bersama.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI