Mesti ramai yang beli kain batik sarung tapi bila nak pakai baru sedar kain itu tidak siap dijahit. Kalau begitu, apa kata anda belajar cara-cara menjahit kain batik sarung.
Setelah siap berjahit barulah boleh terus pakai kain batik sarung itu. Paling penting sebelum jahit kain batik sarung ini pastikan anda ada mesin jahit.
Boleh belajar cara-cara menjahit kain batik sarung yang dikongsi oleh Awfa Perwira di akaun Facebook miliknya.
Cara Jahit Kain Batik Sarung
“Assalamualaikum semua, terima kasih sudi follow facebook shada. Sebagai rewards semalam shada up sikit cara jahit kain batik sarung.. x susah, senang ja. Saja nak share sbb semalam shada jahitkan utk mak menakan shada. Hehe.
“Alang2 kain batik dia cantik kita tangkap gambar dulu.
“Ops, shada juga bukan la seorang cikgu. Semua tips2 jahitan ni semua hasil shada belajar dgn cikgu2 tailor yg lain, shada cuma sharekan je kt hampa semua apa yg shada belajar ya!
“Jika ada pertanyaan boleh direct terus mesej shada ya, terbuka ja utk semua yg masih newbie dalam bidang jahitan ni. Jadi, selamat mencuba!”
Artikel Berkaitan:
High Speed Atau Portable, PANDUAN Pilih Mesin Jahit SEBELUM Beli
Tutorial LENGKAP Jahit Langsir Stail Pinch Pleat, Mudah Pasang Terletak Kemas!
Cara Jahit Kain Batik Sarung
1-Mula-mula sekali macam biasa, letakkan posisi kain batik macam dalam gambar ini. Lipat 2 kain batik tu. Pastikan jahit pada kain BAHAGIAN LUAR/CANTIK, jahit 1 tapak mesin ya. Lebihkan kain bawah itu agak-agak dalam ½ atau ikut citarasa masing-masing.
Nak mula jahitan pastikan kita pemati dulu. Jangan keliru tau! Nak tau kain batik tu bahagian cantik ke buruk tengok line kat atas tu, kalau warna pudar maksudnya itu bahagian dalam/buruk. Kalau warna cantik menawan maksudnya dia bahagian cantik.
2-Ha! Inilah posisi jahitan satu tapak mesin tu. Jahit lurus sampai ke bawah. Jangan lupa lebihan kain bahagian bawah ½ tu.
3-Ni hasil lepas jahit timpa dia tu. Lepas tu buka kain batik yang kita lipat 2 tadi seluas-luasnya.
4-Lepas tu yang lebihan ½ tadi, kita lipat ke kiri masukkan dia ke dalam ya.
5-Macam ni. Lipat-lipat sambil jahit. Jahit pun sipi-sipi ja,kira macam tindih kasih.
6-TARAAAA …inilah hasil dia!! Yang ni bahagian luar/cantik. Hehe senang je kan? Tak susah mana pun. Jahit lurus sahaja.
7- Jahitan macam ni bahagian dalam/buruk. Maaf semua, jahitan shada tak sekemas mana, Terima kasih sudi tengok tutorial shada sampai habis.
MW: Diharapkan tutorial bergambar langkah demi langkah ini boleh membantu memudahkan proses menjahit kain batik sarung yang ada itu.
Sumber/ Foto : Awfa Perwira
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI