Kini ada cara yang lebih mudah untuk transfer duit dan membuat simpanan di Tabung Haji.Hanya perlu memindahkannya secara dalam talian (online) je! Tak perlu susah-suhah nak beratur dan ambil nombor di bank. Segalanya dihujung jari dengan hanya guna handphone!
Nur Aliah Mohd Nor kongsikan panduan lengkap untuk transfer duit melalui akaun CIMBclicks mahupun Maybank2u.
Berikut Perkongsiannya;
Ni Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji. Wajib Buat Kalau Taknak Hilang RM6000 Duit Simpanan Untuk Masa Depan.
Alhamdulillah. Lia nampak sekarang ni ramai usahawan semua sibuk cipta duit setiap hari dan setiap masa. Bagus dah tu, tapi ada satu yang membuatkan Lia risau dan tertanya-tanya, Lia jadi takut sangat kalau ada usahawan yang abaikan untuk menyimpan duit dalam akaun tabung haji!
Paling mudah Lia bagi contoh di sini simpan di Tabung Haji. Tanya balik pada diri kita sendiri, setiap bulan ada tak kita asingkan duit simpanan ke tabung haji? Sedangkan sebenarnya, setiap kali kita dapat je gaji, perkara pertama kita kena buat adalah dengan membuat simpanan.
Simpan secara ‘Transfer’ Online
Sekarang nak menyimpan ni mudah, semua melalui transfer online je. Tak perlu nak keluarkan duit minyak, tak perlu nak beratur ambil nombor giliran dan tak perlu nak menunggu lama di kaunter. Cuma perlu keluarkan handphone canggih anda itu saja dan mulakan transfer duit ke tabung haji dengan menggunakan CIMBclicks.
“Di sini Lia nak ajar step by step cara yang sangat mudah untuk transfer duit ke akaun Tabung Haji secara automatik dan ditolak terus dari akaun bank kita pada setiap bulan. InshaaAllah jika kita consistent menyimpan dengan cara macam ini, yakin dan percayalah suatu hari nanti anda tidak akan menyesal dengan apa yang anda lakukan hari ini.”
Bayangkan setiap bulan anda menyimpan RM100, kalau setahun dah jadi RM1,200. Kalau 5 tahun dah naik jadi RM6,000! Ini belum termasuk dividen dan bonus Tabung Haji lagi. Anda sebenarnya akan dapat lebih dari itu. Bestkan. Paling penting juga duit anda selamat. It’s now or never!
Jom ikuti langkah-langkah untuk set pemindahan secara berjadual di bawah ini.
Wajib Login CIMBclicks. Takyah ajar dah ni. Semua mesti tahukan. Kalau tak tahu juga langkah seterusnya mesti blur nanti. Kan.
Untuk awal ni Lia nak ajar cara kita SET FAVOURITE TRANSFER.
1. Pergi ke Pay Bills.
2. Type “enter biller name” itu kepada Lembaga Tabung Haji.
3. Akan keluar macam di gambar ini. Type je okay mesti keluar punya Lembaga Tabung Haji.
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
5. Masukkan nombor kad pengenalan
6. Letak berapa amount yang anda nak transfer
7. Tick “add this biller to My favourites”.
Kemudian tekan butang “Proceed to Payment”.
8. Tunggu nombor TAC dari handphone anda
9. Tekan “Confirm” lepas dah masukkan nombor TAC
Dan siap! Nampaknya dah berjaya set favourite akaun Tabung Haji di CIMB clicks.
Ads
*Di sini akan dikenakan caj sebanyak RM0.53 untuk CIMBclicks. Kalau Maybank cajnya lain, iaitu RM1.06 saja. Anda nilai sendiri mana yang lebih murah.
Seterusnya ni kita nak setkan autotransfer secara consistent setiap bulan.
10. Pergi ke Settings
11. Click Scheduled Transactions
12. Tekan Select a service
13. Tekan Pay Bills.
Sofar boleh follow? Teruskan. Sikit je lagi ni.
14. Pilih Savings Account anda
15. Pilih Lembaga Tabung Haji yang kita dah set kan sebagai favourite tadi
16. Lepas itu boleh Click Submit dengan bahagia
Mudah ke mudah?
17. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
18. Masukkan nombor IC
19. Masukkan no telefon anda
20. Letak jumlah yang anda ingin simpan
21. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian pilih recur every month, dan pilih berapa bulan nak tolak secara automatik
22. Siap dah? Click je Update!
Wah nampaknya dah sampai ke step yang terakhir ni.
Ads
Well done! Tahniah! Selepas ini, duit anda akan ditolak setiap bulan ke akaun bank Tabung Haji anda.
Masih ingat lagikan kompas kewangan? 30% darinya adalah UNTUNG. Jadi, dah selamat satu simpanan anda ke Tabung Haji. InshaaAllah selepas ini Lia akan ajar simpan di ASB pula.
Terima kasih kepada semua yang follow step by step ini hingga tamat. Alhamdulillah
Sebenarnya sangat mudah! Ada 9 langkah je supaya duit anda selamat dipindahkan terus ke akaun Tabung Haji. Tapi sebelum itu, bagi anda yang pertama kali nak buat transfer macam ini, perkara pertama anda perlu buat ialah pergi ke ATM Maybank dan bawa sekali buku akaun Tabung Haji anda tu ye.
.
1. Masukkan kad ATM Maybank anda ke mesin ATM Maybank.
2. Pergi ke menu TABUNG HAJI (TH)
3. Tekan “Daftar Akaun TH ke ATM Kad”
4. Masukkan nombor akaun TH anda. (Nombor akaun tengok di buku akaun TH ya)
5. Siap!
.
Lepas dah siap daftar akaun TH di mesin ATM, kemudian apa yang perlu anda lakukan ialah terus login ke akaun Maybank2u.
.
Dah login? Nah buka gambar di bawah ini satu per satu tau. Ajak kawan-kawan kelas, team business, keluarga anda atau sesiapa sahaja mulakan simpan duit di Tabung Haji. Mulakan je dari sekarang, InshaaAllah lama-lama anda akan SUKA SANGAT simpan duit ni. Sampaikan nak shopping barang pon fikir 2-3 kali. Eh!
Masa nak daftar akaun tabung haji di mesin ATM WAJIB bawa dua benda ni tau.
Lepas dah settle daftar di Mesin ATM, terus login Maybank2u anda.
1. Click pada menu “Accounts & Banking”
Ads
2. Click menu “Transfers”
3. Click menu “Tabung Haji”
4. Click “Maybank to TH Own Account Transfer”
Nota : Nak check berapa balance akaun Tabung Haji pon boleh tau. Click “Balance Inquiry” dan anda boleh check berapa baki dalam akaun TH anda. Senang dan mudah je kan boleh terus tengok baki dari handphone canggih anda tu je. Hehe!
5. Dekat sini masukkan berapa amount anda nak transfer ke akaun Tabung Haji.
6. Contoh Lia letak RM100
7. Siap? Pergi ke “Continue”
8. Click “Request for TAC” dan masukkan nombor TAC ke dalam ruang TAC.
9. Siap? Laju-laju click “Confirm”
Wah! Syukur Alhamdulillah, nampaknya dah selesai lah transfer duit ke akaun Tabung Haji. Tahniah!
Semoga bermanfaat & Selamat Mencuba!
Jangan lupa kongsikan juga dengan orang lain agar mereka turut mendapat info ini.
Sumber:Nur Aliah Mohd Nor
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ada benarnya banyak masa terbuang jika mengambil upah menjahit baju, namun pelanggan tidak membuat pembayaran pada waktu sepatutnya. Bukan apa, sewaktu musim raya ini Tukang Jahit adalah orang yang paling sibuk dalam menyiapkan tempahan baju raya. Memang tak menang tangan dibuatnya, sehingga berjaga malam demi memastikan baju pelanggan dapat disiapkan sebelum raya.
Namun yang agak dikesalkan apabila baju siap, pelanggan pula sambil lewa dan menangguhkan pembayaran dan lewat mengambil baju dari tarikh sepatutnya.
Tukang Jahit Nurul Ain Chinta Design ini ada kongsikan pengalaman cara berhadapan dengan pelanggan sebegini. Terutamanya bagi yang masih baru mengambil tempahan.
Berikut perkongsian tersebut;
Mesti ramai yang tertanya-tanyakan bagaimana cara nak berhadapan dengan customer. Ini cara saya;
1.Cara uruskan giliran baju siapa perlu jahit dahulu?
Jawapan:Saya akan tanya customer bila nak saya pos. Jadi saya ikut dated line customer bukan ikut turn siapa hantar cepat dahulu.
2.Cara mengelakkan customer tangguh bayaran baju.
Jawapan:Sebelum proceed baju mereka, saya akan whatsApp tanya bila boleh payment? Contoh customer bagitau 1hb baru boleh bayar. So saya akan bagitau siap-siap, 3 hari sebelum 1hb perlu settle payment ya.
3.Cara layan customer di WhatsApp
Jawapan:Saya jenis tak banyak masa untuk melayan dari A to z. Mula-mula saya akan minta contoh design baju yang customer request dan bagi harga terus. Jika setuju dengan harga baru kita next step. Saya jenis tak suka sorak-sorak harga. Baju siap baru nak bagi harga itu bukan cara saya.
4.Jika customer langgar date line payment baju yang telah ditetapkan tarikh oleh customer sendiri.
Jawapan: Saya akan whatsApp dah payment pada dia. Sebab date payment dah lepas. Sebelum dateline saya dah hantar gambar baju mereka yang dah siap dan customer kata sorry nanti saya bayar. Saya akan whatsApp lagi. Boleh bagi date bila boleh bayar sebab saya kena noted dalam sistem order. Dan pasti mereka akan ‘alert payment’ selepas itu.
Gambar Hiasan
5.Jika customer langgar dated line payment ke 2.
Jawapan:Saya akan whatsApp boleh buat payment tak sebab barang dah nak keluar ‘runner’ akan datang collect serentak. Dan saya akan set nama whatsApp mereka “customer delay payment”.
6.Jika customer minta buatkan baju perlu siap sebelum raya tetapi tak ambil bila sampai masa?
Jawapan:Saya akan whatsApp dan customer bagi alasan takpe la lepas raya baru pos la sebab dah nak balik kampung. Takut tak sempat sampai dan saya akan jawab boleh lepas raya pos tapi perlu payment dulu boleh tak. Sebab saya ada target pendapatan income minggu yang perlu saya capai sebab saya banyak komitmen yang perlu dibayar. Dan biasanya customer akan bayar.
Buang masa saya jahit baju mereka jika mereka tidak buat payment di waktu yang sepatutnya sebab mereka takkan pernah tau kita tidak tidur malam semata-mata siapkan baju mereka.
Itu sahaja perkongsian saya. Next posting saya akan share cara saya uruskan masa saya supaya tidak pernah lari jadual waktu kerja sambil jaga anak kecik.
Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak tukang jahit, semoga tip ini boleh dijadikan panduan dalam berhadapan dengan pelanggan.Paling penting berterus terang dengan pelanggan dan jangan hanya memendam hati.
Luah Ummi Nazeera di laman sosial, Twitter, “Dan anda semua, tolonglah bertimbang rasa. Kesianlah dekat frontliners. Diaorang (mereka) pun ada family”.
Ummi bersama suami dan anak tersayang.
Peningkatan semula kes virus pandemik Covid-19 sejak Oktober lalu sememangnya menimbulkan kebimbangan bagi sesetengah rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja, peningkatan itu secara tidak langsung memberi tekanan semula kepada frontliners terutamanya yang berkhidmat sebagai doktor dan jururawat apabila perlu bekerja dalam tempoh yang lebih panjang bagi merawat pesakit Covid-19 yang terus meningkat.
Ummi Nazeera Berdoa Covid-19 Lenyap Secepat Mungkin
Salah seorang yang turut merasakan kesannya adalah pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera.
Suami Ummi, Dr Mohd Izzar merupakan frontliner yang bertugas di sebuah hospital.
Menurut Ummi, 30, dia begitu merindui suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dan berharap Covid-19 lenyap secepat mungkin.
Seperti mana yang diluahkan Ummi menerusi akaun Twitternya;
“Saya berdoa agar Covid-19 lenyap secepat mungkin. Tidak sabar menanti vaksin di bawa masuk ke sini.
“Kesian frontliners bekerja siang dan malam termasuk suami saya. Tolonglah, kami mahu pasangan kami pulang semula.
“Dan anda semua, tolonglah bertimbang rasa. Kesianlah dekat frontliners. Diaorang (mereka) pun ada family”.
Ia juga memberi kesan kepada keluarga frontliners kerana sukar untuk bertemu seperti biasa.
Malah difahamkan juga, ramai yang bersetuju dengan luahan Ummi dan marah dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih keluar bercuti dan bersesak biarpun dalam situasi seperti ini.
Sumber / Sumber Foto : Twitter & Instagram Ummi Nazeera
Kelahiran cahayamata pastinya menjadi saat yang paling bermakna dan dinanti-nantikan bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Sebagai pelengkap dalam membina keluarga bahagia.
Berkahwin pada 17 November 2017, pasangan bahagia pelakon jelita Izara Aishah, 28 dan Muhammad Adib Khalid, 30 telah dikurniakan cahayamata yang pertama baru-baru ini.
Setelah seminggu kelahiran anak perempuan mereka dengan berat 2.9 kilogram pasangan ini bersedia berkongsi kegembiraan mendedahkan wajah comel anaknya. Menerusi perkongsian di Instagram, Adib Khalid telah memuat naik beberapa foto bersama dengan cahaya mata pertamanya.
Luah Rasa Kesyukuran
Dalam catatan di Instagram tersebut, Adib turut memanjatkan rasa syukur dengan kelahiran anak pertamanya yang diberi nama, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib yang dilahirkan pada 15 April lepas.
Bagi Adib, sekarang mereka telah bertiga. Detik-detik kelahiran bayi perempuannya, Irisa Alaia merupakan detik paling indah dan menggembirakan baginya dah juga Izara Aishah.
Pasangan ini juga mengucapkan rasa terima kasih atas semua doa yang baik-baik dan sokongan yang diberikan. Malah turut mendoakan agar anak yang baru dilahirkan ini membawa keberkatan, memberikan kegembiraan pada setiap orang, serta berjaya di dunia dan akhirat.
Rata-rata pengikut dan rakan artis di IG Adib juga turut menzahirkan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertamanya.
MW: Tahniah buat pasangan Adib dan Izara atas kelahiran cahayamata yang pertama.Semoga Irisa Alaia menjadi seorang anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapa.