Musim durian telah kembali, semestinya saat ini amat dinanti-nantikan peminat Raja Buah ini. Tahun ini dikatakan banyak buah yang’menjadi’, baik dikampung-kampung mahupun di bandar-bandar, ramai peraih yang mula menjual buah durian ini dengan harga cukup berpatutan.Sehingga ada yang menjual serendah RM3 sekilo.
Sebenarnya memang beruntung siapa yang suka makan buah durian.Perlu tahu, buah durian ini bukan sahaja sedap dimakan malah ia turut mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium, dan Fosforus.
Ini Antara 7 Khasiat Buah Durian yang ramai tak tahu;
1.Merawat Anemia
Kandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi penghidap anemia, bolehlah mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia.
2.Mengubati Insomnia
Bagi yang sering mengalami insomnia, ia dapat diatasi dengan memakan buah durian. Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.
3.Menguatkan Tulang Dan Gigi
Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.
4.Merawat Tekanan
Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.
5.Awet Muda
Buah Durian mengandungi sumber Vitamin C dan E yang sangat tinggi. Ia mampu menghaluskan dan mencerahkan kulit malah melambatkan proses penuaan kulit wajah seseorang.
6.Mencegah dan Menghilangkan Jerawat
Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.
7.Percernaan Lancar
Buah durian mengandungi serat yang cukup tinggi dan membantu organ pencernaan berjalan dengan lebih lancar. Bagi mereka yang selalu sembelit dan sukar buang air besar, bolehlah cuba makan buah durian.
Memang menarik khasiat buah durian ni kan. Apa-apa pun makanlah berpada-pada, nikmati musim durian ini bersama keluarga tersayang.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI