Setiap individu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Siapa sangka keunikan mempunyai bukaan mulut yang paling besar di dunia, diiktiraf oleh Guinness World Records sekaligus membantunya menjana pendapatan, modal untuk buat duit.
Samantha Ramsdell yang popular di TikTok berikutan bukaan mulut yang sangat luas, kini secara rasminya dinobat wanita mulut paling besar di dunia oleh Guinness World Records.
Dia sebelum ini mengagumkan 1.7 juta pengikut menerusi perkongsian video memuatkan sejumlah besar makanan ke dalam mulut, termasuk keseluruhan kentang goreng McDonald’s.
Bukaan Mulut Seluas 6.52 Sentimeter
Berasal dari Connecticut, wanita berusia 31 tahun itu menerima pengiktirafan berkenaan pada 28 Julai lalu selepas ujian ukuran yang dibuat di sebuah klinik di South Norwalk, Connecticut mengesahkan bukaan mulutnya seluas 6.52 sentimeter.
“Berusia 31 tahun dan memperoleh rekod ini untuk sesuatu yang selama ini buat saya rasa tidak yakin dan pernah mahu menjadikan ia kecil, adalah sangat hebat.
“Ia kini menjadi satu daripada perkara terbaik mengenai saya,” katanya yang bekerja sebagai wakil jualan peralatan perubatan.
Catat Rekod Guinness World Records
Samantha turut menyokong mereka yang mempunyai anggota badan unik untuk mencatat rekod dalam Guinness World Records.
“Lakukan dengan penuh dan jadikan ia aset paling besar anda. Ia adalah kuasa anda, yang menjadikan anda istimewa dan berbeza daripada orang lain di sekeliling,” katanya seperti dilapor Mirror.
Menurut wanita itu, dia membuka akaun media sosialnya untuk berkongsi kebolehan nyanyiannya tanpa sedar bahawa bentuk mukanya yang lebih menarik perhatian orang ramai.
Ads
Sebelum ini katanya, dia mula mengumpul keyakinan sejak dua tahun lalu apabila mengambil kelas nyanyian serta berkongsi mengenainya di Instagram.
“Kemudian saya jatuh cinta dengan komedi dan parodi serta mula banyak berkongsi mengenai itu sebelum membuka akaun TikTok pada 2019 tetapi tidak begitu aktif sehingga tempoh pandemik pada April 2020.
“Sejak itu saya berkongsi banyak video kelakar dan parodi tetapi setiap kali berkongsi sesuatu yang menunjukkan mulut saya, ia menjadi sangat tular,” katanya.
Modal Buat Duit
Disamping itu, menurut Samantha siapa sangka kelebihan mulut besar yang dimilikinya juga boleh menjadi modal untuk buat duit dan menjana pendapatan.
Mendedahkan perkara itu di TikTok, Samantha Ramsdell memaklumkan dia menerima AS$15,000 (kira-kira RM62,000) untuk setiap video yang dimuat naik di aplikasi itu.
Katanya dengan teknologi istimewa yang ada pada aplikasi itu, ia menjadikannya mudah menjana pendapatan.
GulfNews melaporkan, wanita berusia 30 tahun dari Connecticut itu turut mempunyai pengikut seramai 740,000 sepanjang penularan wabak Covid-19 ini.
Selebriti Sensasi Internet
Walaupun dia bimbang wabak pandemik itu akan menjejaskan kariernya sebagai bintang komedi, dia memberikan pengiktirafan kepada TikTok, yang menjadikan dirinya sebagai selebriti sensasi internet.
Ads
“Ia kedengarannya seperti tidak banyak, tetapi ada video saya ditonton lebih 50 juta tontonan,” katanya.
Samantha bermula dengan video nyanyian dan lakonan untuk meningkatkan keyakinan dan menunjukkan kemahirannya secara atas talian.Kemudian, dia menyedari mulutnya lebih mencuri perhatian.
“Kehilangan lebih 50 paun (kira-kira 22.6 kilogram) dua tahun lalu menyebabkan saya kembali yakin.
“Saya mengikuti kelas nyanyian, dan memuat naik video itu di Instagram,” katanya.
Mingguan Wanita : Memang rezeki dan tuah bermulut besar. Siapa sangka keunikan mempunyai anggota badan yang unik berpeluang dicatat rekod dalam Guinness World Records, sekaligus mampu menjana pendapatan.
Siapa sangka bayi yang masih kecil dan baru sahaja berusia 40 hari mempunyai janin yang sedang membesar dalam perutnya.
Satu keajaiban dalam bidang perubatan dan kes yang sangat jarang berlaku direkodkan di daerah Motihari, negeri Bihar, India apabila janin ditemui membesar di dalam perut seorang bayi berusia 40 hari, lapor agensi berita Asean News International (ANI).
Masalah Kembung Perut
Bayi itu pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari untuk menerima rawatan kerana disangka mengalami masalah kembung perut dan tidak dapat membuang air kecil dengan lancar.
Bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut, pakar kesihatan Pusat Perubatan Rahmania, Dr. Tabrez Aziz melakukan ujian Imbasan tomografi berkomputer (CT).
Janin Membesar Dalam Perut
Keputusan ujian imbasan itu mengejutkan semua pihak apabila terdapat janin lain sedang membesar di dalam perut bayi itu.
Beliau berkata, kes seperti itu sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam setiap lima juta pesakit.
“Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah terbongkar di mana janin dilihat membesar di dalam perut bayi berusia 40 hari.
“Ia dipanggil fetus di dalam fetus. Bayi itu telah menjalani pembedahan membuang janin dan berada dalam keadaan stabil,” kata Tabrez.
Mingguan Wanita: Tak sangka wujud kes perubatan sebegini. Bayi yang masih kecil baru berusia 40 hari, mempunyai janin yang sedang membesar dalam perutnya.
Melakukan amal jariah bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit. Hulurkan bantuan dengan menggunakan tenaga juga amalan yang baik. Paling penting niat seseorang itu bersih kerana Allah S.W.T.
Kisah cuci telekung persendirian yang dilakukan oleh Puan Zatika Izati Puade ini menarik perhatian apatah lagi tengahari tadi wanita ini dijemput menjadi salah seorang tetamu jemputan untuk Mingguan Wanita Talkshow. Bersesuaian dengan topik yang dibincangkan iaitu Amal Jariah Zaman Moden, Puan Zatika berkongsi serba sedikit tentang #gengcuci dan #wakaftelekung.
.
“Idea cuci telekung di surau awam ini tidak memerlukan modal. Cuma kena cari telekung seperti di surau pusat beli belah, surau sekolah dan surau-surau awam lain. Cara ini lebih mudah bagi saya sebab tak perlu beli telekung baru. Cuma akan cuci atau baiki telekung yang sedia ada itu. Surau-surau awam ini sebenarnya sudah banyak telekung wakaf yang disumbangkan individu, cuma mungkin tidak dijaga betul. Ada yang kotor dek mekap, foundation, maskara, lipstik, ada juga yang masam dek peluh dalam cuaca hangat,” ungkap Puan Zatika.
Minta Izin Terlebih Dahulu
“Sebelum mengambil telekung untuk dicuci, saya akan meminta izin dahulu daripada pihak pengurusan untuk dibawa balik dan dicuci. Perkara ini sangat mudah apatah lagi sekarang ini banyak dobi layan diri dan untuk memcuci telekung ini tidak mengambil masa yang lama.
“Kalau rasa nak berhenti buat perkara baik ini saya akan mendapat inspirasi dari rakan-rakan yang lakukan kerja-kerja amal sebegini. Kerja begini tak ada gaji, saya lakukan secara ikhlas. Sebenarnya sewaktu dijemput untuk program MW Talkshow ini juga saya berasa segan tapi bila saya fikirkan niat utama saya, biarlah lebih ramai orang boleh lakukan kerja yang sama,. Dan apa yang kami buat jadi ikutan kerana kerja amal ini kerja yang baik,” tambah Puan Zatika.
Bagi anda yang berminat dan mahu mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti amal sebegini bolehlah ikuti rancangan ulangan MW Talkshow di Astro Prima dan Astro Prima HD padajam 8 malam ini.
Tip Memulakan Cuci Telekung Surau Awam dari Puan Zatika
1. Bawa beg plastik besar atau kotak supaya senang nak masukkan telekung yang perlu dibasuh. Seelok-eloknya datang waktu awal pagi. Orang tak ramai dan belum nak gunakan surau.
2. Maklumkan orang berkenaan atau kakak cleaner atau guru atau pakcik guard sekolah yang kita ambil telekung untuk dibasuh.
3.Gantung terus telekung yang kita dah basuh. Bawa pulang yang kotor untuk dibasuh. Dengan cara ini pengguna masih ada telekung untuk dipakai berbanding jika kita ambil dan basuh semua.
4.Kalau rajin, bawa wet tisu dan tolong lap rak dan lantai. Atau maklumkan pada pengurusan. Mereka ada pekerja yang akan bersihkan surau.
5.Telekung berwarna gelap mudah dicuci.
6.Masukkan saja dalam mesin dobi, tambah sabun dan pelembut dan set basuhan kepada HOT (panas).
7. Dalam cuaca panas macam ni, basuhan cepat kering.
8.Baru letak sabun dah keluar kotorannya.
9.Saya suka rendam semalaman dan berus sebelum disumbat ke dalam mesin dobi. A theraphy for me looking at clean, fragrant telekungs.
10.Telekung yang siap dibasuh, dilipat dan dibungkus, untuk dipulangkan semula.
Musim cuti sekolah boleh ajak anak-anak sekali lakukan kerja amal ini.
Dikritik Tak Cantik Liza Hanim Akui Tak Goyang. Penyanyi bersuara gemersik, yang juga salah sorang peserta hot seat All Stars Gegar Vaganza mendedahkan dirinya menerima komen yang agak melampau di media sosial.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Liza memuat naik keratan komen tangkap layar salah seorang netizen. Ternyata komen tersebut mengundang sedih di hati penyanyi wanita yang sudah 26 tahun bergelumang dalam industri seni suara.
Dikritik Tak Cantik Liza Hanim Akui Tak Goyang
Akui Liza dirinya tidak sentap dengan apa yang dikomen namun sepajang 26 tahun terlibat dalam bidang hiburan sudah pelbagai perkara yang dilalui dan hadapi. Menerusi hashtag #akutakcantiktapiakubahagia, penyanyi itu juga sangat bersyukur dengan bakat nyanyian yang ada pada dirinya walau tidak memiliki rupa para yang cantik.
Malah Liza juga menasihati pada mereka yang menerima kutukan seperti dirinya janganlah rendah diri dan sentiasa kuat!
“Bukan sentap, bukan. Tetapi i need to address this
“Kenapa orang tak cantik mmg tak leh menang apa2 ker di Malaysia or international? Org yg tak putih hidung tak mancung mmg tak leh ker berjaya di Malaysia ni?
“Yer betul akak sedar and akak sangat bersyukur dengan apa yang ALLAH SWT telah kurniakan pada akak.. As long as im happy with my family akak tak kisah la semua cantik buruk ke akak ni bagi standard manusia ..
“ALLAH kurniakan bakat utk akak boleh menyanyi tp akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur…
Tergamak Tulis Komen Begitu!
“Tergamak nak bagi comment macam ni, berkali kali pulak tu, why? Motif?
“Kekadang bahasa kata tu lagi penting dari rupa paras tau.. akak tak goyang dengan cacian kutukan kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.. kekadang akak tertanya jgk rupa org yg tulis ni mcm mana la agaknya???
“Its my 26th year in this industry pelbagai dah yang akak lalui dan hadapi so benda kutukan secara halus mu ni tak goyangkan akak dik tapi aku ssedih, you are inconsiderate, insensitive
“Posting ni utk semua yang pernah kena kutukan mcm akak utk kita bangkit stay strong and do what ever that makes us happy for ourself and our family and we continously bersyukur kepada ALLAH SWT atas segala kurnianya,” luah Liza Hanim.
#akutakcantiktapiakubahagia
“Kesal Dengan Kelantangan Netizen” Siti Nurhaliza
Menerusi ruangan komen, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut memberikan pandangan dan turut menyatakan kesal dengan kelantangan netizen.
“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik & hati yang hitam.. Jangan menyentuh soal fizikal , sebab semu orang tidak sempurna . . Kesal dengann kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya..
“My dear sis @lizahanim79 , Teruskanlah perjuangan kerana Setiap pengorbanan / kesungguhan Allah Swt janjikan kejayaan !! Inilah Masanya.. Semoga Allah swt permudahkan segalanya buat Mu sis!!”
Mingguan Wanita: Allahu, janganlah menghina fizikal orang ya!