Penyanyi popular Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin berkongsi rasa bahagia di hati apabila menantunya, Putri Eliya Sofea melahirkan anak pertamanya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Cucu sulungnya ini dilahirkan secara pembedahan dan diberi nama Ayden Johan.
Kata Nora, nama Ayden Johan itu sudah pun dipilih awal lagi oleh anak lelakinya, Syakir Iman dan isterinya, Eliya.
“Nama Johan itu memang diletakkan sebagai tanda ingatan terhadap Allahyarham suami dan bapa mereka, Johan Nawawi.”
Akuinya, tentulah perasaannya cukup seronok dengan kehadiran cucu sulungnya ini. Malah, kedua anak perempuannya pun sama teruja kerana dapat anak buah.
Ads
Baca sini : Ada masa rasa down, anak-anak ceriakan saya.
Bahagia.. Hanya Allah Yang Tahu – Nora Ariffin
“Subhanallah…. MasyaAllah… Alhamdulillah… Segala puji hanya bagi Allah. I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur di atas kurniaan ini. Happy……hanya Allah yang tahu.
Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah untuk kami sekeluarga. Pa….kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute & macam iman. Sama macam kita sambut Iman dulu. Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea. @mosyi.johan @eilyasofea
A new day has become. Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga.
Ads
Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat. Allahuakbar….Allahuakbar..
Ads
Wan Doakan Ayden Ikut Jejak Langkah Arwah Atuk
Wan….happy dan sangat teruja. Wan nak Ayden jadi anak yang baik & soleh ye macam arwah atok… Johan Nawawi. Tq to all the staff from HUKM yang sangat membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea. Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love. Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif We Miss you so much.
Menurut Nora lagi, menantunya itu akan menghabiskan tempoh berpantang di rumah keluarganya. Dan tentulah dia akan kerap menjenguk mereka kerana mahu bermain dengan cucunya itu.
MW : Tahniah! Buat Nora sekeluarga dengan kehadiran cucu yang dinanti-nantikan.
“Memang rasa tak sedap hati.” Ibu ingat kemalangan biasa, rupanya anak terkorban. Panggilan telefon daripada menantu disangkakan anak lelakinya hanya terlibat kemalangan biasa saja, namun kuasa Allah mengatasi segalanya.
Daripada Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali. Semoga keluarga ini kuat berdepan ujian berat di kala bulan Ramadan ini. Luluh perasaan seorang ibu dan juga isteri bila menerima khabar mengejutkan begini.
Memang Rasa Tak Sedap Hati
Perasaan tidak sedap hati seorang ibu selepas tidak melihat van dinaiki anaknya berhampiran rumah membawa khabar duka apabila buah hatinya itu disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Kampung Sungai Ikan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Kuala Nerus, petang semalam.
Dalam kejadian jam 6.22 petang itu, Mohd Shalam Mat Saat, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas van dinaikinya bersama tiga lagi rakan terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu van, dua kereta (Proton Wira dan Proton Persona) dan sebuah bas ekspres.
Turut terkorban dalam kemalangan itu adalah tiga rakan sekerja Mohd Shalam.
Menurut Che Rokiah Che Long, 65, biasanya van dinaikinya akan melalui kawasan rumah mereka di Losong sebelum anaknya itu pulang ke kediamannya di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang.
“Biasanya van diparkir berhampiran rumah tetapi petang tadi tak nampak van membuatkan saya terdetik mengapa dia pulang lewat hari ini.
“Memang rasa tak sedap hati dan perasaan itu terjawab apabila menerima panggilan daripada menantu (isteri Mohd Shalam) jam 7.20 malam memaklumkan Mohd Shalam terbabit dalam kemalangan.
“Ketika terima panggilan itu, kami sedang berbuka dan menantu cuma bagi tahu dia kemalangan sahaja. Sebaik selesai solat Maghrib, kami sekeluarga ke hospital sebelum dimaklumkan anak sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, malam tadi.
Rupanya Anak Terkorban
Sementara itu, bapa kepada Mohd Shalam, Mat Saat Jusoh, 72, berkata, dia tidak menyangka kemalangan itu meragut nyawa anak keempat daripada tujuh beradik.
“Ketika menantu telefon, ingatkan anak hanya kemalangan biasa tetapi sangkaan itu meleset apabila anak disahkan meninggal dunia,” katanya.
Allahyarham Mohd Shalam meninggalkan isteri yang sedang hamil tiga bulan dan seorang anak berusia lima tahun.
Tragedi 2 Ramadan ini meragut empat nyawa manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kampung Sungai Ikan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, jam 6.22 petang semalam.
Mangsa yang disahkan maut adalah Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36; Muhammad Saufi Jusoh, 34 dan termasuklah Mohd Shalam, 37 tahun. Manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah van, dua kereta iaitu Proton Wira dan Proton Persona serta sebuah bas ekspres.
Menurutnya, mangsa yang maut adalah penumpang dan pemandu sebuah van yang dipercayai pekerja sebuah syarikat kimpalan berdasarkan tong gas yang terdapat dalam kenderaan terbabit.
Katanya, dua mangsa yang parah dalam insiden itu adalah pemandu dan penumpang Proton Wira, Muhammad Fazil Husin, 33, dan Nursilawati Said @ Nawang, 42.
“13 penumpang termasuk dua pemandu bas ekspres dan pemandu Proton Persona, Chew Cheong Keng, 55, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sebaik menerima panggilan, seramai 18 anggota termasuk tujuh dari BBP Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila van jenis Daihatsu yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dikatakan gagal memotong sebuah kenderaan sebelum melanggar Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.
“Van terbabit kemudian melanggar bas ekspres yang dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu menyebabkan kenderaan terbabit remuk,” katanya.
Ambil Masa 1 Jam
Katanya, Proton Wira dinaiki Muhammad Fazil dan Nursilawati yang berada di belakang van terbabit kemudian melanggar Proton Persona yang berpusing selepas dirempuh van berkenaan.
Tambahnya, pihaknya mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dalam van berkenaan dengan mangsa terakhir dikeluarkan jam 7.14 malam.
Semua mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Mingguan Wanita : MW mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat Isteri Beri Hadiah Istimewa Buat Achey Jalani Rawatan IVF. Bukan semua pasangan yang berkahwin dikurniakan cahaya mata, begitu jugalah yang dihadapi oleh Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dengan panggilan Anne.
Walaupun belum dikurniakan anak kandung namun pasangan ini tetap bersabar dan bersyukur dengan kehadiran seorang anak angkat bernama Tiara Zinnirah yang kini berusia 4 tahun.
Seperti mana yang dipetik menerusi Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, IVF disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin disebabkan kegagalan tiub fallopian atau ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti.
Kejayaan IVF memerlukan ovum sihat dan baik, sperma mampu mensenyawakan ovum dan rahim boleh menampung kandungan. IVF lazimnya dicadangkan selepas teknik bantuan rawatan Inseminasi Intrauterin (IUI) gagal.
Sempena sambutan hari lahir Achey pada 17 Ogos, Anne menerusi akaun Instagranya berkongsi dirinya kini sedang menjalani rawatan persenyawaan in vitro atau singkatnya IVF.
“Happy birthday sayang. Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat….
“Semoga awak dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, dilindungi ALLAH serta sihat tubuh badan. Aminn…
“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insya-ALLAH kita usaha, ALLAH yang tentukan.
“Kami kongsikan Perjalanan kami pertama kali buat IVF, 6 Jun 2022,” kongsi Anne.
Menerusi hantarannya di Instagram juga kelihatan Anne dan Achey bersama anak angkat mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor bagi bertemu Dr Tokha Muhammad.
Anak perempuan pelakon Noralbaniah mengaku bersalah atas kesalahan dadah. Anak kepada pelakon Nor Albaniah Raffie, juga dikenali sebagai Noralbaniah iaitu Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Noralbaniah yang popular sekitar era 1990-an pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Allahyarham Sudarman Daud pada 1993. Namun suaminya meninggal dunia dalam kemalangan di Bukit Antarabangsa pada 11 Jun 1996.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Syarra, 28.
Anak Perempuan Pelakon Noralbaniah Mengaku Bersalah
Seperti mana dilaporkan Mstar Mahkamah menerusi Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan Syarra menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu.
Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Sementara itu, pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan bermula hari ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.