Pesanan buat para suami, janganlah terlalu berkira dengan anak-anak dan isteri. Selagi boleh, berusahalah cuba tunaikan apa yang diinginkan. Baik keperluan mahupun kehendak selagi mana dalam batas kemampuan diri. Ini kerana percayalah balasannya berlipat kali ganda dari nilai yang dikeluarkan.
Jemput fahamkan dan renungkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini;
Abah selalu cakap,
“Nak makan apapun, beli..teringin apapun, beli…duit boleh cari…”
Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni.Saya pesan kat isteri, kalau ada benda yang dia teringin, yang dia nak, bagitau ja kat saya, saya akan usahakan untuk beli. Tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan-kelengkapan lain.
Ads
Kalau tak beli bulan ni, bulan depan. Kalau tak bulan depan, bulan satu lagi.
Apa yang kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri? Duit kita semakin bertambah? Kita semakin kaya?
Sama ja pun..duit habis macam tu jugak. Lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dah habis.
Ads
Isteri nak beli pencuci muka, kita kata tak payah, tapi kita beli rokok, tak pe pulak? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mana yang ada, tapi kita tukar sport rim kereta, tak pe pulak? Isteri nak beli kasut, beg tangan, tudung baru, kita suruh pakai yang lama, tapi kita beli yang baru-baru untuk diri sendiri, boleh pulak?
Suami jenis yang macam mana kita ni.
Tumpang Rezeki Anak Isteri
Jangan terlalu berkira dengan anak isteri. Apa yang kita dapat pada hari ini sangat berkait rapat dengan mereka. Boleh jadi kita ni yang menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri.
Ads
Cubalah untuk tunaikan apa yang anak isteri inginkan. InsyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan.
Nak percaya atau tak, terserahlah…Dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna daripada ada duit banyak, tapi dengan anak isteri sendiri pun BERKIRA..
MW: Memang ada benarnya.. pesanan buat para suami tak perlu terlalu berkira dengan anak dan isteri. Cubalah tunaikan permintaan mereka, percayalah rezeki lagi akan bertambah berlipat kali ganda.
Anak yang tak pernah disentuh, dipeluk, dicium apatah lagi disayang-sayang boleh mengundang sikap mereka semakin liar dan nakal. Lama-lama jiwa mereka kosong dan mati. Macam barang-barang lama kitalah mak ayah, cuba kita biar dan abaikan.. berdebukan.
Perumpamaannya samalah dengan anak-anak kita itu. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razifini tentang sentuhan yang mak ayah perlu beri dekat anak-anak. Melibatkan 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang mak ayah kena hafal sepanjang membesarkan mereka.
Mak Ayah Wajib Tahu Kat Mana Nak Cium dan Gosok Anak-Anak
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman!
Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.
1. Ciuman Di Kepala
Adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
2. Ciuman Di Dahi
Adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
3. Ciuman Di Pipi
Adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
4. Cium Kat Tangan
Adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
1. Gosok Di Belakang Leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
2. Gosok Di Dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
Elak cium anak di mulut agar anak tak keliru / Kredit foto : adamhawa.my
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
p/s : Tolong ajar pasangan kita ilmu ni ye. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni disebarluaskan.
Mak juga seorang manusia, adakalanya hatinya juga tersinggung dan terasa dengan sikap anak-anak yang makin membesar. Lumrah seorang ibu sentiasa memaafkan anaknya biar pun hatinya sakit.
Seorang mak kalau berkecil hati dengan anaknya berdosa, jadi dia telan semuanya agar hidup anaknya bahagia di dunia dan akhirat sana. Begitulah seorang mak.
Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik ya anak-anak di luar sana.
Kalau Mak Berkecil Hati, Anak Berdosa
Seorang mak tahu kalau dia berkecil hati dengan anak-anaknya, maka anak-anaknya akan berdosa.
Jadi, dia telan semuanya supaya anak-anak tak berdosa.
Jika kita rasa kecil hati dengan mak kita, kita tunjuk, kita protes, kita merajuk sampai mak datang pujuk.
Jangan kata tak pernah, pasti pernah walau sikit. Mak itu walaupun anak tak tunjuk, dia tahu anaknya kecil hati. Soroklah macam mana pun. Sebab dia mak.
Kecil hati kita dengan kecil hati mak, siapa lebih banyak?
Pernah tak kita fikir, kalau mak tak fikir perkara di perenggan pertama itu, entahlah berapa kali hancur remuk redam hati mak tu, lebih dari kita.
Dari kecil dijaga sampai sudah beranak pinak, mesti banyak yang mak itu kecil hati. Mesti banyak.
Macam mana pun mak kita, sayangilah dia. Walaupun dia tak sebaik mak orang lain, kasihilah dia.
Jika dia bersalah menjaga anak-anaknya, itu urusan dia dengan Allah SWT. Bukanlah anak-anak yang patut menghukumnya.
MW: Bagaimanapun mak kita, terimalah dan sayangilah dia seadanya kerana dia yang melahirkan serta membesarkan. Kasih sayang mak tanpa Batasan, hargailah selagi mereka masih ada.
Berita kehilangan kerja adalah satu tragedi yang tidak pernah di duga. Sekiranya, tidak di tangani dengan betul, ia bukan sahaja mendatangkan stres tetapi boleh mendapat awalan penyakit kemurungan.
Kehilangan kerja bukan hanya hilang pendapat atau mata pencarian tetap turut melibatkan kehilangan skim insurans sakit bagi diri dan keluarga, bantuan perubatan, bahkan membuat seseorang itu hilang keyakinan diri untuk mendapat kerja yang lain kerana tidak bersedia untuk mencari kerja baru.
Keadaan inilah yang mendatangkan pelbagai masalah terutama sekali kerisauan yang tinggi dan tidak tenteram, ketakutan serta kerungsingan. Seseorang itu harus bertindak pantas dan membuat perancangan yang rasional secepat mungkin semasa mendengar berita tentang desas desus perberhentian itu. Paling penting dalam perancangan itu, seseorang perlulah bertenang. Ikuti kupasan lanjut bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh tentang isu ini.
Perancangan Jangka Pendek
Seseorang itu perlu bertindak segera dengan membuat prancangan dengan tidak tergesa-gesa secara jangka pendek dan jangka panjang.
Perancangan yang membolehkan seseorang membuat sesuatu agar mendapatkan duit perbelanjaan untuk rumah dan keluarga supaya tidak putus atau kehidupan dapat diteruskan.
Tidak Perlu Malu
Kehilangan pekerjaan kerana di buang bukanlah sesutu perkara baru atau aneh. Ia bukanlah pemberhentian kerana di buang kerana dadah, mencuri atau disiplin. Ia mungkin disebabkan tempat bekerja itu ingin mengurangkan kerja atau tidak beroperasi lagi.
Seseorang itu tidak perlu malu atau takut untuk berterus terang kepada keluarga atau kawan kawan. Mereka akan memahami tentang perkara yang berlaku dan biasa pada keadaan sekarang ini. Adalah lebih baik berterus terang kerana orang yang mendengarnya boleh membantu sekiranya terdapat tawaran kerja di tempat lain.
Pulih Semangat & Kekal Positif
Bersendirian dan termenung tidak boleh membantu seseorang itu. Apa yang pasti, untuk memulihkan semangat, seseorang itu jangan duduk bersendirian, keseorangan, bersedih terlalu lama dan menyesali dengan keputusan diberhentikan. Keadaan ini tidak akan mengubah keadaan sedia ada.
Usah terlalu kecewa dan selalu ingatkan diri bahawa ini bukanlah penghujung dunia dan akan ada kerja yang lebih baik tidak lama lagi. Pasangan dan anak-anak memainkan peranan penting dan perlu memberi kekuatan serta dorongan dalam memahami keadaan pasangan itu sendiri.
Cadangan Perancangan
Bekerja sendiri atau mencari pekerjaan yang lebih baik adalah sesuatu perancangan jangka panjang kerana ia mungkn mengambil masa yang agak lama.
Berniaga on-line melalui media sosial, membawa grab dan food panda, menghantar anak jiran ke sekolah, menjaga anak sebagai pengasuh, membuat kerja sambilan dengan kelas tambahan atau kerja yang boleh mendatangkan pendapatan sementara.
Bagi keperluan asas, potong perbelanjaan yang tidak diperlukan.
Merancang perbelanjaan harian dan bulanan.
Mengawal nafsu daripada berbelanja tentang perkara yang tidak penting.
Membuat bajet ikat perut.
Tip Kekal Positif
Setiap orang perlu berkawan dan bergaul dengan orang yang memberi rangsangan dan bersifat positif.
Cuba lakukan sesuatu yang bermanfaat seperti membaiki diri dengan ilmu baru dan menghantar seberapa banyak permohonan kerja melalui iklan.
Jangan berputus asa dan membuang masa. Usah memencilkan diri dan rasa berduka berpanjangan.
Nasihat
Bagi anda yang kehilangan kerja, janganlah meratap kesedihan dan meminta belas kasihan daripada orang ramai.
Bangkit dan bina diri semula. Buat perancangan dengan teliti dan baik untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
Elakkan daripada bergaul dengan orang negatif yang hanya mahu mencari kesalahan kita dan tidak memahami keadaan yang kita lalui ini.
Jangan malu untuk menceritakan pada sesiapa walaupun semasa temuduga untuk pekerjaan baru.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!