Biasanya bila kita simpan duit dan menabung ada tujuan tertentu. Seperti ketika untuk simpanan kecemasan, melancong,deposit beli kereta, beli barang mahal dan sebagainya. Namun untuk konsisten, menabung setiap bulan memang agak sukar.Selalunya terlupa atau digunakan untuk tujuan lain. Sebenarnya, kita boleh menabung jangka pendek dengan setting goals guna apps Cimb Cliks.
Untuk faham lebih lanjut caranya, Puan Eyfa Emir ada kongsikan tutorialnya.
Menurut wanita ini lagi, cara ini sangat bagus untuk sesiapa nak buat dan capai short term goals.Tabungan yang tak keluarkan duit atau pindahkan ke akaun lain.
Berikut perkongsian tersebut;
Cimb pun sekarang dah update function macam Maybank.Dah ada QR Pay. Paling best boleh setting my goals dalam apps Cimb Clicks. Benda yang paling saya tertunggu-tunggu selama ni.
Saje try tadi function My Goals. Menarik gak. Gais, kalau ada short term saving plan untuk tabung kecemasan ke, nak shopping benda mahal ke, nak travel ke, boleh la guna function ni.Sangat-sangat best untuk bantu korang capai goals. Tengok kat gambar ye untuk tutorial.
Selamat menggemokkan saving!
1. Buka apps Cimb Clicks. Klik tab “accounts”.
2. Dia akan appear summary “deposit” macam ni. Klik arrow ke bawah tu.
3. Kita akan nampak details macam ni. Pastu klik “My Goals”.
4. Bila dia pop up macam ni, klik OK.
5. Bila keluar macam ni, klik arrow ke bawah untuk select category.
Ads
6. Pilih mana-mana kategori yang nak.
7. Macam dalam gambar ni, saya pilih category “Rainy Day”. Then letak goal name yang kita nak.Letak la tabung kecemasan ke, tabung family ke. Apa-apa jela.Saya letak goal macam dalam gambar.
8. Bila dah select category, tetap kan goal amount dan berapa tempoh yang nak capai. Saya saje cuba RM3,000 dalam masa 36 bulan. Korang adjust la ikut keperluan.
9. Bila dah siap letak goal target, apps tolong kirakan berapa auto contribution. Nak rendah, adjust kat goal target tadi. Amend kat bahagian amount dan duration. Pastu klik “Create Goal”.
Ads
10. Dia keluar summary macam ni.
11. Kalau korang dah puas hati, klik “Proceed”. Kalau tak nak, boleh buat nanti. Nak tambah goal lain pun boleh. Semoga bermanfaat.
Soal Jawab:
Soalan 1: Kenapa dah set goal tapi duit tak tolak? Jawapan: Saya pun tak tahu. 26hb Disember 2020 saya set goal, tapi macam tak tolak. Semalam saya create goal baru. Bila check pagi tadi dah tolak.
Nak tahu dah tolak ke belum, boleh tengok summary. Macam gambar 1, goal kedua dah ada accumulated saving 8%. Balance dalam bank pun berkurang (asing ke dalam goal).
Gambar 1:
1. Goal 1: tak tolak pula ke my goals
2. Goal 2: dah tolak harini ke my goals
Ads
Soalan 2: Boleh ke nak keluarkan bila-bila? Jawapan: Ada yang kata kalau guna bank rimau tak boleh keluarkan kalau dah set goal. Tapi jangan risau, cimb tak lock simpanan anda.
Gambar 2: Dia tulis tabungan dalam goal ni tak lock-in. Jadi boleh keluarkan bila-bila masa.
Jadi boleh keluarkan bila-bila yang anda nak. Nak cancel goal pun boleh. Dalam gambar 2, ada tulis boleh keluarkan bila-bila masa.
Soalan 3: Kenapa saya takde function ni? Jawapan: Pertama, kalau belum ada kena download apps Cimb Clicks. Kedua, kalau dah ada kena upgrade atau update apss anda.
Kalau takde juga..
Ada yang dah confirm kan dengan pihak cimb. Katanya akaun yang tersenarai sahaja ada function ni. Rujuk gambar 3. Gambar 3: Pengguna apps Cimb Clicks yang ada guna akaun di atas je yang boleh guna function goal & savings.
Jom buat saving challenge 2021 bermula hari ni. Yang dah buat tahniah! Keep going.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat pengguna Cimb Clicks, boleh lah menabung dan set kan dan capai short term goals yang diinginkan.Cukup mudah cara ini, tabungan yang tak keluarkan duit atau pindahkan ke akaun lain.
Suatu ketika dahulu, mungkin mak, ayah hanya dapat melihat rumah besar dan berduit sahaja mampu memasang perincian “wainscotting” kerana rata-rata menggunakan material kayu yang agak mahal harganya.
Tetapi sekarang banyak pilihan material wainscoting antaranya pvc dan harganya jauh lebih murah jika mak,ayah ingin memasang perincian “wainscoting” di dinding rumah masing-masing.
Sudahlah murah, “wainscoting” menggunakan pvc ini lebih mudah dipasang. Bagi mak ayah yang ingin mengisi masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bolehlah mula menghias atau mendekorasi untuk hari raya nanti dengan menggunakan wainscoting pvc.
Ikuti perkongsian Puan Syarul Nadia Hamdan ini:
Saja Mengisi Masa Ketika PKP
Sebenarnya, setelah saya mencuba sendiri hias dinding menggunakan wainscoting PVC, saya ada berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas make over di facebook. Tak sangka ramai juga kawan-kawan berminat dan ingin mencubanya.
Selepas siap dipasang wainscoting pvc. Cantik bukan?
Pada mulanya, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak panjang, jadi saya dan suami terfikir untuk menghias dinding rumah. Seperti orang lain, kami pernah cuba mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman untuk memasang “wainscotting”.
Khidmat Pereka Dalaman Mahal Terfikir Cuba Sendiri
Tetapi harganya agak mahal serta mencecah ribuan ringgit walaupun hanya satu dinding kosong tidak termasuk cat. Setelah ada orang lain mencuba memasang sendiri wainscotting PVC dan cantik, saya dan suami terfikir untuk mencubanya sendiri.
Bayangkan kos yang kami keluarkan tidak sampai RM 300. Memang jimat. Selain murah harganya, kami juga dapat mengisi lapang dan membuat persiapan dekorasi untuk sambutan hari raya tidak lama lagi.
Maklumlah mungkin kita akan beraya di rumah sahaja kerana virus Covid-19, jadi apa salahnya kita menghias rumah untuk membangkitkan suasana raya. Untuk pengetahuan semua barang atau bahan yang digunakan dibeli secara online tanpa perlu ke kedai.
Bahan-bahan:
Silicone + white silicone Pembaris Cutter Masking tape Grinder mata potong @ gergaji Wall putty filler Wainscotting (pvc) Penimbang air Wall paper (sticker)
Langkah-langkah:
1. Kenal pasti dinding dan ukur lebar untuk memudahkan proses membuat design wainscoting yang dikehendaki.
2. Ukur wainscoting pvc mengikut panjang yang dikehendaki dan buat garisan sudut di bahagian hujungnya.
3. Potong menggunakan grinder mengikut garisan sudut yg telah dibuat.
4. Letakkan white silicone pada wainscoting pvc dan tampalkan pada dinding.
5. Gunakan penimbang air untuk memastikan wainscotting betul-betul sama aras.
6. Lekatkan masking tape supaya lebih kukuh. Masking tape ditanggalkan selepas silicon benar-benar kering (biarkan semalaman).
7. Tampal wall paper di bahagian dalam petak wainscoting dan sapu rata supaya kemas.
8. Menggunakan instant putty filler untuk menutup ruang antara cantuman wainscoting.
**Pesanan** Kerja mesti dilakukan dengan cermat dan kemas supaya tidak memerlukan dinding dicat semula. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu mengeluarkan bajet untuk mengecat lagi.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak, ayah mendekorasi rumah. Paling penting kita dapat berjimat apatah lagi di waktu-waktu kecemasan seperti sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menyiang ikan walaupun nampak mudah, namun jika salah caranya isi ikan boleh hancur dibuatnya. Selain menggunakan pisau, ada cara mudah, senang dan cepat untuk menyiang ikan dengan menggunakan gunting.
Ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Awang Dapur ini sebagai panduan.
1. Kepak bahagian kepala ikan.
2. Guntingkan pada 3 bahagian.Mula-mula, gunting bahagian tengah leher ikan.
Kebelakangan ini, isu berkaitan bayi yang meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuh hebat diperkatakan. Ya Allah, sedihnya. Sebagai seorang ibu, sedikit sebanyak saya turut merasakan perasaan itu. Tak dapat nak bayangkan beban kesedihan yang ditanggung oleh ibu bapa dan keluarga mangsa.
Di pihak ibu, kerisauan tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Hendak meninggalkan bayi yang masih kecil untuk dijaga oleh orang lain bukan satu keputusan yang mudah. Nak tak nak, itu saja jalan yang ada demi untuk mencari rezeki.
Kadangkala orang memang senang nak bercakap itu dan ini. Tapi yang menghadapinya saja yang merasai. Setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak. Demi kelangsungan hidup, ibu terpaksa bekerja untuk mencari rezeki. Kalau diberikan pilihan, tanyalah pada mereka, pasti mereka memilih untuk duduk di rumah dan menjaga sendiri anak-anak. Tapi, apa pilihan yang ada andai mereka perlu membantu mencari rezeki untuk keluarga? inilah dilema yang sering dihadapi oleh mak-mak yang bekerja.
Jadi, masyarakat jangan memandang serong pada ibu-ibu yang bekerja. Bukan cuba lari daripada tanggungjawab menjaga dan mengasuh anak-anak dengan tangan sendiri. Tapi, ada kepentingan lain perlu diutamakan demi hidup yang lebih selesa untuk keluarga. Bersyukurlah pada ibu-ibu yang mampu berhenti kerja dan menjaga anak sendiri. Ramai ibu yang mencemburui mereka ini.
Walau apa pun, ibu bapa perlu teliti dan cerewet dalam memilih pengasuh dan pusat jagaan untuk menempatkan anak-anak. Jangan asal boleh saja. Masih ramai pengasuh yang menjaga anak-anak jagaan lebih baik daripada ibu sendiri hingga anak jagaan mereka cukup rapat dan sayangkan mereka umpama ibu mereka.
Sikap peribadi individu berbeza-beza dan itu yang perlu diberi perhatian. Jika dilihat pengasuh itu seolah-olah mementingkan duit saja, lebih baik abaikan saja niat untuk menghantar anak untuk dijaganya. Tapi percayalah, masih ramai pengasuh di luar sana yang ikhlas menjaga anak-anak jagaan mereka.
Pengalaman saya sendiri, pernah menghantar anak ke pusat jagaan berhampiran rumah. Hanya sempat tiga hari saja. Mana taknya, setiap hari kami akan bekalkan 10 keping lampin pakai buang kerana anak kuat menyusu dan kerap kencing dalam jumlah yang agak banyak. Jadi memang kena kerap tukar. Awal-awal kami dah pesan kerana kulit anak memang sensitif. Hari-hari lampin pakai buang itu habis digunakan kata penjaga. Jadi kami anggap memang mereka salin lampin pakai buang anak dengan kerap.
Masuk hari ketiga, saya terkejut bila lihat bahagian punggung dan ‘private part’ anak penuh ruam yang kami syak puncanya kerana lampin tak ditukar walau pun dia sudah lama kencing/berak. Sedih bila lihat anak menangis menahan sakit dan pedih ketika hendak basuh selepas buang air besar. Hari yang sama juga, puting susu botol anak tertukar dengan puting susu yang sudah berkeladak hitam!
Mungkin ramai yang cakap kami cerewet, tapi bila lihat muka anak, rasa tak sampai hati nak ‘pejam mata’ lihat layanan yang dia terima. Sebagai ibu bapa, wajib untuk mencari yang terbaik untuk anak-anak kita kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!