Wanita jelita yang juga seorang usahawan Vie Shantie Khan berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang baik.
Menerusi perkongsi di entri akaun Instagramnya, Vie Shantie yang juga bekas isteri kepada pelakon, Datuk Eizlan Yusof ini berkongsi cerita mengenai anak sulungnya yang kini sudah menginjak usia remaja.
Menerusi perkongsian hidup bersama Eizlan sebelum ini mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Vie Zaara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaalia, 8. Namun kini kedua mereka sudah mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing.
Vie Shantie “Semoga Allah SWT Kekalkan Sifat Mereka Begini Sampai Bila-Bila”
Vie juga berasa bangga dengan pencapaian anak-anaknya walaupun usia masih muda. Malah anak sulungnya itu juga tidak pernah berkasar mahupun mengeluh.
“MasyaAllah TabarakaAllah… Sungguh tak sedar pun masa berlalu, bulan 5 tahun ini @viezaarakhan bakal masuk usia remajanya 13 tahun.
“Walaupun dia terlalu muda, tetapi terlalu banyak sudah pencapaian-nya yang sungguh membanggakan.
Ads
“Dia merupakan anak yang tidak pernah berkasar pada orang tua, tak pernah mengeluh, tak pernah melawan saya walaupun sekali, tak pernah membantah apapun keputusan yang saya buat untuk masa depannya, apapun yang saya katakan sekalipun meninggikan suara, dia tetap jawab dengan nada lembut dan santun ‘OK, MUMY.. SORRY MUMY’.
“Terkadang saya yang kesian dan datang kepadanya untuk minta maaf. Walaupun kita penat bekerja, kita sara mereka, berikan kehidupan yang terbaik buat mereka tapi saya tetap ingin meminta maaf kepadanya agar perasaan dia selalu ‘terjaga’.
“Saya mahu tinggalkan hanya kenangan manis difikiran mereka terhadap saya sebagai ibu yang melahirkan dan mendidik mereka.
Ads
“Saya mahu mereka tahu yang saya tidak pernah sesekali akan membiarkan mereka ‘jawab soalan yang berlegar dalam fikiran mereka tanpa ada jalan penyelesaiannya’.
“Saya tahu long way to go lagi untuk saya mendidik dan menjaga mereka sampai mereka besar (sekiranya mereka atau saya masih panjang umur, inshaa Allah).
“Tapi satu yang saya nak pastikan untuk anak-anak saya adalah, walau apa sekalipun berlaku, setiap hari saya akan ambil sedikit masa buat mereka, just to ask them ‘how was your day sayang’ and telling them that i really love them with all my heart.
“Syukur Alhamdulillah, Allah SWT ANUGERAHKAN saya anak-anak yang baik. Semoga Allah SWT kekalkan sifat mereka begini sampai bila-bila, inshaa Allah. #Vsk #VieZaara #MyFirstBorn #AnakSolehah #Berakhlak #Berilmu #Beriman,” tulis Vie yang merupakan seorang wanita yang terserlah keayuan dan kejelitaannya.
Pelawak Shuib Sepahtu memohon pada orang ramai yang berkongsi voice note berkenaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin agar padamkan voice note viral berkenaan dari media sosial.
Ini kerana, voice note yang dikongsikan itu bukanlah makluman terkini berkenaan keadaan isterinya. Sehingga ke hari ini, Siti Sarah masih lagi ditidurkan.
Ramai sebenarnya yang mendoakan isteri Siti Sarah Raisuddin agar kembali sedar. Sebagaimana, ahli keluarga Siti Sarah ramai juga yang mahu tahu perkembangan terkini ibu yang baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi pramatangnya.
Namun, berhati-hatilah ketika berkongsi informasi. Agar dapat memberi sedikit ketenangan kepada Shuib, anak-anak dan keluarga mereka.
Penjelasan Shuib, Mohon Padamkan Voice Note Di Media Sosial
Assalammualaikum semua,
Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos. Jadi saya mohon tolong hentikan share atau delete posting tersebut di mana mana platform media sosial.
Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.
Saya juga mendoakan pada semua dilindungi dan diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Sejak dimasukkan ke ICU dan ditidurkan Siti Sarah masih belum sedar lebih dari 42 jam. Malah, semalam doktor memaklumkan Sarah ditiarapkan bagi membolehkan paru-paru dan oksigen bekerjasama.
Ibu anak empat ini juga baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi lelaki pramatangnya dalam keadaan ditidurkan. Anak bongsunya itu, Ayash Affan dimaklumkan Shuib berada dalam keadaan stabil.
Siti Sarah, Shuib dan tiga orang anaknya disahkan positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya dijangkiti virus berkenaan.
Mingguan Wanita : Sentiasa mendoakan agar Siti Sarah Raisuddin kembali sedar dan dapat mendakap bayi lelaki pramatangnya yang tentunya rindukan belai kasih ibu.
Waahhh… seronok dengar cerita persiapan hari raya pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, kalau tahun 2017 baju raya Che Ta ada 30 persalinan untuk setiap seorang ahli keluarganya tetapi berbeza tahun ini dia cuba bersederhana dengan menyiapkan 20 pasang persalinan.
Haaa… jangan tak tahu, semua baju rayanya sudah siap gosok cuma tinggal untuk dipakai saja lagi.
“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang.”
Tudia… semangat sungguh nooo! Agaknya apa lah fesyen beliau dan keluarga pada tahun ini? Yang pasti, tentunya semua sedondon.
Pernah Dikecam Sebab Koleksi Baju Raya
Tahun-tahun sudah wanita yang turut memegang gelaran usahawan berjaya ini pernah dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarganya. Namun ada sesetengah peminat tak sabar nak tengok pakaian sedondon Che Ta bersama keluarganya, terutama bersama si kecil Aaisyah yang makin cantik bergaya.
Sebenarnya sebelum ini dia pernah dilantik sebagai duta jenama pakaian sebuah butik selama setahun, jadi dia diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Jadi tahun ini janganlah kecam lagi ya. Doakan yang baik-baik buat Che Ta dan keluarganya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh malang tidak berbau apabila seorang isteri yang memandikan bayinya menggunakan alat pemanas air, menyebabkan tragedi menyayat hati satu keluarga terkena renjatan elektrik.
Satu keluarga termasuk pembantu rumah maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Pulogadung, Jakarta Timur kelmarin. Lapor Kompas.com, mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 dan 29 tahun, bayi mereka berusia 11 bulan dan pembantu rumah berumur 59 tahun.
Ketua Polis Pulogadung, David Richardo berkata, kejadian itu bermula ketika si isteri memandikan bayi mereka di dalam bilik air menggunakan alat pemanas air.
“Dipercayai ketika memandikan anaknya, berlaku aliran elektrik mengenai ibu dan anak tersebut.
“Si isteri menjerit menyebabkan suaminya bergegas ke bilik air namun dia juga terkena renjatan elektrik.
“Kemudian, pembantu rumah yang terdengar jeritan itu juga pergi bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebelum dia turut terkena renjatan,” katanya.
Insiden itu menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan disedari oleh seorang lagi pembantu rumah keluarga tersebut.
Pembantu rumah itu kemudiannya menghubungi ambulans dan polis sebelum kesemuanya disahkan sudah meninggal dunia.
Dalam pada itu, David memaklumkan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian sekeluarga tersebut.
Katanya, polis akan menyiasat jika benar berlaku renjatan elektrik yang menyebabkan kematian mereka.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi menyayat hati ini. Sebagai pangajaran, pastikan selalu menyelenggara perkakasan, peralatan dan pendawaian elektrik secara berkala bagi mengelakkan kejadian ini berlaku.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...