Ustaz Ebit sebak & sayu ziarah keluarga arwah Zulfarhan, sempurnakan cita-cita arwah bawa mak ayah ke tanah suci. Seperti mana yang diketahui umum, Allahyarham Zulfarhan Osman merupakan pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang maut akibat dipukul beramai-ramai oleh rakan sekuliah.
Sememangnya kehilangan anak tercinta bukanlah satu perkara mudah untuk diterima. Namun ibu dan ayah arwah Zulfarhan terpaksa menerima dugaan daripada Allah ini dengan reda.
Ustaz Ebit Sebak & Sayu Ziarah Keluarga Arwah Zulfarhan
Menerusi coretan di laman sosial, pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew telah berkesempatan menziarahi keluarga arwah Zulfarhan. Malah Ustaz Ebit juga turut berkesempatan melawat pusara arwah.
Tatkala melangkah menjenguk keluarga tersebut, Ustaz Ebit juga berkesempatan menghadiahkan tiket dan pakej umrah buat ibu dan ayah arwah Zulfarhan. Rupa-rupanya, arwah sememangnya bercita-cita untuk membawa mak dan ayahnya ke tanah suci.
“Sebak sayu rasa ziarah mak ayah Arwah Zulfarhan UPNM. Selepas Subuh tadi saya terus ke Skudai Johor. Hari ini hari lahir arwah 29 Nov.
“Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya disember ini. Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.
Berat Ujian Allah
“Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
Ads
“Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu. Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah.
“Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arwah berehat selalu. Sepanjang berbual dalam senyuman kedua ibu bapanya asyik mengalir air mata.
“Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa teksi. Baik sangat kedua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya.
“Syukur Allah Jemput Kami”
“Mereka teringin sangat nak pergi haji atau umrah. Katanya syukur Allah jemput kami melalui ustaz. Semoga Allah mudahkan segala urusan keluarga ini.
“Sempat ziarah kubur arwah tadi. Berdoa bersama-sama. Ya Allah ampuni dan sayangilah keluarga Farhan ini. Berilah mereka kekuatan dan ketabahan melalui ujian hidup ini. Beri kesihatan yang baik buat keduanya dan adik-adik arwah Farhan,” kongsi Ustaz Ebit Lew.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Ustaz Ebit Lew
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Catriona Ross rindu pada arwah ibu dan bapanya, “the most romantic couple I know.” Pelakon dan pengacara Catriona Ross mengenang kembali kenangan manis bersama arwah ibu dan bapanya.
Catriona Ross Rindu Arwah Ibu & Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know”
Ibu Catriona, Siti Zawiyah Ab. Rahman (ketika itu berusia 63 tahun) meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 13 Februari 2013. Bapa Catriona pula meninggal dunia pada 5 April 2024.
Kerinduan seorang anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kedua ibu bapa sudah tiada lagi di dunia ini. Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menzahirkan kerinduan kepada kedua-dua arwah ibu dan bapanya.
The most romantic couple i know. Both have departed and at times i find myself wishing they’re both around. Just so i could continue listening to my late Mom’s stories & watch how Daddy gazes into her eyes. Al-Fatihah to you both.
I lost myself for years when Ibu left 11 years ago. Alhamdulilah, jiwa ku kembali pulang untuk mengubati luka sendiri yang berantakan, jasa orang tua satu lagi yang selalu ada untuk menguatkan hati dan perasaan. Thank You Mak. – tulis Catriona di ruangan kapsyen.
Hantaran Catriona menarik perhatian warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
“Doakan Sarah, Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segalanya” begitulah doa seorang suami dan bapa. Sebelum ini penyanyi dan usahawan popular, Siti Sarah mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib serta anak-anaknya disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai.
Shuib Pohon Doakan Sarah & Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segala Urusan
Terbaru, Sarah dikhabarkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras dek kerana tahap oksigen yang semakin menurun.
Sarah yang sedang sarat hamil tujuh menaiki ambulan petang semalam bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Malah menerusi perkongsian Shuib menerusi entri di akaun Instagramnya turut memohon orang ramai mendoakan agar kesihatan Sarah dan anak dalam kandungan dipermudahkan segala urusan.
“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,” tulis Shuib.
Malah menerusi entri yang satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital begitu meruntun jiwa yang menonton.
Seperti mana yang dimaklumkan Pengurus Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music Sarah sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin semalam.
“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” terang Nana.
Biarpun pemandu Myvi yang menyebabkan kematian Seorang anggota tentera mendapat kecaman hebat daripada kesalahannya, namun hari ini dengan berani dia tampil memohon maaf ketika prosiding mahkamah.
Menurutnya, “Saya menyesal dan memohon ampun dari Keluarga mangsa.” Sudah tentu sebagai manusia biasa yang tidak sempurna sudah tentu juga mempunyai perasaan menyesal dan rasa bersalah.
Pemandu Myvi Menyesal dan Memohon Ampun
“Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangsa” kata Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23.
Nur Fatin, pemandu Perodua Myvi yang menyebabkan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sabtu lalu, menyatakan demikian dengan linangan air mata ketika membuat rayuan dalam prosiding di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.
“Saya mengaku salah dan sangat menyesal atas perbuatan saya. Saya memohon maaf dan ampun dari keluarga mangsa kerana menyebabkan kejadian ini,” katanya.
Nur Fatin membuat rayuan berkenaan ketika prosiding tuduhan dia memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31.
Bapa mentua Allahyarham Mohd Rizal yang yang duduk di galeri awam dilihat menggeleng-gelengkan kepalanya dan menyatakan dia tidak akan memaafkan Nur Fatin ketika wanita berkenaan mengemukakan rayuannya.
Ibu Nur Fatin yang turut hadir bersama abang dan kakaknya, turut mengalirkan air mata sambil mengurut dada dan menyebut ‘Allahuakbar’ ketika mendengar rayuan anaknya itu.
Pemandu Myvi Dikecam Netizen
Terdahulu, Nur Fatin yang memakai jaket hitam tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, kira-kira jam 8.40 pagi dengan berkerusi roda.
Sabtu lalu, polis menahan Nur Fatin selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini, hingga menyebabkan Mohd Rizal maut.
Video kemalangan maut berkenaan tular di media sosial menyebabkan pemandu wanita terbabit dikecam netizen selain kes berkenaan menjadi tumpuan awam.
MW: Semoga apa yang Berlaku ini menjadi iktibar buat kita semua, kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.