Tukar dugaan jadi motivasi, berkorban kena bijak jangan sampai aniaya diri! Secebis kisah benar yang boleh kita jadikan pengajaran dan renungan bersama.
Kita selalu dengar orang tua kata, jadilah seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dalam konteks ini, memang tragis apabila seseorang terpaksa mengorbankan diri untuk kebahagiaan orang lain.
Tanya sendiri sendiri. Betulkah anda benar-benar sangggup berbuat demikian? Sanggup hilang segalanya asalkan orang lain bahagia. Bukankah situasi ini tidak adil untuk anda. Bagi saya, bagus melakukan pengorbanan tetapi biar dengan cara yang bijak.
Buat Pilihan Tepat Hadapi Dugaan
Dalam hidup ini, kita sentiasa mempunyai pilihan. Dalam setiap saat, kita mempunyai pilihan termasuk perkara yang remeh seperti hendak makan dulu atau mandi? Kita perlu membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan.
Walaupun untuk perkara yang remeh atau mudah, kita mesti melatih diri membuat keputusan bijak dan yang paling tepat. Ini kerana setiap keputusan yang kita buat mempengaruhi kehidupan kita selepas itu.
Misalnya ketika mahu memulakan perjalanan ke tempat kerja. Kita mempunyai dua pilihan samada melalui lebuh raya atau jalan biasa. Mungkin ketika itu, kita fikir mahu jimat duit tol lantaran kita memilih melalui jalan biasa.
Namun kita terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, minyak kereta juga ‘parah’. Akibat keputusan yang kurang tepat ini, kita lambat ke tempat kerja dan mengalami tekanan. Ini antara contoh yang boleh kita lihat dengan jelas akibat keputusan yang dilakukan.
Berkorban Kerana Allah Bukannya Mahukan Pujian Manusia
Begitu juga ketika kita membuat keputusan untuk melakukan pengorbanan. Pertama, betulkan nawaitu. Pastikan pengorbanan yang dilakukan kerana Allah bukannya mahukan pujian daripada manusia.
Analisis pilihan yang ada agar ia membantu anda membuat keputusan bijak. Saya teringat dengan satu kisah teman rapat. Ketika ibu bapanya bercerai, dia masih di bangku sekolah rendah. Adik-adiknya masih kecil. Sebagai anak sulung dalam keluarga, dia membuat keputusan untuk tinggal bersama ayah.
Ads
Manakala adik-adiknya tinggal bersama ibu. Dia sedar pengorbanan ini begitu besar, dia akan berdepan dengan kerenah ibu tiri dan terpaksa berjauhan dengan ibunya serta adik-adik. Keputusan ini dibuat kerana mahu mengurangkan beban ibunya dan dalam masa yang sama tidak ingin juga melihat ayahnya sunyi.
Dia jelas kehidupan yang dilalui tidak indah. Sejak dari awal, dia sudah persiapkan mental, rohani dan fizikal untuk berdepan dengan ujian. Pengharapan yang paling tinggi diletakkan kepada Allah. Setiap hari, dia berdoa agar menjadi insan yang berjaya agar dapat membalas jasa kedua ibu bapanya.
Ibu Tiri Yang Kejam
Kerenah ibu tiri benar-benar menguji kesabaran, walaupun dalam usia yang masih mentah dia berjaya mengawal emosi. Dia tidak putus berdoa kepada Allah agar segalanya dipermudah. Saat ibu tirinya mahu memberhentikan dia sekolah, dia tidak goyah. Dia sudah pasak di hati mahu menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Dia tidak minta wang daripada ayahnya yang ketika itu ‘dikawal’ ketat oleh ibu tiri. Ketika teman-teman bermain dan bersantai, dia sekali lagi berkorban. Dia bekerja sambilan mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan ketika cuti sekolah. Gaji inilah yang digunakan untuk membeli buku tambahan agar dapat mengulangkaji dengan lebih baik.
Dia menjeruk rasa dengan sikap orang di sekeliling yang menuduhnya bukan-bukan. Ketika itu, teman saya ini tidak tunduk dengan dugaan. Dia mengambil keputusan untuk menjadikan dugaan sebagai motivasi untuknya berjaya.
Ads
Setiap kali cuti sekolah, dia bekerja sambilan. Ibu tirinya tidak dapat berkata apa-apa lagi kerana dia tidak menyusahkan sesiapa untuk meneruskan pelajaran. Di sekolah, teman saya ini tidak memilih untuk bercinta. Dia juga membuat keputusan untuk tidak libatkan diri dengan pelajar nakal sebaliknya mengisi masa terbuang dengan aktiviti berfaedah.
Tidak Berdendam
Pengorbanan bertahun-tahun ini yang disulami dengan usaha gigih dan doa kepada Allah membuahkan kemanisan. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Alhamdulillah, dia menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik.
Adat manusia, apabila sudah berjaya ramai yang mendekatinya. Dia masih lagi berkorban, wang ringgit diberikan kepada ibunya untuk menyara adik-adik belajar. Walaupun hatinya pernah terluka dengan segala perbuatan tidak baik ibu tiri, namun dia mengambil keputusan untuk memaafkan segalanya.
Dia berkorban perasaannya demi kebaikan. Dia mahu menjaga ikatan silatulrahim. Ketika hatinya sakit, dia tidak mudah meluah rasa kepada ibunya. Dia tidak mahu ibunya susah hati dan rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia mengambil keputusan untuk mengadu segala penderitaan kepada Allah. Aibnya terpelihara dan Allah melorongkan jalan terbaik kepadanya untuk menjadi insan berjaya.
Banyak yang boleh kita pelajari daripada kisah ini. Pengorbanan yang bijak membentuk kita menjadi insan yang cekal, matang dan berjiwa kental. Pengorbanan ini juga membantu kita menjadi individu yang mempunyai kemahiran, berdikari, sabar dan mendorong kita berusaha lebih gigih.
Dalam kehidupan memang kita perlu berkorban namun lakukan pengorbanan ini dengan bijak. Buat keputusan yang tepat agar tidak merugikan diri kita. Orang yang disayangi bahagia, kita juga gembira dan berjaya. Bukankah lebih indah dan bererti pengorbanan begini?
Bebel sebab sayang. Bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perlu Minta Izin Sebelum Sentuh Anak, Mira Filzah Letak Syarat Di Majlis Akikah Wan Khair Amir. Seperti yang kita ketahui masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi. Malah penyakit berjangkit seperti Covid-19 masih ada.
Sememangnya sebagai ibu bapa yang punya anak kecil sangatlah risau jika bayi dijangkiti penyakit berbahaya. Walaupun kes Covid semakin menurun namun adalah lebih baik mencegah penularan dari berlaku dengan mengamalkan SOP Keselamatan Pasca.
Bukan itu dengan amalkan disiplin dalam menitikberatkan kesihatan pastinya dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit.
Seperti yang diketahui umum Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah, 29 baru-baru ini telah mengadakan majlis akikah untuk anak sulungnya yang bernama Wan Khair Amir.
Paling menarik menerusi tinjauan entry terbaru di akaun Instagram Mira Filzah, telah kongsikan gambar-gambar dekorasi dan majlis akikah Amir. Paling menarik perhatian syarat yang ditulis mengenai SOP majlis yang begitu bagus.
Banyak pesanan yang ditulis oleh penganjur antaranya para tetamu pastikan tangan anda sentiasa bersih, sebelum menyentuh bayi perlulah meminta kebenaran dari ibu bapa bayi.
Pertama Kali Dedah Wajah Anak
Pada majlis itu juga Mira Filzah mendedahkan wajah anaknya, Wan Khair Amir buat pertama kali.
Malah Mira dan suaminya Wan Emir Estar berkongsi potret keluarga kecilnya di laman sosial Instagram milik mereka.
Titip Doa Buat Anaknya
Menerusi kapsyen yang dicoret, pasangan ini menitipkan doa buat anaknya supaya menjadi anak soleh dan sentiasa berbakti buat agama, bangsa dan tanah air.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu.
Malah Mira dan suami juga telah membuka akaun Instagram buat anaknya yang diberi nama Wan Khair Amir dan setakat ini sudah mengumpul 68.7 ribu pengikut.
“Handsomenya Amir”
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan anak Mira.
Mingguan Wanita : Semoga Amir menjadi anak yang soleh dewasa kelak.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar perempuan tingkatan 4 ditemui meninggal dalam kereta bertutup kanvas. Ajal maut jodoh pertemuan semuanya sudah tertulis di luh mahfuz lagi. Tidak pernah tercepat sesaat atau terlewat seminit, ianya pasti terjadi dalam kehidupan manusia.
Sebagai hambanya, kita disarankan sentiasa berdoa agar meninggal dalam keadaan husnul khatimah agar di hadapan Allah kelak, urusan kehidupan kita dipermudahkan.
Penemuan pasangan remaja perempuan berusia 16 tahun dan teman lelakinya berusia 20 tahun di dalam kereta perodua Kancil ditutup kanvas di i Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Lubok China, di sini pagi tadi nyata menggemparkan masyarakat sekeliling.
Pelajar perempuan tingkatan 4 ditemui meninggal
Memetik laporan Harian Metro, mayat lelaki dan perempuan berusia 20 dan 16 tahun itu ditemukan orang awam sebelum melaporkan kepada polis pada jam 9.25 pagi.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi dan menemui kereta terbabit dalam keadaan ditutup kanvas di kompleks itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menjumpai mangsa lelaki di tempat duduk pemandu dan perempuan di penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa ditemukan lengkap berpakaian.
“Kedua-dua mangsa dipercayai pasangan kekasih dan mangsa perempuan berusia 16 tahun itu dihantar oleh rakannya ke Japerun ini untuk bertemu dengan lelaki terbabit pada jam 4 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kita percaya pasangan itu meninggal dunia akibat terhidu gas karbon monoksida. Kita juga percaya mereka sengaja menutup kereta milik bapa si lelaki dengan kanvas bagi mengelak kenderaan ditemui,” katanya ditemui media di lokasi di sini hari ini.
Razali berkata, pasangan itu berasal dari Kuala Sungai Baru dan Lubuk China dengan lelaki tidak bekerja manakala perempuan adalah pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini.
Menurutnya, polis sedang mengumpul maklumat lanjut daripada kedua ibu bapa si mati bagi mengetahui status hubungan mereka.
“Siasatan dijalankan menyeluruh termasuk kemungkinan spekulasi cinta tidak direstui antara kedua mangsa.
“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” katanya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dapat bayangkan perasaan seorang ayah yang menanti kehadiran anak-anak untuk dijemput pulang setiap hari, tetapi akhirnya kecewa. Hingga ke akhir hayatnya anak-anak tetap berdegil tidak mahu luangkan masa mengambil ayahnya yang negatif covid-19.
Apalah kesalahan sang ayah hingga diperlakukan demikian rupa, bukannya dia positif, kalau bimbang dijangkiti sekali pun dia tetap darah daging kalian.
Kelmarin tular di facebook apabila seorang jururawat memuat naik status tentang betapa kesalnya dia dengan kejadian yang berlaku. Setiap hari berdepan dengan pesakit sudah tentu membuatkan jururawat ini muak dengan segelintir sikap sambil lewa anak-anak terhadap kebajikan mak, ayahnya.
Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua. Berkali-kali hubungi anak beritahu ayah nak balik tak mahu datang ambil, bila meninggal tiga anak datang serentak.
Something bad to share today.. Datang kerja shift pagi hari ini dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient sudah boleh discharge dua hari yang lalu sebab covid swab negative.
Call relative (anak lelaki), beritahu tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja. Seterusnya call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah terawih, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged.
Call esoknya pun sama hingga kita ugut hendak report polis, tapi still tidak ada feedback… So terpaksa tunggu plan doctor.
Sekali petang, ajal patient tiba.. So, bila kita call relative beritahu ayah diorang sudah tiada, tiba-tiba tiga orang anak boleh saja datang serentak cepat-cepat…
Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang tiada yang datang? Arwah hari-hari tanya anak dia ada call ke tak.. Come on Malaysian…
Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganlah ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan peringatan buat diri kita dan keluarga. Sayangilah mak, ayah selagi mereka masih ada. Bimbang bila mereka tiada mereka di dunia, kita kesal buat selamanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.