Berdebar membaca perkongsian Yuyun Nissa ini. Mujurlah ada CCTV. Bila mana dia tiada di rumah, tetapi kediamannya dimasuki seorang lelaki yang berniat tidak baik kepadanya.
Mujur ruang tamu di rumahnya dipasang dengan CCTV. Dapatlah dia melihat apa yang berlaku walaupun ketika itu dia tiada di rumah.
Kadangkala, gajet semacam ini berguna untuk kehidupan harian. Walaupun anda kata buat masa ini tidak perlu lagi, tetapi siapa tahu ‘benda nak jadi’ ini bila akan berlaku.
Ini perkongsian Yuyun Nissa,
Terkejut Bila Buka Aplikasi CCTV
Hai Assalamualaikum semua.
Just nak share je untuk peringatan semua sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling dan jangan cepat percaya orang.
Nak di jadikan cerita pada 10/2/22 jam 12.14 pagi Yuyun tak sampai rumah lagi masih kat luar. On the way nak balik dari pergi makan.. tiba-tiba dapat notification apps cctv dari dalam rumah “motion detected” asyik blink blink je.
Terus buka tengok live cctv.. Allahuakhbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah Yun, lelaki tu macam familiar sangat sekali tengok baju dia pakai.
Dia dok berkeliaran dalam rumah, naik turun siap buka baju seluar semua. Sempat lagi dia whatsapp call Yun tanya kat mana.
Ads
Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun.. Dia memang nak cari Yun dan memang ada niat yang tak baik.
Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai.
Lari Sampai Tertinggal Baju
Tak la tahu macam mana dia boleh masuk, dari mana. Sebab cctv cuma dapat detected kat ruang tamu je. Kita terus cepat-cepat call kakak & abang ipar Siti Aisyah Mohamad Lazim Mohd Afif Azmi suruh pergi tengokkan rumah (rumah kakak sebelah lorong je dekat)
Bila abang ipar sampai je rumah, terus lelaki ni lari keluar rumah. Sampai tertinggal baju kerja security guard dia.
Tapi Alhamdulillah Yuyun bersyukur sangat-sangat Allah masih pelihara dan lindungi Yun & anak-anak.. Ya Allah perasaan takut seram semua ada la.
Tak dapat bayangkan kalau Yun ada kat dalam rumah dengan anak-anak semua.. Allahu, jangan tanya la kita punya nangis macam apa, orang yang tahu je tahu.
Bersyukur Allah Masih Lindunginya Dan Anak-anak
Long short story,
Sepandai-pandai tupai melompat jatuh juga.
Ads
Esoknya juga dia dapat ditangkap dan polis bagi tahu dia ada kes dadah. Okay la dah tahu la kenapa dia berani sangat sampai masuk rumah.
Tapi Yun salute dengan Polis Johor #pdrm sangat cekap dan cepat buat tangkapan.
Apa-apa pun Yuyun bersyukur tak ada apa-apa berlaku. Dan cuma nak ingat kan korang walaupun kita duduk dalam perumahan yang ada security guard belum tentu rasa Selamat.. sentiasa berjaga-jaga & hati-hati tau korang..
Dan kes sedang berjalan dan tolong doakan urusan Yuyun semoga dipermudahkan.. Aamiin.
“Ya Allah ramai sangat pm tanya pasal cctv.. Maaf lah tak sempat nak reply satu satu.
Sebenarnye tiba-tiba tergerak hati nak pasang cctv ni sebab nak pantau anak-anak kat rumah, tak tahu pula Allah nak tnjuk sesuatu..baru je pasang 2 minggu ni.
Ads
Yun beli ni kat SHOPEE je.. Cari je nama TP Link cctv.. boleh refer gambar details & harga pun ade sekali.
Sangat recommended tau! korang kena beli yang ni sebab senang je guna kecil molek je dan boleh tengok dari phone je if kita kat luar plus siap ade mic boleh bercakap berinteraksi tau.
Bagus untuk parents yang nak pantau anak-anak kat rumah ke. Nak pantau suami curang ke eah tiberr gurau-gurau.
Tapi make sure kena ada wifi la sebab kena ada internet yang kuat baru boleh guna.
Yuyun tak jual tau Yun share je.
Bukan semua orang mudah mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari yang telah ditetapkan. Masih ada yang bersikap pentingkan diri sendiri dengan tetap keluar rumah tanpa rasa bersalah mahupun bimbang dengan penyebaran virus berbahaya yang boleh menyebabkan kematian ini.
Bantuan Tentera
Terkini, kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi.
“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.
“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.
Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tiada Perancangan Perintah Darurat
Ismail Sabri juga menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.
“Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, ‘posting’ dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong.
“Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya,” katanya.
MW:Semoga semua pihak bersama-sama mengikut langkah dan saranan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Duduk sahaja di rumah, tak perlu keluar jika tiada keperluan. Semoga negara yang kita sayangi ini kembali pulih seperti sedia kala.
Norlia Ghani dapat sejuta tontonan waktu pertama kali buat ‘live’ TikTok. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.
Norlia Ghani Dapat Sejuta Tontonan Waktu Pertama Kali Buat ‘Live’ TikTok
Menariknya, siaran langsung pertama yang dilakukan oleh Norlia di TikTok mencatat tontonan yang luar biasa, iaitu sebanyak satu juta tontonan.
“Anak dan cucu saya yang ajar cara nak buat siaran langsung. Saya perhatikan bagaimana mereka lakukan dan dari situ saya belajar. Saya cuma berbual santai saja dengan peminat supaya hubungan lebih rapat. Generasi muda pun kenal saya sekarang,” katanya.
Tambah beliau, tujuan asal beliau bersiaran langsung bukanlah untuk meraih hadiah atau ‘gift’ daripada penonton kerana beliau sendiri tidak begitu arif tentang hal tersebut.
“Saya cuma buat sebab ramai yang kata lama tak nampak saya. Bila saya cuba buat siaran langsung kali pertama, tak sangka pula dapat sejuta tontonan,” katanya.
Norlia turut mengakui ada menerima ‘gift’ daripada penonton ketika bersiaran langsung, namun perkara itu bukan keutamaannya.
“Kalau orang nak bagi, saya terima dengan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa. Saya pun tak ada jadual tetap, cuma kalau ada masa lapang, terutama ketika menunggu di lokasi penggambaran, saya akan buat siaran langsung sekejap. Bukan setiap hari pun,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga menerima tawaran untuk membuat ulasan produk dan kini menjadi duta kepada jenama susu.
“Sekarang saya buat review produk untuk satu jenama susu sebab saya dilantik sebagai duta. Banyak juga produk lain yang ajak saya buat ulasan,” katanya lagi.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua-tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Ibu bapa mana yang tak keruan bila melihat ada manik dalam hidung si kecil kesayangan mereka.
Begitulah insiden yang berlaku pada Farhan Azizan dan suami, Ahmad Rashadan terhadap anak kedua mereka Orkeyd Fatheema beberapa hari lalu.
Manik yang terdapat dalam hidung
Bagaikan Mahu Luruh Jantung
Bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF), Farhan berkongsi kisah cemas tersebut di Facebook luahnya melalui catatan berikut:
“Kisah malam ini. Ibu dan ayah nak jatuh jantung tengok manik ni ada dalam hidung si orkeyd.. Now otw ke hospital.. Semoga dipermudahkan..”
Doktor Berjaya Keluarkan Manik
Keesokan harinya Farhan menulis semula tentang keadaan anaknya yang telah pulih;
“Assalamualaikum Alhamdulillah pertama sekali sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Doc Ghazi Pakar ENT di Hospital Sg.Buloh kerana telah berjaya mengeluarkan manik dalam hidung anak saya Orkeyd Fatheema dan juga semua doctor dan nurse yg attend pada mlm smlm.. Terima kasih juga pada semua yg telah mendoakan.. tq Fynaz Shariff membantu kami smlm”
Syukur alhamdulillah kerana semuanya telah selamat.
Untuk pengetahuan Farhan dan Ahmad bernikah pada 2014. Sebelum ini, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan Souffea Zulaeqha dan Orkeyd Fatheema.