Setiap yang berkahwin tentunya inginkan keluarga yang bahagia dan saling tolong menolong dalam rumah tangga. Tidaklah suami harapkan isteri seorang melakukan kerja rumah, sedangkan suami hanya duduk sahaja.
Sesetengah suami mula mengharapkan isteri yang dikahwini itu mampu melakukan segala kerja rumah dengan baik, menjaga makan pakai dan mendidik anak-anak. Manakala suami pula jalankan tanggungjawab dalam mencari nafkah untuk keluarga.
Sebab itulah, ada suami yang tidak faham dengan harapkan isteri ‘perfect’ dalam segala kerja rumah. Segalanya diserahkan pada isteri. Lebih teruk lagi, dia mengharapkan isterinya jadi yang terbaik sedangkan dirinya tidak pula menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
Kiranya, suami ingin isteri terbaik dalam segala segi dan mungkin juga inilah yang dicari-cari oleh suami. Ketahuilah, tidak semua isteri mampu menjadi ‘perfect’ dalam semua hal. Dia pun ada kekurangan dan kelebihan yang boleh ditampung oleh suami.
Perkongsian daripada Khaulah Al Azwar ada betulnya. Kalau suami ingin isteri hebat. Dia pun kenalah menjadi hebat di mata isteri dan anak-anak. Jangan fikir hanya bagi nafkah dan segala kerja rumah diserahkan sepenuhnya kepada isteri.
Ada orang dapat isteri yang pandai cari duit sendiri.
Ada orang dapat isteri yang boleh berdikari.
Ada orang dapat isteri yang boleh bersabar dengan karenah anak-anak.
Ada orang dapat isteri yang rajin mengemas rumah.
Ada orang dapat isteri yang pendiam, tak banyak cakap.
Ada orang dapat isteri yang kurang masa di rumah, tapi selalu membantu dari segi kewangan.
Ads
Tak semua orang dapat isteri yang cukup lengkap pakejnya, perfect pasti ada yang lebih di sini, kurang di sana. Mengimpikan seorang isteri yang boleh serba serbi itu tidak salah, tapi hendaklah berpaksikan dengan realiti.
Suami Tahu Tanggungjawab
Walau bagaimanapun isteri kita, sebagai suami, kita tetap kena jadi suami, kena tahu apa tugas, tanggungjawab dan kewajipan seorang suami.
Tak boleh la hanya tahu bagi duit, Tapi dari A to Z urusan keluarga, isteri yang uruskan.
Tak boleh hanya tahu keluar kerja balik kerja, Tapi soal kebajikan hati isteri kita tak ambik peduli.
Tak boleh la dah bagi serba serbi selepas itu mengadap handphone sepanjang hari, kena jugak tolong isteri buat kerja rumah, layan anak-anak.
Sifat dan sikap suami ni lebih menyeluruh kerana dia KETUA KELUARGA.
Ads
Dia suami, dia ayah, dia pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap mereka yang dipimpinnya. Maka oleh sebab itu, tugas dan tanggungjawab suami itu agak berat berbanding isteri.
Tak boleh bagi isteri ambik alih tugas kita, tak boleh bagi isteri buat tanggungjawab kita, tak boleh bebankan isteri dengan kewajipan kita.
Dosa tu.
Kita orang lelaki mampu untuk menjadi seorang suami yang baik dan ayah yang baik andai kata kita faham tugas, tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilaksanakan kerana isteri dan anak-anak itu diamanahkan Allah SWT kepada kita.
Kalau kita letak semuanya di bahu isteri, maka baik jangan jadi lelaki.
Perempuan yang hebat mampu mengerjakan segalanya sendiri. Sedangkan lelaki yang betul-betul hebat tidak akan membiarkan itu terjadi.
MW: Sebagai suami isteri yang saling melengkapi, kenalah saling membantu dan tolong apa yang patut terutamanya suami. Jangan harapkan isteri seorang yang buat kerja. Dia pun membantu suami untuk mengurangkan beban suami.
Sebelum berkahwin, bukan main lagi kalau nak berjalan-jalan. Seiring sejalan. Tapi bila dah kahwin, boleh biarkan isteri di belakang. Dia seronok jalan sorang-sorang macam orang bujang.
Pelik kan. Inilah yang selalunya terjadi pada suami isteri. Boleh nampak ada pasangan yang jauh berjalan asing-asing, jaraknya sebatu. Umpama tak kenal satu sama lain.
Ini belum lagi bila ada anak. Semuanya diserahkan pada isteri. Dia seronok jalan dan biarkan isteri dengan anak-anak. Berlagak macam bujang.
Bila bawa isteri kluar makan, bila bawa isteri jalan-jalan, kita yang suami ni janganlah berlagak “BUJANG”…
Dah cukup baik sebenarnya jikalau kita tu ada kemahuan untu bawa isteri dan anak-anak keluar makan luar, pergi bercuti, melancong atau berjalan sana sini.
Tapi janganlah biarkan isteri je yang kena pegang anak, jaga anak, layan anak, suapkan anak.
Benda ni memang jadi, selalu sangat nampak.
Ada suami yang bwk isteri makan luar, elok je si suami habis makan, terus bangun hisap rokok, isteri tak sempat jamah lagi makanan dia, baru tengah layan anak-anak, suapkan anak-anak, lepas tu suami datang ajak balik.
Sudahnya, isteri makan sikit, jamah ala kadar…
Ada suami yang bwk isteri jalan-jalan melancong di pusat peranginan…tapi sepanjang melancong tu, suami jalan kat depan, isteri jalan di belakang…isteri yang jaga anak, isteri yang kawal anak, isteri yang pegang anak…
Suami melenggang, isteri patah pinggang…
Manfaat tu, dapat kat suami sorang…suami release tension, suami dapat enjoy dan menikmati suasana tu…manakala bagi isteri, dia rasa lebih baik duduk di rumah sebab dia lagi struggle jaga anak bila di luar utk keadaan yang mcm tu…
Isteri tak betul-betul dapat feel bila mana situasi dia di luar dan di dlm rumah tu sama…
Suami perlu main peranan, kalau kita memang nak meraikan isteri, kalau kita memang nk menggembirakan isteri, maka biar dia makan dan kita layan anak-anak…bila bercuti, kita yang jaga, pegang dan kawal anak-anak..
Kalau kita still letak semuanya pada isteri, maka dia rela lagi duduk di rumah…
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Bella dedah Aliff curang 11 kali. Allahu seksanya hati seorang wanita apabila suami yang disayangi mencurangi diri. Bukan sekali dua tetapi sebanyak 11 kali apatah lagi dengan adik kandung si isteri sendiri.
Itulah luahan perasaan daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tentang perangai suaminya, Aliff Aziz. Malah Bella bukan sekadar bercakap kosong semua yang diperkatakan punya bukti.
Bella Dedah Aliff Curang 11 Kali
Seksanya hati wanita yang bergelar ibu tu suaminya sudah 11 kali curang sepanjang perkahwinan mereka. Paling terluka dan perit untuk diterima apabila Aliff turut mencuranginya dengan adik kandungnya sendiri.
“Orang tahu Aliff curang empat dan lima kali. Terus-terang, buat pertama kali saya keluarkan pasal ini, Aliff sudah curang 11 kali. Berserta bukti, Aliff pun tahu.
“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya.
“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
“Sakit Dada Nak Cerita”
Benarlah wanita ini bukan sekadar terus hidup dengan pelbagai kisah kecurangan dari suami. Malah sewaktu mengerjakan umrah, Aliff ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.
“Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka.
“Allah, saya sakit dada nak cerita.
“Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung,” sambung Bella.
Sesal Putuskan Hubungan & Buang Adik Dari Keluarga
Ibu kepada dua anak ini juga menceritakan dirinya terlalu berat berkongsi mengenainya dan menyesal terpaksa memutuskan untuk adiknya dibuang keluarga.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila pasangan sakit, tentu hati serba tak kena. Dia demam pun hati dah risau dan bimbang. Suami isteri satu hubungan yang dimeterai dengan ijab dan kabul. Dua insan yang dahulunya asing kini diikat dengan tali perkahwinan. Segala susah senang dikongsikan bersama.
Bila Suami Jenis Perahsia
Manusia memang banyak jenis dan ragam. Begitu juga dengan suami. Ada suami yang jenis sentiasa nak tunjuk macho dengan isteri. Kalau sakit atau dilanda apa-apa masalah, dia lebih suka pendamkan saja dan tak suka berkongsi dengan isteri.
Ada yang bagi alasan dia tak nak isteri susah hati. Sebab itu dia tak suka nak beritahu apa masalah yang dihadapi. Lagi pula, takut isteri membebel. Aduh bang. Isteri bebel tanda sayang dan dia prihatin dengan suami. Kalau tak bebel, makna tak sayanglah tu (ye ke?).
Ada juga yang memang jenis tak suka kongsi dengan orang lain walau pun dengan pasangan sendiri. Memang itulah sikapnya daripada dulu. Isteri yang dah faham sikapnya itu sejak awal kahwin, reda je lah.
Foto: Pexels
Bila Suami Bab Sakit Pun Tak Nak Kongsi
Itu bab masalah. Kadangkala dia tak sihat pun, tak suka nak kongsi dengan isteri. Tak nak susahkan isteri dan buat isteri bimbang katanya.
Tapi naluri sebagai suami, dia tetap nak diberi perhatian oleh isteri, sebagai orang yang paling rapat dengannya.
Jadi, isteri kenalah prihatin. Kalau nampak suami tak sihat seperti demam, ambil tahu. Mungkin suami tak nak susahkan isteri sebab tengok isteri sibuk dengan anak-anak.
Pun begitu, isteri kena alert dengan suami. Kasihan suami. Apa salahnya urut badannya, buatkan bubur nasi dan ambilkan dia ubat. Tentu kurang sakit yang dialaminya itu. Percayalah.
Ketika suami tidak sihat, waktu inilah isteri kena ambil inisiatif untuk mendampingi suami. Tunjukkan rasa prihatin, pasti tersentuh hati suami walau pun semacho mana pun dia.
Faham, isteri sibuk dengan anak-anak. Belum lagi yang bekerja. Terkejar-kejar nak uruskan anak-anak, rumah tangga dan kerja.Tapi, macam mana isteri risau dan jaga anak bila sakit, macam itu jugalah kita tunjukkan pada suami ketika dia sakit. Belum lagi sakit kronik kan. Itu cerita lain pulak tu.
Suami Kisah Sebenarnya
Mungkin nampak suami tak kisah tapi dalam hatinya, dia kisah ye. Cuma dia tak nak susahkan isteri yang nak urus macam-macam.
Walau macam mana macho dan gagah pun suami, isteri kena sentiasa ingat, bila sakit, dia tetap perlukan perhatian isteri. Suami mana tak suka isteri caring dan prihatin pada dirinya bila dia tengah sakit kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!