Wanita bila dah sayang sampai jadi ‘buta’ tetap setia! Ada benarnya kenyataan ini. Diakui ada sesetengah wanita yang terleka bila diulit bahagia. Walaupun sesetengahnya jiwa mereka derita dalam melayari perkahwinan.
Wanita Bila Dah Sayang Sampai Jadi ‘Buta’ Tetap Setia!
Seperti mana coretan dalam perkongsian menerusi personaliti media sosial, penulis motivasi yang juga seorang ibu tunggal Dzuriasikim Dzulkefli memberi nasihat buat kaum wanita yang terbelenggu derita dalam perkahwinan.
10 CARA UNTUK KELUAR DARI ‘SAYANG’ YANG MEMBUNUH BAHAGIA
“Saya mahu semua wanita membaca ini dan tahu membezakan apabila anda benar-benar dihargai atau tidak. Terlalu banyak wanita yang menderita dalam perkahwinan kerana sangat menyayangi pasangan biarpun terpaksa berdepan dengan banyak kesakitan.
“Wanita sanggup disakiti, dipukul atau dibuli secara fizikal dan mental demi sayang. Dan sering tidak sampai hati untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana masih “sayang”.
“Sukar untuk difahami. Orang yang tak pernah lalu tak akan faham kenapa wanita bila dah sayang sampai jadi “buta” dan “tuli” begini.
“Wanita juga tetap setia meskipun pasangan mereka ada yang menjadi penagih dadah, kaki botol atau kaki pukul.
“Sayang begini boleh membunuh bahagia. Saya mahu wanita bangkit dan belajar untuk menyayangi diri. Bacalah ini…
- Anda mungkin berasa takut untuk keluar dari perkahwinan. Tak berani sebab takut tak dapat survive. Sebenarnya percayalah jika anda berada dalam keadaan begini, di luar ada kehidupan yang jauh lebih sihat dan selamat.
- Jangan bimbang akan rezeki. Ingat satu perkara bahwa Tuhan tidak pernah zalim terhadap kita. Rezeki itu luas. Mintalah kepada Tuhan agar dimurahkan rezeki, bukan kepada manusia.
- Tidak ada siapapun yang akan dapat mengubah nasib kita, bantu kita, angkat kita… Melainkan diri kita sendiri. You need to wake up. Berkasih sayang itu lumrah, namun biarlah berpada.
- Yang dinamakan sayang itu adalah apabila pasangan menunjukkan dengan perbuatan, tanggungjawab, penghargaan, pengorbanan. Bukan jadikan anda sebagai korban kasih sayang. Dan bukan sekadar kata-kata. Sayang pada bibir sahaja tidak cukup jika siang malam anda dijadikan “punch bag” mereka untuk melepaskan geram. Hargailah diri kita.
- Usah gunakan alasan kasihankan anak-anak untuk keluar dari perkahwinan. Sebenarnya anak-anak akan membesar dengan lebih sihat tanpa melihat ibu mereka didera berterusan, dicerca dengan kata-kata yang memberikan tekanan mental serta penuh dengan keganasan dan kezaliman.
- Mintalah kepada Tuhan agar diberikan kekuatan dan ketetapan hati. Untuk itu, usah pernah putus asa untuk berdoa agar anda menjadi kuat dan diberikan keberanian untuk membuat keputusan. Demi untuk diri dan anak-anak.
- Kadang-kadang penghidupan yang gelap akan membawa kepada sesuatu yang baik. Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentukan kejayaan. Kejayaan akan memberikan kebahagiaan. Usah pernah takut untuk melangkah.
- Wanita perlu tahu bahawa dipukul dan disakiti berterusan itu bukanlah cara untuk menunjukkan cinta dan sayang. Ianya adalah kezaliman. You deserve a better life ok.
- Ada wanita yang tetap merasakan bahawa pasangan mereka adalah yang paling baik walaupun terpaksa menderita. “Saya sayang sangat pada dia….cuma kadang dia tak dapat mengawal tangannya ketika marah. Tapi lepas tu dia ok. Dan malam kami tidur bersama seperti biasa…”.
Sungguh hati wanita itu seperti kerak nasi. Tetapi ingatlah kadang kita berasa dia yang terbaik, namun InsyaAllah ada yang lebih baik dan bertanggungjawab darinya di luar sana. Apalah gunanya hidup berpasangan jika sering berendam airmata. Cinta itu bersifat bahagia dan bukan derita.
- Bila ada orang berkata bahwa dia mencintai kamu, simpan sedikit ruang dalam hati untuk diri. Dan sematkan dalam jiwa bahawa biar sebesar manapun cinta si dia, ianya hanyalah cinta dari manusia. Cinta sejati yang tiada bersyarat adalah dari Tuhan,” kongsi Puan Dzuriasikim yang sememangnya memberi banyak motivasi kepada golongan wanita.
Baca Disini Juga:
“Menjadi Langsing dan Sihat Impian Yang Tak Pernah Padam Untuk Semua Wanita!” Dzuriasikim
“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”
Sumber / Sumber Foto : Facebool Dzuriasikim Dzulkefli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI