Setiap ujian dan dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya. Rezeki buat seorang wanita yang bergelar ibu tunggal yang terbabit dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini, apabila pemilik sebuah Lamborghini bukan saja menyelesaikan isu itu dengan berhemah, malah bermurah hati ‘menghadiahkannya’ sebuah kereta Myvi.
Tindakan Thomas Heng, 40, dipuji warga maya selepas kemurahan hatinya itu dikongsikan rakannya, Azman Nor, di Facebook, dua hari lalu.
Dipandu Rakan Perniagaan
Berkongsi kejadian itu, Thomas berkata, dia tidak terbabit dalam kejadian itu sebaliknya kenderaan mewah miliknya itu dipandu seorang rakan perniagaannya yang mahu keluar membeli barang keperluan, dua hari lalu.
Katanya, tiba di lokasi di Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor, rakannya itu tidak sempat mengelak kenderaan di depannya yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberi isyarat.
“Akibat kemalangan itu, Lamborghini saya remuk pada bahagian depan dan kanan manakala Viva wanita itu ‘total lost’ (musnah).
“Kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan, malah dua-dua pihak membuat laporan polis untuk proses tuntutan insurans, namun bagi kereta ‘total lost’ ia akan memakan masa, malah saya dapati tuntutan insurans Viva itu pun sangat rendah,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Simpati Nasib Ibu Tunggal
Pemilik sebuah kedai ‘wrap’ kenderaan itu berkata, simpati dan prihatin dengan kesulitan dialami wanita itu, dia bermurah hati menawarkan sebuah kenderaan terpakai sebagai ganti.
“Hati saya tersentuh apabila mengetahui wanita itu ibu tunggal anak tiga dan bimbang dia terputus sumber rezeki, saya membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan yang dijual menerusi dalam talian.
“Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada untuk memudahkan urusan dan mengurangkan seberapa boleh beban dialaminya.
“Paling penting moralnya, tidak semua perkara perlu digaduhkan, selagi mana boleh selesai, selesaikanlah cara baik dan berhemah,” katanya.
Ads
Perjanjian Beli Kereta Myvi
Katanya, bagi menjamin ketelusan, kedua-dua pihak membuat perjanjian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan.
“Dalam perjanjian itu menjelaskan, saya dengan rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita itu.
“Malah, saya tidak akan menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans daripada kemusnahan Viva itu juga menjadi hak wanita itu sepenuhnya untuk kegunaan dan keperluannya,” katanya.
Ads
Proses Petukaran Hak Milik Selepas (PKP)
Menurut Thomas, dia bercadang menyerahkan Myvi itu kepada wanita berkenaan, Isnin ini.
“Proses pertukaran hak milik kereta akan diuruskan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Malah, bagi membantunya mempromosikan perniagaan atas taliannya, saya hantar Myvi itu untuk proses reka bentuk iklan.
“Mungkin ini tidak seberapa, tetapi saya harap Myvi ini menjadi pengganti kepada Viva yang rosak itu supaya wanita itu boleh terus mencari sumber pendapatan macam biasa bagi membesarkan anak-anaknya,” katanya.
MW: Memang terbaik sikap prihatin dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh pemilik Lamborghini ini. Tak semua orang bersikap murah hati sebegini, terutamanya memikirkan nasib wanita berstatus ibu tunggal yang perlu menyara dan membesarkann anak-anak sendirian.
26 kg bom ditanam, landasan keretapi Hatyai- Padang Besar meletup kali kedua lokasi sama. Baru beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita pengeboman landasan keretapi Haytai-Padang Besar.
Sedang dibaiki, tetapi nampaknya sekali lagi landasan yang sama dibom hingga mengakibatkan tiga kematian.
Tanam 26kg Bom
Tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut dan empat lagi cedera dalam satu letupan bom, hari ini, berhampiran tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lalu, di Sadao, Songkhla.
Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat, Mejar Jeneral Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja terbabit meninggal dunia di lokasi insiden, manakala empat mangsa cedera pula dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika tujuh pekerja SRT berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja membaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom sebelum itu.
Bom seberat 26 kg ditanam di landasan ini. Dalam kejadian pertama ia berlaku berjarak 400 meter dari lokasi hari ini.Tiga pekerja maut dalam serangan bom ini
Beliau berkata, letupan kali ini berlaku kira-kira 400 meter (m) dari tempat kejadian pertama.
“Letupan kuat itu menyebabkan tiga pekerja meninggal dunia di tempat kejadian. Kerja-kerja mengeluarkan mayat terus diusahakan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Sabtu lalu, sebuah kereta api barang mengangkut getah yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar, tergelincir apabila landasan kereta api berkenaan dibom.
Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari waktu tempatan itu, sebanyak 11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan.
Hasil siasatan mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram ditanam di landasan berkenaan.
SRT memaklumkan, tiada kecederaan dilapor membabitkan pekerja kereta api terdiri daripada dua pemandu, seorang juruteknik dan petugas lain dalam insiden itu yang bagaimanapun mengakibatkan landasan mengalami kerosakan teruk. – BERNAMA
Usahawan terkenal Joy Revfaini memang gigih bila masuk bab kerjaya. Sebagai ibu tunggal, Joy tak meletakkan status dirinya untuk berserah saja pada nasib. Wanita ini gigih membina empayar dengan formulanya yang tersendiri.
Lihat bagaimana Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin membangunkan Merve Cosmetics. Macam-macam idea segar yang buat ramai terpesona. Apa pun pengasas produk kecantikan ini ada rahsia sendiri yang membuatkan rezekinya sentiasa murah.
“Dari siang sampai tengah malam kat ofis ni perah otak dan bertungkus lumus semata-mata nak kukuhkan empire yang saya bina sendiri bersama expert-expert staff yang setia di sini.”
“Saya bina semua ni dengan usaha sendiri tanpa tajaan duit atau pump duit dari “Laki orang / ahlong / sugardaddy / duitmakbapak / atau tak payah jadi sugarbaby / gundik / gf somebody pun saya boleh survive dan bina empire sendiri.”
“Ingat ladies, cuba cabar kemampuan diri sendiri untuk all out!”
Kita ni bukan kaum yang lemah sangat sampai terpaksa jadi “perempuan simpanan” nak rasa kemewahan dan kecapi kejayaan.
“Yang utama, jangan lupa kan Ibu kita kerana doa dari seorang ibu paling mujarab untuk kita sampai ke level yang diimpikan selama ni, insyallah.”
Cara Kerja Joy Revfa Sampai Boleh Berjaya Tahap Sekarang
Pertama : FAST ACTION! Kerja Kena Cepat Dan Pantas
Di MERVE HQ, expert-expert yang bekerja dengan saya tahu lah cara kerja saya macam mana dan make sure semua kena fast action. Kita kena laju & pantas. Pantas buat keputusan. Pantas buat tindakan.
Bukan hari ni plan, lepas sebulan baru bertindak! Kalau singa pun boleh bertukar jadi Naga. Even kita nak purchase internet pun nak speed paling laju! Orang sanggup bayar lebih mahal untuk sesuatu yang SEGERA, CEPAT & PANTAS..! So please speed up!
Kedua : Stop Bagi Alasan Bodoh
Memang saya selalu tekan kan pada expert-expert yang bekerja dengan saya kena buang sikap bertangguh dan stop bagi alasan bodoh!
Syarikat ni bukan nak tunggu mereka yang lembab dan blur blur katak! Disebabkan seorang staff yang tak pandai jaga customer service, tak pandai service client/stockist, segala benda slow macam kura-kura, last-last pengasas la sasaran utama kena maki hamun dengan customer!
Ketiga : Kerja Jangan Main-main, Jangan Taip Whatsapp Macam Budak Wechat
Sebab tu saya sangat ambil berat setiap department yang ada dalam syarikat dan make sure expert-expert di sini kena selalu upgrade RAM processor otak tu!
Kerja dengan saya jangan main-main, slow dan jangan taip whatsapp macam budak wechat! Tapi alhamdulillah kerana expert-expert yang saya ada sekarang semua dah banyak belajar & lama-lama mereka jadi semakin awesome.
Komited dan fokus pada sasaran kita. Sebab kita sebagai Pengasas/Usahawan, bukan nak bina empire semata-mata nak sara diri tetapi kita nak bina KEKAYAAN & KEJAYAAN.
If you’re not going to swim deep with me then get out of my waters. Thanks to all of my beloved Merve Cosmetics HQ experts staff!
Haa.. itu antara rahsia kejayaan ibu muda ini. Mana-mana yang nak jadi usahawan atau berniaga tu boleh praktikkan idea kejayaan lagi murah rezeki dari Joy Revfa yang juga ibu kepada Arryan Firdaus.
Memang ada benarnya, soal rezeki ni sukar dijangka. Adakalanya rasa cukup berusaha namun masih rezeki sempit dan sering tak cukup duit untuk perbelanjaan bulanan. Pesanan buat para suami, sekiranya terjadi perkara sebegini, sebaiknya muhasabah diri.Cuba tanya para isteri, dekat mana yang tak kena. Ini kerana hanya isteri yang lebih mengetahui urusan dan masalah mengenai kewangan dan perbelanjaan keluarga ini.
Mungkin secara tidak sedar, ada terhutang nafkah dengan isteri. Ada terabai tanggungjawab, tidak menunaikan hak dan amanah dengan sebaiknya.
Rezeki sempit, duit tak cukup, tanya isteri kat mana yang tak kena.
Bukan salahkan isteri.
Isteri ni dia tak belajar tinggi pun dia tahu kawal perbelanjaan dia, jaga kewangan keluarga…tak belajar akaun pun, dia tahu keluar masuk duit keluarga tu ke mana, untuk apa.
Maka, tanyalah dia.
Bila dah tanya, kenalah terbuka untuk terima apa saja yang dia nak cakap, yang dia nak tegur, yang dia nak nasihat. Mungkin antaranya adalah disebabkan gaya dan cara hidup kita…mungkin kita ni terlebih belanja pada perkara yang tak sepatutnya.
Mungkin kita ni tak solat, mungkin kita ni jarang sedekah, mungkin kita ni tak bayar zakat.
Mungkin juga kita terlepas pandang untuk menafkahi isteri sebab dia ada pendapatan sendiri setiap bulan.
Ada hak yang tak tertunai, ada amanah yang tak dijalankan, ada tanggungjawab yang diabaikan…sebab tu rezeki sempit, duit tak cukup…walaupun dah usaha, jangan lupa juga untuk bermuhasabah.
Semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat..
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfat dijadikan panduan buat kita. Renung-renungkan asbab yang mungkin menjadi punca rezeki sempit, duit tak cukup ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...