Sebenarnya tak perlu tunggu bila ada duit atau bila rasa senang mahupun kaya barulah nak bersedekah. Ini kerana amalan bersedekah, membantu orang lain dalam kesusahan besar pahalanya. Tak kiralah berapa pun jumlahnya asalkan hati ikhlas dalam memberi.
Jemput baca perkongsian Cikgu Muhammad Yusof yang boleh dijadikan panduan
Pengalaman hari pertama aku di sekolah menyedihkan.
Ada anak yatim piatu 3 beradik masuk ke asrama sekolah aku. Kesian dorang. Disaat anak-anak membesar dengan kasih sayang mak ayah, dorang 3 beradik diuji dengan kehilangan mak dan ayah pada usia muda. Besar betul dugaan dorang.
Aku saje edarkan sampul surat kat budak-budak asrama untuk membantu seikhlas hati meringankan beban 3 beradik ni. Sape nak derma, derma. Tak nak takpe. Biasanya awal-awal ni mak ayah ada bagi duit lebih sikit buat belanja, tapi itulah aku tahu kebanyakan mak bapak dorang bukannya orang senang. Ada yang kerja kilang, ada yang kerja cleaner. Ada yang jualan kat pasar malam.
Ads
Beri Derma
Masa aku nak balik ke rumah, ada sorang pelajar panggil aku. ‘Ustaz nak derma..’. Aku kenal dia ni sebab aku pernah hantar dia ke rumah. Keluarganya nampak macam orang agak susah. Rumah pun rumah papan biasa-biasa.
‘Ustaz, saya nak derma..’ Dia pun keluar duit syiling masuk dalam sampul surat putih yang aku bawak. Aku tak tahu berapa jumlah dia yang aku tahu duit syiling sebab bunyi keceng, keceng..
Aku tanya awak ada duit tak ni nanti nak gi kantin makan macamana? Aku saje tanya sebab aku tahu latar belakang keluarga dia.
Ads
‘Takpe ustaz, bapak saya pesan kalau ada derma untuk anak yatim, orang susah, kena bagi derma. Saya syukur ada mak ayah lagi ustaz. Kesian dorang takde mak ayah dah.’
Jangan Tunggu Ada Duit Baru Sedekah
Sebak aku bila dengar jawapan budak ni. Benar, kita jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila rasa senang baru nak sedekah.
Allah, Allah, kadang-kadang kita yang dewasa, yang berduit ni pun kadang-kadang tak mampu nak jadi macam budak ni kan?
Ads
Aku belajar sesuatu dengan budak ni, kita kalau nak sedekah, sedekah je. Sedekah ni bukan kira banyak ke sikit. Yang penting kita ikhlas. Selagi kita boleh sedekah, sedekahlah. Selagi kita boleh tolong orang, tolonglah.
Sampai masanya nanti, Tuhan akan mudahkan orang lain untuk bantu kita, masa kita susah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, membuka mata kita agar bersedekah pada bila-bila masa. Tak kiralah jumlahnya asalkan hati ikhlas dan tak perlu tunggu bila rasa senang atau bila ada duit.
Tidak mandi wajib dengan betul & sempurna “RUPANYA SUDAH 15 TAHUN IBADAHNYA TAK SAH”, begitulah yang dikongsikan oleh Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.
Ustazah Asma’ menasihati setiap daripada kita perlu mengambil berat perihal mandi wajib yang betul.
Sememangnya jika mandi wajib tidak sempurna, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar.
Tidak Mandi Wajib Dengan Betul & Sempurna
Seperti mana yang dikongsikan sememangnya memberi pengajaran buat kita terutama golongan wanita;
“RUPANYA SUDAH 15 TAHUN IBADAHNYA TAK SAH…
Baru-baru ini saya ada terima soalan dalam inbox berkaitan mandi wajib. Ada yang bertanya bagaimana jika ada anggota yang tidak terkena air seperti celah pelipat, sebahagian rambut, kulit kepala, dll.
Kemudian seorang wanita ceritakan bahawa ahli keluarga beliau ada yang tidak mandi wajib dengan betul dan sempurna. Rupanya dah 15 tahun begitu, Allahu Akbar.
Sebenarnya ramai yang masih tak sedar atau buat-buat tak perasan tentang perkara ini. Belum lagi kita bincang tentang anak remaja yang sudah baligh tapi tak diajar tentang cara mandi wajib yang betul.
Sungguh, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar.
Dalam persoalan ini, saya kongsikan dahulu maksud hadas dan pembahagiannya supaya ia lebih mudah difahami.
Hadas: Keadaan seseorang yang tidak bersih atau suci yang menyebabkan terhalang daripada melakukan ibadah tertentu.
Hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas kecil dan hadas besar.
🔸 Hadas kecil: Keadaan seseorang yang tidak suci sehingga menghalanginya daripada melakukan ibadah tertentu melainkan dengan mengambil wudhu atau bertayammum (jika tiada air).
Sebab-sebab berlakunya hadas kecil adalah:
Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.
Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan yang tidak berlapik.
Hilang kewarasan akal akibat daripada mabuk, gila, pitam atau tidur kecuali jika seseorang itu tidur dalam keadaan tetap punggung pada tempat tidurnya.
Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
🔸 Hadas besar: Keadaan seseorang yang tidak suci yang mewajibkannya untuk mandi hadas (mandi wajib) atau tayammum (jika tiada air) bagi melakukan ibadah tertentu.
Sebab-sebab berlakunya hadas besar adalah:
Junub.
Janabah bermaksud air mani yang terpancut atau persetubuhan. Oleh itu, orang yang berjunub ialah tidak suci disebabkan keluar mani atau persetubuhan.
a) Keluar air mani (lelaki atau perempuan).
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:
الْمَاءُ مِن الْمَاءِ
Maksudnya: “Air itu kerana air (wajibnya mandi kerana keluarnya air mani).”
Maksudnya: “Bila seorang lelaki duduk di antara empat potongan tubuh wanita (dua tangan dan dua kaki) dan tempat khitan bertemu (lelaki dan wanita) maka sungguh wajib mandi meskipun dia tidak mengeluarkan mani.”
(HR Muslim, hadis sahih)
c) Mimpi (Ihtilam)
Seorang lelaki mahupun perempuan mengalami mimpi basah atau keluar air mani.
Terdapat 3 ciri bila seseorang itu bermimpi:
Keluarnya air disertai rasa nikmat dan syahwat
Keluar kerana tadaffuq (aroma seperti adunan roti saat masih basah)
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah (bergaul) mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu,”
(Surah al-Baqarah 2: 222)
Terhenti darah nifas.
Melahirkan anak.
Meninggal dunia kecuali mati syahid.
🔸 RUKUN MANDI WAJIB
Di dalam kitab Safinatun Najah karya Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami menyebutkan, ada 2 perkara yang menjadi RUKUN mandi wajib iaitu:
Maksudnya: “Aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari janabah, fardhu kerana Allah Ta’ala.”
Meratakan air ke seluruh anggota badan seperti celah-celah jari tangan, kaki, pangkal rambut (yang terikat hendaklah diuraikan), janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur.
Sekiranya terdapat sedikit bahagian tubuh yang belum terkena air maka mandi yang dilakukan itu dianggap TIDAK SAH dan orang tersebut sebenarnya masih dalam keadaan berhadas.
🔸 ADAB MANDI WAJIB
Imam Ghazali menjelaskan dalam kitab Bidayatul Hidayah secara terperinci mengenai adab mandi wajib, antaranya:
Sewaktu masuk ke bilik mandi ambil air terlebih dahulu, basuh kedua tangan sebanyak 3 kali.
Bersihkan segala kotoran atau najis yang masih melekat di badan.
Berwudhuk.
Ratakan air di kepala sebanyak tiga kali disertai dengan niat.
Ratakan air ke bahagian badan sebelah kanan 3 kali, kemudian bahagian badan sebelah kiri 3 kali.
Gosokkan bahagian depan dan belakang badan 3 kali.
Selakan jari di celah rambut dan janggut (sekiranya ada). Pastikan air mengalir ke setiap lipatan kulit dan pangkal rambut.
Dalam bab bersuci, mungkin masih ramai yang ambil mudah, namun jika tidak difahami dengan baik bimbang akan menjejaskan ibadah kita untuk tempoh jangka masa yang panjang, kerana bersuci ini selalu diguna pakai oleh kita setiap hari.
Semoga panduan ini membantu dalam persoalan tatacara mandi wajib supaya ibadah yang dilakukan sah dan diterima Allah SWT,” kongsi Ustazah Asma’ Harun.
Tinggalkan kebaikan supaya diingati. Media sosial umpama satu tempat yang wajib kita memerhati, luah dan komen kepada sesiapa saja, baik kita kenali mahupun tak. I umpama ‘medan’ untuk mengetahui apa saja perkembangan.
Malah, media sosial juga tempat kita mengetahui, bertanya khabar kawan-kawan yang tak pernah jumpa. Jangan terkejut, kalau suatu hari nanti, kita meninggal, pasti diwar-warkan dalam media sosial ini.
Baik yang kenal atau tidak, sedikit sebanyak mesti orang perkatakan tentang diri kita. Jadi, perangai macam mana sekali pun kita, tinggalkan kebaikan untuk dikenang orang.
Sejahil dan buruk macam mana pun kita, sekurang-kurangnya tinggalkanlah nama yang baik atau sesuatu yang indah untuk dikenang.
Tak kaya tak apa, tak cantik tak apa. Asalkan kaya budi dan cantik bahasanya.
Tidaklah nanti jika kita dah tiada, asal sebut ja nama. Orang terus ingat,
“Ohhh dia tu ka? Yang selalu suka cari pasai tu kan? Hurmmm… ”
“Ohhh dia tu. Kenai-kenai. Tapi takla kenai mana sangat cuma tau la selalu nampak keluaq nama dia sana-sini. Serba serbi tak kena.”
Dunia hari ni, dunia teknologi. Semua di hujung jari. Selagi mana kita boleh behave jari kita, behave lah.
Tak rugi pun, kalau kita tak ambik tahu atau tak campur tangan hal yang tidak berkaitan dan bukan hal kita.
Betul, aku pernah baca ada yang kata jangan menilai seseorang melalui tulisannya.
Tak boleh katanya, sebab dunia hari ni dunia tipu-tipu. Ramai orang yang pura-pura menulis kebaikan sedang diri sendiri tidak melakukannya. Itu salah katanya.
Jadi tidak adil kita judge seseorang itu buruk semata-mata menilai melalui penulisannya. Sedangkan in real hati mereka ini baik, kata mereka lah. Allahualam. Nak kata pun tak kena.
Orang Akan Menilai
Ada juga terbaca, lisan/tulisan itu selalunya gambaran hati seseorang. Terpulang pada penilaian masing-masing. Apa-apa pun satu perkara yang kita kena ingat.
Ingat sungguh-sungguh,
Kita takkan mampu kawal jari orang. Tapi kita boleh kawal jari kita kan? Itu sebabnya behave dari awal.
Elaklah selagi boleh. Dunia hari ini dunia tanpa batasan. Terlajak perahu boleh undur. Terlajak perbuatan/penulisan, jauh perginya uii. Kadang tu tak tercapai dek akal. Kadang pula melangkaui batasan kemanusiaan.
Masa tu, kemurungan yang teruk bagi yang tak bersedia dan tak kuat nak hadap. Tapi bergumbiralah bagi yang memang mengharapkan nak ‘pergi jauh’ sebegitu. Pesta lah apa lagi, viral kan? Yesss!
Dalam keseronokan berpesta tu, hati-hatilah menaip setiap bait-bait huruf.
Bukan apa, risau kita menjerumuskan aib suami/isteri, anak-anak, ibu bapa, adik beradik mahupun ahli keluarga yang lain. Lainlah kita ni sebatang kera, ehh sebatang kara ja di dunia ni.
Pesanan untuk diri aku jugak.
Aku pun kadang tak lari dari sifat pelupa dan lalai.
Sama-sama kita beringat.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak tunjuk kita hebat, kita bagus dan terbaik, hakikatnya orang menilai kita. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Hidup sederhana dan biasa-biasa saja.
Dalam hubungan intim suami isteri, isu dan hukum suami terminum susu badan isteri sama ada sengaja atau tidak, sering menjadi persoalan. Ini kerana ramai yang sedia maklum, dalam Islam wanita yang menyusukan bayi sebanyak 5 kali sehingga kenyang akan menjadi anak susuan kepada wanita tersebut. Malah apabila keadaan ini berlaku, si bayi akan serta merta menjadi mahram yang sah dan tidak dibenarkan berkahwin sama-sekali.
Perkara ini pastinya merisaukan suami isteri. Sehinggakan ada menganggap perkahwinan mereka boleh terbatal disebabkan perkara tersebut.
Untuk penjelasan lanjut, jemput fahamkan perkongsian daripada Pendakwah Selebriti daripada rancangan Pencetus Ummah, Azman Syah Alias, 38 atau lebih dikenali PU Azman dalam soal jawab hukum berkaitan isu ini di laman instagramnya baru-baru ini.
“Cik Man, boleh ke suami minum susu isteri”
Ulama mengatakan MAKHRUH kalau suami minum susu isteri dengan sengaja.
Suami kena faham, susu tu hak anak.
Tapi jangan bimbang, suami yang minum susu isteri takkan menjadikan suami tu anak susuan yang mengharamkan hubungan kelaminnya dengan isteri. Sebab syarat anak susuan tak berlaku. Suami dah tua bangka.
Kecuali, ulama mengatakan, boleh kalau suami guna susu isteri tujuan rawatan. Ini yang dinyatakan oleh ulama besar Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Eh tapi jangan salah paham yer. Yang makhruh tu bini sendiri tau. Bukan bini orang. Yang tu haram jadah.
Susu dutch lady kan ada? Tolonglah jangan berebut dengan anak.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi pencerahan berkaitan hukum suami terminum susu isteri. Tidaklah jatuh hukum menjadi anak susuan hingga membatalkan perkahwinan, sebaliknya hukumnya MAKHRUH dan sebaiknya elakkanlah.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...