Akhirnya terjawab sudah rakaman video penyanyi Nubhan Ahamad berkasar, tunjal kepala isteri di tempat umum, adalah sempena ‘surprise’ ulang tahun perkahwinannya yang kelima bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Walaupun Nubhan tersalah mengingati tarikh ulang tahun perkahwinan mereka, namun prank itu benar-benar membuatkan isterinya dalam kejutan yang teramat. Sehingga, menangislah dibuatnya.
Tapi, kesabaran isteri begitu tinggi. Hinggakan, Nubhan sendiri akui, yang dia terpaksa berkasar sedikit dengan menunjal kepala isterinya kerana mahu buat isterinya marah. Sayangnya, isteri tetap tidak marah.
Biarpun terpaksa berkasar begitu dengan isteri, Nubhan akui perasaan bersalahnya pada isteri tak habis lagi sampai ke sudah.
Ini Jawapan Nubhan Tunjal Kepala Isteri
Kongsi Nubhan,
Ads
Kisah sebenar “LELAKI DAYUS”
“Sorry sayang @drfietawfek sebab I tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah…tapi u tak marah-marah. I dah jam… sebab tu terpaksa berkasar sikit….sampai sekarang i rasa bersalah ni.
As u wish! U nak sangat hadiah ni… hope you happy! Sorry jugak sebab tersalah date anniversary. Mungkin masalah hakiki lelaki suka lupa date ni tak dapat dipisahkan. Sepoz bulan ogos. I ngatkan July.
Good luck for ur business @lantarabeauty i will support you love.
Ads
Full video di youtube channel saya “NUBHAN AHAMAD” Jangan lupa subscribe ok!
Nubhan Hadiahkan Isteri Kereta Idaman
Dalam channel YouTubenya itu, Nubhan jelaskan apa yang bakal dilakukan (berkasar) ke atas isterinya adalah dusta semata-mata.
“Kejap lagi kita nak prank. Saya dah sebak ni, saya minta maaf sayang kalau saya berkasar.” Kata Nubhan yang tak sanggup sebenarnya nak buat semua itu.
Tambahnya, dia sendiri lebih rasa takut untuk melakukan tugasan itu memandangkan dia sendiri tak reti nak gaduh. Dalam pada, Nubhan memujuk isteri yang masih dalam kejutan itu, sekali lagi Nubhan buat kejutan dengan menghadiahkan isteri kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Velfire berwarna hitam pada isterinya.
Ads
Itulah yang isterinya pernah hajatkan sebelum ini, katanya mahu bawa anak-anak.
Memang bukan calang-calang prank Nubhan suprisekan isteri ini. Apa pun semoga pasangan yang terkenal dengan sweet and loving couple ini kekal bahagia disamping anak-anak tercinta.
Bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam ini dan isteri mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
MW :Mujurlah cuma lakonan, tapi tetap berderau darah menyaksikannya. Bergurau suami isteri pun salah satu petua bahagia rumah tangga.
“Moga Berbahagia, Cepat Dapat Zuriat Comel Dan Sihat” itulah antara ungkapan yang diucapkan Serina Redzuawan buat penyanyi popular Nabila Razali yang baru saja bernikah. Serina antara rakan selebriti yang memberikan ucapan buat pasangan pengantin baru itu.
Sejurus selepas mengumumkan pernikahannya di akaun Instagramnya, ramai selebriti yang memberikan ucapan tahniah buat Nabila dan pasangannya.
“Moga Berbahagia, Cepat Dapat Zuriat Comel Dan Sihat”
Nabila dan pasangan telah melangsungkan majlis pernikahan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. Penyanyi itu telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi pada Sabtu.
Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah. Pengantin perempuan itu juga turut menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya seperti mana yang dikongsi di laman Instagram.
Majlis Nikah Secara Sederhana
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.
Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Mungkin kerana kasihnya seorang ibu yang sedang sakit tenat bimbangkan anak-anaknya yang tidak terjaga, sanggup membuat keputusan diluar jangkaan dengan mengahwinkan anak lelaki sulungnya pada wanita yang lebih berusia.
Seorang budak lelaki yang baru berusia 13 tahun mengahwini perempuan 10 tahun lebih berusia daripadanya semata-mata kerana mahu memenuhi kehendak ibunya yang sakit tenat. Alasannya mudah agar ada wanita dewasa menguruskan rumah keluarga mereka selepas kematiannya.
Media tempatan melaporkan, majlis perkahwinan di Upparahal, Andhra Pradesh itu berlangsung pada 27 April lalu tetapi cuma diketahui pihak berkuasa tempatan selepas gambar upacara berkenaan menjadi tular di media sosial.
Menurut Hindustan Times, kedua-dua keluarga pengantin terbabit kini dilaporkan hilang. Menurut penduduk tempatan, remaja itu datang daripada keluarga miskin dan kedua-dua ibu bapanya meraih pendapatan seharian sebagai buruh.
Bimbang 4 Anak Terabai
“Wanita itu sakit tenat dan suaminya kaki botol, jadi dia bimbang empat anaknya terabai melainkan yang sulung dikahwinkan dengan wanita yang lebih berusia,” kata jiran yang enggan dikenali.
Menurutnya, wanita itu dimaklumkan mengenai keluarga yang mencari suami untuk anak perempuan mereka berusia 23 tahun dan hasil rundingan masing-masing bersetuju untuk menyatukan dua keluarga berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Daerah Srinivasa Rao dipetik The Hans India berkata: “Perkahwinan itu akan dibatalkan kerana tidak sah di sisi undang-undang. Jika ibu bapa mereka tidak menyerahkan pasangan terbabit kepada pihak berkuasa daerah dalam tempoh dua hari, kami akan membuka kertas siasatan terhadap mereka.”
Tuah tompokan putih di kulit dan rambut, seorang budak lelaki berusia 7 tahun telah ditawarkan kerja sebagai model kanak-kanak di peringkat antarabangsa.
Melalui artikel yang diterbitkan di dalam Daily Mail, Samuel Silva, 7, dari Bahia, Brazil, dilahirkan dengan piebaldisme, keadaan genetik yang jarang berlaku yang menyebabkan tompok-tompok kulit dan rambut putih kerana kekurangan melanin.
Keadaan itu dikongsi di kalangan keluarganya, iaitu dengan ibunya Nivianei de Jesus Purifiçao, 41, dan neneknya Dona Dionisia, 65, turut mempunyai tanda serupa.
Tanda Di Dahi Dan Garis Rambut
Beberapa tanda yang paling khas adalah di dahi dan garis rambutnya. Samuel juga mempunyai bapa saudara dan sepupu dengan keadaan kulit yang sama.
Samuel bergambar dengan ibu, nenek dan sepupu yang mengalami masalah piebaldisme.
Pada mulanya ibu bapa Samuel telah mencukur rambut di kepalanya untuk menyembunyikan tompokan putihnya. Tetapi mereka kemudiannya mengambil keputusan Samuel perlu menerima keadaan dirinya itu.
Malah ibu bapa Samuel telah membuka akaun Instagram untuknya. Siapa sangka daripada situ Samuel telah ditawarkan kontrak untuk menjadi model.
Sejak itu Samuel muncul menggayakan pelbagai fesyen kanak-kanak dalam penerbitan seperti Junior Style London, Bazaar Kids, Dixie Magazine. Dia juga turut muncul di Toronto Fashion Week, Paris Fashion Week dan London Kids Fashion Week.
Samuel mula menggayakan fesyen pakaian di penerbitan seperti Junior Style London, Bazaar Kids, Dixie Magazine.
Ibu Dipanggil Free Willy
Keluarga Samuel menghadapi diskriminasi kerana keadaan mereka itu. Neneknya Dona terpaksa menutup bahagian atas tubuhnya dengan baju lengan panjang dan seluar panjang. Sementara itu, ibunya Nivianei dipanggil dengan nama ‘Free Willy’, sempena nama ikan paus yang ada tanda putih dalam filem Free Willy.
Nivianei, ibu Samuel mahukan anaknya menerima keadaan yang dimiliki dengan hati terbuka.
Julio Sanchez-Velo,53, yang juga bapa saudara Samuel berkata, “Doktor tidak banyak memikirkan keadaan Samuel kerana dia sihat. Keluarga kami tidak pernah didiagnosis dengan tepat dan hanya menyebut tanda itu sebagai tanda lahir. Tetapi mereka tahu itu bukan vitiligo kerana tompokan itu tidak pernah berubah bentuk atau ukurannya.
“Nivianei tahu dia berbeza dan menerimanya dengan tangan terbuka. Dia memakai skirt pendek dan baju pendek bila-bila masa dia suka. Dan dia selalu mempertahankan diri jika ada yang berani menggertaknya.
“Dia mendapat penghormatan semua masyarakat di sini. Dia hanya akan menerima pandangan dan komen ketika dia meninggalkan kawasan kejiranannya.
“Nivianei diberi julukan Free Willy dari filem mengenai paus pembunuh yang mempunyai tanda putih, tetapi dia menerima nama itu dan mengatakannya dengan bangga.”
Tarik Perhatian Ramai
Nivianei berharap agar Samuel dilahirkan tanpa keadaan kulitnya, seperti anak pertamanya Andreia.
Namun, Samuel dilahirkan dengan piebladism yang menyebabkan orang asing menganggap bahawa dia pernah terlibat dalam kemalangan pada suatu ketika dalam hidupnya, meninggalkannya dengan bekas luka terbakar.
“Nivianei tahu bahawa dia harus melakukan apa sahaja untuk membantu Samuel membesar dengan bangga dengan keadaan kulitnya.
“Keluarganya membesarkan dia untuk menerima dirinya dan perbezaannya,” kata Julio.
“Samuel menarik banyak perhatian di khalayak ramai, seperti ketika dia tidak berbaju di pantai dan anda dapat melihat tanda putih di seluruh tubuhnya.
“Orang asing akan datang dan menanyakan segala macam pertanyaan, seperti jika Samuel terbakar dalam kemalangan.
“Semua orang sudah terbiasa dan hanya menjelaskan apa itu piebaldisme.
”Rambut Samuel khususnya menakjubkan. Ibu bapanya biasanya mencukur rambut itu menyembunyikan tompokan putih. Tetapi setelah mereka membiarkannya tumbuh menjadi afro, ia kelihatan luar biasa,”ujar Julio lagi.
Kejayaan akaun media sosialnya menyebabkan agensi pemodelan kanak-kanak Sugar Kids menghampiri mereka pada April 2019 dan Samuel menjadi sensasi dalam masa pendek.
Walaupun merasa berbeza dengan anak-anak lain, Samuel mengatakan bahawa dia bangga menjadi dirinya sendiri dan memberitahu semua orang tentang ‘tompok dan tanda cantiknya’.
Samuel ditawarkan jadi model oleh Agensi Permodelan Kanak-Kanak, Sugar Kids pada April 2019.
Julio berkata, “Samuel sangat suka modeling. Dia sangat artistik dan suka berjalan di atas pentas runway dan bergaya untuk bergambar. Dia betul-betul berkembang maju dan anda dapat melihat pada wajahnya.
“Dia suka menjadi menjadi perhatian dan suka mengembara. Dia berasal dari komuniti miskin di Brazil di mana tidak banyak peluang untuk melihat dunia.
“Samuel telah menjadi wajah penerimaan dan penyertaan dalam industri fesyen anak-anak, dan kami berharap anak-anak lain yang merasa berbeza tentang diri mereka akan melihat seberapa baik yang dilakukan Samuel dan merasa senang dengan perbezaan mereka sendiri.
“Berbeza bukanlah sesuatu yang harus kita sembunyikan – kita harus menerimanya, sama seperti Samuel.”
Keluarganya berharap agar kanak-kanak lain yang mempunyai perbezaan yang nyata akan mendapat inspirasi daripada Samuel dan boleh untuk menerima diri mereka sendiri.
Piebaldism tidak menimbulkan ancaman terhadap kesihatan seseorang dan sering dikelirukan dengan vitiligo di mana kulit kehilangan pigmennya sehingga tompok-tompok yang berubah warna muncul dari masa ke masa.