
Isi Kandungan
ToggleKalau mak-mak ada table top dekat rumah tapi masih tiada pintu kabinet dan melopong terbuka je, boleh buat idea macam ni. Bolehlah tutup table top kat dapur tu. Lekatkan dengan Velcro Tape, bila kotor boleh tanggalkan kain dan terus basuh. Cukup senang, nampak kemas dan paling penting jimat bajet.
Boleh rujuk perkongsian Puan Faten Qalbi’m ini
“Cuma nak share untuk yang takde idea nak tutup table top bagi yang takde kabinet. Buat macam ni senang kalau kotor boleh tanggalkan kain dan basuh.”
Saya guna
1.Kain langsir (ikut ukuran table top)
*yang ni ayah saya jahit simple-simple je.
2. Velcro tape (kedai jual alat jahit atau barang-barang pengantin ada).Beli Di Sini
3. Gam dunlop dan berus (Mr diy)
*saya beli tin kecil alhamdulillah cukup
Caranya:
1.Velcro tape ni lekat dekat table top dengan gam dunlop, saya sapu malam pagi esok baru pasang langsir. Kena keringkan gam dulu. Ni saiz S.
2.Velcro yang ni jahit sekali dengan langsir.

3.Gam dah kering boleh la lekatkan langsir.
MW: Cukup mudah dan jimat bajet. Boleh buat sendiri je untuk tutup table top dekat rumah tu. Barulah nampak kemas dan senang nak cuci nanti.
Sumber: Faten Qalbi’m
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TIP LENGKAP Tanam Pokok ANGGUR Dalam Pasu Elok Menjadi, Lebat Berbuah Cantik!

Isi Kandungan
ToggleJika mak-mak berminat nak tanam pokok anggur kena ada ilmu. Jika ikut tip dan teknik yang lengkap, barulah pokok anggur yang ditanam elok hidup subur menjadi, berbuah lebat dan cantik. Puas hati bila dapat hasil daripada tanaman sendiri, memang berbaloi berbanding beli.
Ikut cara dan ilmu tanam anggur seperti yang dikongsikan oleh Hafiz Husin ini sebagai panduan.
Saje belanja tip penyediaan media tanaman anggur cara saya. Sebenarnya saya takde la tau sangat teknik yang betul. Tapi macam ni lah yang saya buat setiap kali tanam pokok anggur. Penerangan ada di setiap gambar. Harap bermanfaat.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Anak pokok anggur
*Boleh Beli anak pokok anggur di sini:
1 Bekas Tinja Kambing yang dah reput/lama
Tanah Kompos
Pasir
Sekam Bakar
Sekam Mentah
Top Soil
Kapur Pertanian
Cara-Caranya:
1. Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.
2. Kemudian, campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang tadi.
3.Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian tu agak-agak je banyak tu. Tujuan kapur tu untuk neutralkan keasidan tanah.
4.Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.
5.Ginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’.Tujuannya supaya media terkompos dengan sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia untuk dipindahkan.
6.Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang/bawah polybag anak pokok anggur.
7.Masukkan anak pokok sekali dengan polybag ke dalam lubang.
8.Kambus tanah dicelah-celah luar polybag tu yang berongga dan siram. Dah siap. Jangan siram kerap sangat ye musim-musim hujan ni. Agak-agak tanah macam nak mengering baru siram.Sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.

Selamat Mencuba, Semoga Bermanfaat!
Info Ekstra!
- Sebaiknya guna campuran tanah seperti di atas. Jika guna topsoil sahaja bimbang nanti lama-lama tanah jadi keras.Aliran air jadi tak sempurna. Bila akar terlalu lembab, boleh busuk akar. Pasir tu penting supaya air leh meresap cantik turun ke bawah tanah.
Mesti Baca:Kajian Terbaru Dedah Makan ANGGUR Dapat Cegah Serangan Jantung & Strok!
Baca Lagi Di Sini:Cara “Homemade” Buat Kismis Sendiri, Jemur Sampai Buah Anggur Jadi Kecut!
Artikel Menarik:Datang Sini Kalau Nak Petik Anggur Manis, Ladang Tersembunyi Di Cameron Highlands
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak tanam pokok anggur sendiri di rumah. Barulah pokok elok hidup subur, menjadi dan lebat berbuah cantik.
Sumber: Hafiz Husin
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Santan, Pinang Muda & Limau Purut, Masak Sampai Jadi Minyak Berkesan Rawat EKZEMA!

Isi Kandungan
ToggleMempunyai ekzema memang sengsara. Kulit jadi gatal, pedih, luka kemerahan. Ada yang cuba bermacam-macam cara mengubatinya, malah ada juga yang sanggup berhabis beratus ringgit untuk mengubatinya.
Sebenarnya ada petua semulajadi yang dikatakan sangat berkesan dan mujarab dalam mengatasi penyakit ekzema ini. Menggunakan buah pinang muda, santan dan buah limau purut sebagai ramuan utama untuk dijadikan minyak.
Boleh cuba petua semulajadi yang dikongsikan oleh Mami Jihan ini.
Hari ni mami nak ajar buat resipi turun menurun Arwah ibunda mami iaitu petua untuk nak hilangkan penyakit Ekzema dan kelenjar di belakang telinga baby. Tak payah habis beratus ringgit untuk jumpa Dr pakar. InsyAllah minyak ni amat berkesan.
Bahan-Bahan Diperlukan:
1kg Santan
Daun Pandan
Buah pinang muda
Buah limau purut
Cara Membuat:
1.Potong kecil buah pinang muda dan tumbuk dahulu.
2.Potong dua buah limau purut.
3.Satukan semua bahan-bahan dalam kuali dan masak sampai jadi minyak.
4.Tapis tahi minyak dan ambil minyak jernih sahaja.
Siap! Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
Anak Ekzema, Jangan Takut Beri Makan Telur, Pilihlah Telur Warna Oren Untuk Khasiatnya
Selain Atopic Dermatitis, Inilah Jenis-Jenis Ekzema Yang Kita Perlu Ketahui Juga
Bila Confirm Ada Penyakit ‘Kulit Gatal’, Cegahlah Pencetus Ekzema Ikut Saranan Doktor
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika mempunyai masalah ekzema, boleh cuba petua semulajadi yang dikongsikan disamping mendapat rawatan doktor.
Sumber: Mami Jihan
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Kedai ‘Kegilaan’ Perempuan WAJIB MASUK, Tak Dapat Pergi, ‘Online’ Boleh!

Pantang sebut kedai yang murah dan berbaloi, memang layan mak-mak ni. Ada saja benda yang nak dibeli. Ini belum lagi yang hanya nak beli satu barang tapi bila keluar, boleh jadi berplastik pula.
Namun, keadaan sekarang ini menghadkan untuk mak-mak keluar. Tapi itu bukan penyelesaian untuk mereka tak boleh pergi kedai yang jual produk dan barangan murah-murah.
Nak seribu daya, memang mak-mak akan usaha untuk dapatkan. Apalagi, sudah tentulah setiap kedai pun akan menjual secara online. Bagi memudahkan semua pelanggan yang tak dapat datang terus ke kedainya.
Walau bagaimanapun, ada beberapa kedai yang boleh menjadi kegilaan golongan hawa ini. Inilah tempat yang selalu di’cop’ untuk dapat barangan murah dan berbaloi. Daripada nak beli satu barang, boleh jadi 10 baranglah seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kedai Bakeri Ini Sanggup Jual Kek Harijadi RM5.30 Supaya Semua Orang Mampu Beli
Adab Jual Beli Durian, Mahal Atau Murah Usah Pertikaikan, Belilah Mana Yang Mampu
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Kedai Kegilaan Mak-Mak Wajib Beli
7 kedai kegilaan orang perempuan secara online.
Kawan aku cerita, isteri wasap tengah malam hanya kerana rindu nak shopping. Jam 1 pagi masuk mesej gini :
“Bang. Lama dah tak masuk kedai Eco”.
Ala baler. Orang perempuan dan shopping ni memang tak boleh dipisahkan eh? Aku pernah terbaca komen kaum Hawa ni,
“Kita kalau tak dapat barang yang kita nak, memang tak lena nak tidur”.
Serius la sampai tahap tu?
Tapi betul, PKP ni memang buat kita stres. Shopping ni memang boleh menghilangkan stress kaum Hawa. Stres itu berpindah pada laki mereka pula yang kena bayar semuanya.
Dulu, boleh je puaskan keinginan nak beli apa-apa di kedai Eco. Masuk dalam tu tiba-tiba rasa macam orang kaya. Main ambil apa saja tanpa perlu lihat harga.
Sekarang platform Shopee pula jadi tempat mereka release stres. Kadang dalam troli tu ad beratus barang, yang bayarnya cuma satu. Hat lain sekadar nak puaskan nafsu membeli. Siapa sejenis macam ni baik mengaku cepat.
Ini beberapa senarai link Shopee yang menjadi kegilaan perempuan.
DIY : https://invol.co/cl5ap9t
ECO : https://invol.co/cl5apps
Daiso : https://invol.co/cl5apr9
Kaison : https://invol.co/cl5aps5
Watson : https://invol.co/cl5apts
Guardian : https://invol.co/cl5apvi

Dan 1 lagi kedai paling special. Kedai 2F Gadget
2F Gadget :https://invol.co/cl5apxz
Sekarang, untuk hilangkan stres asyik duduk di rumah, boleh membek secara online pula. Add on cart, ada modal terus bayar ye.
Selamat bershopping online!
Mingguan Wanita : Kalau tak nak beli, boleh jamu mata dulu. Masuk bakul siap-siap mana yang berkenan. Nanti sampai masanya baru kita bayar ye!
Sumber: Mohd Fadli Salleh
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI