Sumber: Instagram

Abang-abang “rider” antara barisan hadapan yang sibuk menunaikan permintaan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mahu makan apa, order sahaja, dalam beberapa minit sampailah mereka menghantar apa yang diminta.

Begitulah tugas mereka dari pagi hinggalah malam untuk memastikan semua orang tak berlapar. Dalam kesibukan mereka, ada di antara rider-rider masih sempat membantu orang yang memerlukan.

Selama ini menjadi tugas mereka menghantar makanan yang dipesan, kali ini berbeza sedikit apabila mereka membantu menyalurkan sumbangan terus pintu-pintu bersama Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit sendiri sebak dan terkesan dengan abang-abang “rider” yang sukarela dan mengambil bahagian.

Syukur pada Allah, dengan khidmat “rider” bantuan yang dihantar lebih cepat dan terus ke pintu. Paling penting lebih ramai dapat dibantu.

Ikuti perkongsian Ustaz Ebit Lew di akaun instagram:

Ads

Terkesan sebak dengan adik grab, food panda, dan rider-rider. Pejuang dan besar pahala mereka menunaikan hajat saudara. Khidmat besar nilainya di sisi Allah SWT. Saya tanya siapa nak khidmat kerja amal. Berebut-rebut mereka sedia untuk hantar makanan kepada yang memerlukan. Sudah tiga hari mereka mulakan kerja ini.

Hari ini 25 orang ambil bahagian untuk hantar bekalan makanan ke pintu rumah. Beras dan barang dapur yang lain. 20 motor dan 3 kereta. Saya beri RM 150 ke RM 200 belanja untuk motor mereka minyak dan lain-lain setiap sehari. Walaupun niat asal mereka untuk beramal.

Ads

Beribu nama yang perlukan bantuan. Doakan ya… Syukur Allah Ar Razak beri rezeki. Hebat semua anak muda ini. Ke sana sini hantar makanan. Mereka sebak gembira. Dengar pengalaman mereka mencari nama yang ditugaskan dan yang memerlukan.

Ramai kirim salam pada saya. Ada yang terharu cepat sangat dapat. Katanya belum dapat mana-mana bantuan lagi. Sudah habis makanan di rumah.

Ramai Yang Harapkan Bantuan

Ada 30 OKU kami jumpa yang betul-betul mengharapkan bantuan kerajaan ketika ini. Dapat saja beras dan barang dapur ini mereka menangis gembira. Saya tengok gambar dan mesej mereka menangis.  Masih 1500 nama dalam senarai berada di sekitar Kuala Lumpur perlukan bantuan.

Ads

Tadi sempat beri semangat membantu dan menunaikan hajat saudara Islam yang lain. Dan pesan jaga solat walau di mana dan apa keadaan. Begitu juga pesan pakai mask dan jaga jarak, sanitizer dan lain-lain. Kerja khidmat ini kerja cuci hati dan semua orang soleh suka memberi dan khidmat untuk manusia lain mudah.

Terima kasih Ya Allah. Saya doakan semua adik-adik kerja restoren atau driver kereta atau lori dan grab di luar sana. Allah berkati rezeki mereka dan jagakan mereka semua.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

MW: Semoga Allah SWT melindungi abang-abang rider yang berkhidmat untuk menggembirakan orang yang berada kesusahan. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan mereka. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI