Bukan mudah berdepan dengan ujian sakit, apatah lagi sakit kanser. Penyanyi, Elyana, beberapa tahun lalu mengumumkan dirinya mengidap kanser limfoma tahap 4.
Selama ini dia rela menyimpan segala kesakitan seorang diri dan hanya insan terdekat sahaja yang mengetahui betapa berat ujian yang dilaluinya.
Menurut Elyana menerusi perkongsiannya menerusi akaun Instagram sempena Sambutan Hari Kanser, walaupun telah berpuluh kali dia menjalani rawatan kemoterapi, kali ini baru Elyana mampu tersenyum.
Ikuti perkongsiannya, Elyanaofficial1
Throwback. Ini ketika chemotherapy pertama setelah saya disahkan Kanser tahap 4…
Setelah pulahan kali chemotherapy yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah, senyuman dapat saya ukir untuk kali ini.
Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat ceritakan kepada kalian.
Terpuruk saya, biarlah saya seorang yang simpan.
Saya akan tetap HADAPI DENGAN SENYUMAN.
Insyallah.
Nasihat – Jika Sedang Berjuang Dengan Ujian Sakit
Kepada anda di luar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang melawan kanser,selalulah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang.
Kerana hanya doa dan sokongan dari orang-orang tersayang kami harapkan.
Kepada yang masih sihat,jagalah kesihatan anda.Kerana kanser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
#lymphomafighter #stage4cancer #cancersucks
Sumber: Elyanaofficial1
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Bukan mudah apabila disahkan mengidap kanser, apatah lagi setelah berada di stage 4. Semoga Elyana terus kuat menghadapi ujian ini dan sembuh seperti sediakala. Insyallah.
Baca sini :
- Pening, mual, lesu, rasa nak muntah. Elyana kongsi perasaan kesan buat rawatan radioterapi
- Dalam gambar ini benar-benar sahabat saya, ada 4 lagi yang pernah menangis bersama – Elyana
- Anak angkat atau anak kandung, keduanya sayang sama rata
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI