Dalam perkahwinan, pasti ada ujian yang dilalui oleh suami isteri. Walupun kita nampak luarannya agak sempurna namun sedikit sebanyak tetap ada ujian yang ingin menduga suami isteri. Kalau tidak ada ujian, bahagianya rumah tangga.
Begitu juga serang wanita yang bergelar isteri, pastinya mengharapkan suami dapat memahami dan menjaganya hingga ke akhir hayat. Jangan hanya waktu bercinta, semuanya indah tetapi apabila sudah bersama, masing-masing mula menunjukkan warna sebenar perangainya.
Jangan begitu, sebab kita berkahwin bukan untuk sehari dua tetapi ingin selamanya bersama anak dan keluarga. Ada pun perselisihan faham hanyalah sekadar untuk menguji tahap kesabaran masing-masing. Bagi pasangan yang tidak mampu hadapi dugaan kecil ini, pasti akan menjadi masalah besar dan boleh hura hara keluarga.
Namun, kalau ia sekadar untuk merapatkan hubungan, ia menjadi lebih manis dan inilah yang membuatkan hubungan makin bahagia. Kuncinya suami isteri kenalah saling memahami dan bersabar. Beitulah juga dengan isteri, ujiannya adalah bersabar dengan karenah suami yang mungkin bleh berubah selepas berkahwin. Itu kita tak tahu.
Perkongsian daripada Imam Muda Hassan ada benarnya.
Dilema Seorang Isteri
Semua wanita yang bergelar isteri pasti mengharapkan suami yang dapat memahami dirinya dengan baik. Dia mengharapkan suaminya dapat belai dia selalu, selalu ada di sisi bila diperlukan.
Ads
Rupanya ramai isteri mula kecewa dan menyesal berkahwin dengan suaminya, sebab apa yang diharapkan tidak kesampaian. Bahagia yang diharap dukacita yang dapat. Inilah dilema yang banyak ditempuhi oleh ramai isteri.
Banyak yang mengadu perkara ini tapi secara rumusan yang boleh dibuat, kebanyakannya berpunca dari isu yang kecil, akhirnya semakin besar dan berjangkit-jangkit dengan isu lain pula.
Kebanyakan isteri penat disebabkan oleh mental dan emosi, tak sama bagi suami. Suami kebanyakannya penat fizikal, tidak pada emosi.
Ads
Oleh kerana itu, para isteri akan melupakan kebaikan suami yang banyak dengan memfokuskan pada satu kesilapan suami, sebab wanita fokus pada kelemahan suami dengan 1000 emosi. Lenyaplah segala kelebihan dan kebaikan yang ada pada suaminya.
Bukan bermaksud teman memihak pada suami semata-mata, tapi ini sebagai peringatan buat para isteri. Nabi SAW pernah sebut antara sebab kenapa wanita paling ramai menjerumuskan diri ke neraka, antaranya kerana di saat berdepan dengan satu keburukan suami, si isteri boleh lupa kebaikan suaminya yang lain.
So, apa nak buat bagi para isteri? Bila terlihat satu kesilapan suami, cepat-cepat alihkan emosi benci, menyampah, meluat dengan suami kepada melihat kebaikan suami sebelum-sebelum ini pada kita. Jangan hanya fokus pada 1 kelemahan, tapi fokuslah pada 10 kebaikan suami, paling tidak ia akan menyeimbangkan emosi dan mental seorang isteri.
MW: Kekalnya rumah tangga itu bila suami isteri saling memahami dan sabar. Jangan besarkan masalah yang kecil.
Lucu sebenarnya gurauan suami ini, Akhtar Syamir a.k.a Bro Ohsem untuk isterinya, Nora Azni. Bukan sebab koleksi beg tangan mewah tau intan berlian, tapi koleksi tudung yang berkotak-kotak. Yang mana jumlahnya ada yang melebihi 1000 helai tudung berlainan jenama, corak malah jenisnya.
Apa pun yang suami ini kongsikan, ianya ada banyak benarnya. Kalau tak percaya.. cuba belek tudung mak-mak itu. Tak mungkin cuma dua helai dalam almari atau tergantung dalam bilik tu. Betulkan..
Pendedahan Suami Tentang Koleksi Tudung Isteri.. Ada Tu ‘Hadiah’ Katanya
Saya dengan ini menyarankan SPRM supaya menyiasat semua suri rumah tak kira sepenuh masa atau tidak.
Siasatan perlu difokuskan kepada bagaimana mereka boleh menyimpan hampir 1000 jenis tudung berlainan jenama, jenis dan corak yang berharga paling kurang RM10 setiap satu.
Pendedahan oleh para suami mendapati tudung – tudung tersebut ada yang dibeli dan ada yang dihadiahkan. SPRM perlu menyiasat siapakah pemberi hadiah tersebut kerana para suami dah tak ingat berapa banyak tudung kami belikan untuk isteri.
Siasatan lanjut juga perlu dibuat terhadap mereka kerana kami perlu tahu kenapa setiap kali keluar, isteri asyik pakai tudung yang sama je. Alasan tudung tu selesa dan senang jadi tidak sepatutnya diterima kerana tudung – tudung lain dalam almari tu pun lebih kurang samaaaaa je.
Diharap dapat juga siasat peniaga tudung yang jual tudung susah nak jadi. Jenuh kami tunggu mereka bersiap. Hahaha..
Alang – alang dah siasat tu, tanye sekali kenapa tudung yang diorang beli tu selalu tak padan dengan baju diorang. Please… Kami perlu tahu.
Kalau Tak Ada Tudung Dalam Almari.. Tengok Dalam Kotak
Lagi satu, kalau takde dalam almari, cuba tengok dalam kotak. Diorang selalu simpan dalam tu kalau dah banyak sangat.
Terbaru. Terdapat laporan ramai yang order tudung online tapi letak alamat ofis supaya perbuatan mereka dapat dirahsiakan dari suami.
Diharap pihak SPRM tidak akan menghantar pegawai penyiasat wanita untuk menyiasat kerana dikhuatiri diorang akan berborak pasal tudung je nanti. Tak pasal – pasal kes tutup dan ada yang bawak balik sehelai dua. Hahaha..
Terkini. Sila bawa pasukan pemusnah bom sekali kerana tudung yang dah bergosok tu amat bahaya kalau tersentuh. Selalunya anak dan suami jadi mangsa. Confirm meletop !
Tolong SHARE. Perkara serious nie.
Jangan lupa TAG orang yang patut disiasat ya.
Kalau sape – sape rasa memang bersalah tu, cube kongsi gambar koleksi tudung korang? Boleh cuci mata sikit. Hehehe..
Kepada makcik bawang, ini post gurauan je. Bukan serious. Jangan marah haaa..
Mak ayah mana tak bahagia tengok anak yang berjaya dan terima anugerah di atas pentas. Bangga! Tambah pula, bila selama ini anak itu memang gigih berusaha demi capai impiannya.
Tetapi baru-baru ini tular cerita tak sedap, kononnya keputusan UPSR tahun ini sengaja diumumkan lewat agar pihak sekolah tidak membuat sambutan dan meraikan pelajar yang berjaya.
Maka ramailah yang mula memberikan pandangan masing-masing. Ada yang setuju dan ada yang sebaliknya.
Agak-agak adil ke pilih cara ini semata menjaga hati anak yang kurang berjaya? Nah, bagi ‘sedap’ lagi isu yang tengah panas ini, jemput baca pandangan Puan Izyan Izdihar Shaarani pula. Kemudian mak ayah renungkan kejap.
Salah Ke Raikan Anak Yang Berjaya?
Terbaca keluhan seorang parent yang menyifatkan majlis anugerah kecemerlangan di sekolah adalah satu upacara yang menekan jiwa anak anak yang belum ada rezeki menghadirinya.
Mungkin kita punya standpoint berbeza, oleh itu logiklah kita semua punya sudut pandang yang tidak sama.
Namun begitu, as usual, saya lebih suka memilih ceruk sudut yang saya boleh lihat sesuatu secara positif. Kerana menyemarakkan pandangan negatif tidak akan menguntungkan sesiapa, malah ia buat kita semua rasa tidak selesa.
Anak yang berjaya layak dirai. Itu pendirian saya.
Walaupun definisi ‘berjaya’ itu sangat luas, tidak terhad kepada no 1 2 3 mahupun bilangan A, tapi kita kecilkan lah skop itu kepada keputusan peperiksaan sahaja dahulu kalau nak cerita pasal majlis anugerah kecemerlangan ni.
Jika anak kita berhempas pulas, berusaha lebih daripada anak anak orang lain, dan akhirnya dapat keputusan 6A dalam UPSR, periksa no 1 2 3, dia wajar diraikan oleh guru gurunya.
Kenapa kita perlu nafikan bahagian dia semata mata ingin menjaga hati (kononnya) anak anak lain yang mungkin, pada ketika itu rezekinya belum sebaik dia.
Mungkin kita kini memakai kasut ibu bapa yang anaknya tidak naik pentas, jadi kita rasa eh kesian anak aku! Menangis dia tengok kawan kawan naik pentas. Tak adil sungguh!
Katakanlah, Allah datangkan rezeki, anak kita pula yang cemerlang, sudah tentu kita mahu dan bangga anak kita diraikan oleh guru-guru nya di sekolah.
Kenapa perlu iri?
Jadi, soal adil tak adil ni sepatutnya tak timbul langsung.
Yang cemerlang, kita rai.
Yang belum cemerlang, kita beri motivasi. Raikan dengan cara kita sendiri.
Anak sedih itu fitrah. Itu tandanya dia normal. Dia ada visi dalam hidup dia. Tugas kita nak membimbing dia matangkan dan uruskan emosinya.
Anak anak perlu juga dilatih berdepan dengan kekalahan, agar besarnya nanti dia tidak mudah update status media sosialnya beritahu dunia kononnya dia kemurungan!
Tenang sahaja lah ibu bapa.
Anak anak kita cemerlang.
Kalau bukan dalam pelajaran, banyak lagi cabang kebolehan lain yang wajar kita raikan.
Yang saya nampak banyak sekarang ni, yang calar emosi bukan anak anak. Tapi mak bapak!
Berlapang Dada Dan Tetap Raikan Anak
Menjadi rajin dan bijak itu bukanlah suatu dosa. Jadi minda kita ibu bapa juga perlu terbuka. Anak tidak berjaya naik pentas bukanlah mereka gagal. Kita patut tengok peratus markah mereka dan kejayaan mereka patut kita raikan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ya Allah, ampunilah Dr Naim Zafri Che Yusoff ini, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat Syuhadah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya. Allah juga pinjamkan sekejap untuk ibu ayah, anak yang baik dan soleh sangat disayangi Allah SWT. Syurga firdausi buatmu doktor muda Naim Zafri.” begitulah antara doa yang dikirimkan oleh rakan-rakan arwah di laman sosial FB.
Anak bongsu dari enam beradik Naim Zafri, 26 telah meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandu terbabit dalam kemalangan maut pada 9 April lalu di Kilometer 21 Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Ulu Bendul. Menurut Mohd Fahmi Che Yusoff, 33 meskipun berasa amat sedih atas kehilangan adiknya itu namun mereka sekeluarga reda.
“Jasa arwah adik menjaga ibu, Hasnah Ishak akan kami kenang selamanya dan kami reda atas pemergiannya, Allah SWT lebih sayangkan adik ,” kata Mohd Fahmi.
Mereka sekeluarga yang tinggal di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang akui arwah merupakan seorang anak yang memiliki keperibadiaan yang cukup baik. Malah Naim Zafri yang juga seorang Doktor Pelatih di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) kerap berulang-alik dari Kuala Pilah ke Kajang.
“Berkenaan dengan mak tinggal sendirian dan berulang alik setiap hari. Sebenarnya mak tinggal bersama saya sejak arwah ayah sakit lagi dan arwah Naim balik setiap kali ada kesempatan, iaitu hampir dua atau tiga kali dalam seminggu. Arwah menyewa bersama rakan-rakannya di Kuala Pilah tetapi tidak dinafikan arwah memang suka pulang ke rumah untuk menemani mak dan ayah saya di rumah sejak dari dulu lagi.
“Arwah adalah adik kami yang bongsu. Seorang yang ceria, tidak mudah marah, murah dengan senyuman, mudah mesra dan sangat mengambil berat tentang orang lain. Naim juga tidak pernah menyusahkan sesiapa. Mempunyai ramai kawan yang baik. Seorang yang aktif bersukan, gemar bermain bola sepak dan futsal,” cerita Mohd Fahmi kepada dihubungi.
Tidak Tunjuk Tanda Pelik
Ditanya adakah arwah Naim ada menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik, terang Mohd Fahmi;
“Arwah Naim tidak menunjukkan tanda-tanda yang pelik malah melakukan rutin seperti biasa. Pada hari ahad 8 April 2018 sebelum berlakunya kejadian tersebut, arwah bercuti. Saya, isteri, ibu dan arwah sempat keluar makan dan membeli belah bersama. Dia kelihatan ceria seperti biasa. Pada 9 April 2018 lebih kurang 4.45pagi hari kejadian ibu saya menghantarnya ke muka pintu seperti biasa sebelum bertolak ke tempat kerja.
“Semestinya perkhabaran ini memberi impak yang sangat besar terhadap emosi ibu saya apatah lagi baru sahaja kehilangan ayah saya pada tahun lalu. Kami semua masih sangat terkejut dengan pemergian adik memandangkan kami sekeluarga sangat rapat. Ibu sangat terasa kehilangannya kerana jika Naim pulang ke rumah, dia yang akan tidur bersama ibu.
“Arwah sememangnya anak yang sangat baik dan taat pada ibu dan ayah. Sememangnya arwah sanggup berulang alik menjenguk kedua orang tua kami sejak dari dulu lagi iaitu ketika belajar di UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah emak kami masih sihat seperti dulu cuma emak masih berduka sejak ayah kami meninggal akibat sakit jantung pada Julai 2017.”
Arwah Naim Zafri Mahu Jadi Doktor Pakar Tulang
Kehilangan arwah dalam keluarga sangat memberi impak. Mohd Fahmi turut menyatakan mereka sekeluarga memberi galakan sepenuhnya kepada arwah yang bercita-cita mahu menjadi doktor Pakar Tulang .
“Adik beradik kami semuanya berkerjaya tetap. Malah seorang kakaknya adalah Pakar Psikiatri di Hospital Muar dan seorang abangnya pula adalah Pegawai Perubatan Jabatan Bius di Hospital Kuala Lipis. Arwah adik memang bercita-cita untuk menjadi doktor pakar tulang. Memandangkan dia anak bongsu, kami memang memberi sokongan penuh kepada beliau.
“Arwah adik memang memilih untuk menjadi doktor pelatih di HTAN. Bercadang untuk memohon penempatan lebih dekat setelah habis housemenship. Arwah tidak pernah merungut tentang perjalanan ke tempat kerja kerana saya yakin arwah seronok dan ikhlas dengan kerjanya.
“Arwah juga selalu bercerita tentang kerjanya sebagai doktor pelatih yang sibuk. Tapi sangat seronok jika dapat menyempurnakan kerjanya dengan baik. Naim juga selalu memuji doktor-doktor dan staf hospital yang banyak mengajar dan membantunya di hospital,” sambung Mohd Fahmi.
Tidak Suka Membazir
Menyentuh tentang Ramadan dan Syawal yang akan tiba nanti, Mohd Fahmi sekeluarga akui akab berasa kehilangan.
“Arwah seorang adik dan anak yang baik, selalu mengutamakan ibu dan ahli keluarga. Kehilangannya pasti amat dirasai tambahan pula tidak lama lagi hendak sambut Ramadan dan Aidilfitri.
“Pada bulan puasa, kami biasanya bersahur dan berbuka bersama. Naim akan menghabiskan makanan yang ada kerana dia tidak suka membazir. Manakala cuti hari raya adalah peluang untuk kami bercuti bersama keluarga. Contohnya pada tahun 2016, selepas berziarah ke rumah saudara mara, kami sekeluarga bercuti di Melaka A Famosa resort,” imbas Mohd Fahmi.
Kereta Kelisa Remuk
Seperti mana yang dilaporkan di Sinar Harian pada hari kejadian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera serta EMRS bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan jam 5.57 pagi.
“Setibanya di lokasi, kami dapati mangsa (Naim Zafri) tersepit di antara bahagian tempat duduk pemandu dan stereng kereta sehinggakan kami terpaksa memotong pintu pemandu dan ‘dashboard’ kereta menggunakan peralatan khas dan bomba mengambil masa 20 minit untuk keluarkan mangsa. Pegawai perubatan sahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya ,” katanya.
Eva Saifun berkata, mangsa lain turut terlibat yang menaiki kereta Exora dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke HTAN.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu Naim Zafri dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki Muhammad Azim Kamaru-zaman, 26.
“Mangsa (Naim Zafri) dipercayai memandu dari arah Seremban menghala Kuala Pilah sebelum bertembung kereta dipandu Muham-mad Azim beralamat Taman Jemapoh Murni Kuala Pilah.
“Pertembungan itu mengakibatkan Naim Zafri maut di lokasi kejadian dipercayai parah di kepala dan patah kedua-dua tangan serta kaki manakala Muhammad Azim yang luka di dahi dan anggota badan dibawa ke HTAN untuk menerima rawatan selanjutnya,” jelasnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...