Ini dinamakan tuah yang tidak dijangka. Rezeki terpijak! Tuah seorang lelaki kutip sofa buangan tepi jalan, jumpa emas dan seikat wang. Namun lelaki ini seorang yang jujur kerana berusaha mencari pemilik asal tersebut.
Walaupun ia dianggap rezeki terpijak, tetapi lelaki ini tetap merasakan bahawa tidak seharusnya dia mengambil emas dan wang tersebut yang ternyata bukan miliknya.
Tuah Seorang Lelaki Kutip Sofa Buangan Tepi Jalan
Tuah bagi seorang lelaki di China apabila menemui emas dan seikat wang tunai selepas mengutip sofa buangan di tepi jalan.
Dilaporkan, lelaki dari wilayah Shandong, Beijing itu menemui barangan berharga itu dan beberapa slip deposit selepas membawa pulang sofa lama yang ditemuinya di tepi jalan.
Lelaki itu melihat sofa berkenaan sudah lama dibiarkan berpanas dan berhujan selama berhari-hari tanpa dipedulikan sesiapa.
Dia akhirnya ke tempat sofa itu dibuang dan mendapati keadaannya masih elok, sebelum memutuskan membawa perabot usang itu pulang ke rumahnya.
Menurut lelaki itu, dia memeriksa keadaan sofa itu menggunakan peralatan pada 1 Mei lalu.
“Sebaik saya mengoyakkan sofa, terkeluar beg anyaman tangan berisi wang tunai.
“Bukan itu saja, ada bongkah emas kecil dan slip deposit di dalam beg itu,” katanya.
Katanya, dia memanggil ahli keluarga terdekat untuk membantu mencari pemilik barangan berharga itu.
Bukan Hak Kami
“Ini bukan hak kami, jadi kami tidak boleh mengambilnya,” katanya seperti dilaporkan World of Buzz yang memetik laporan Oriental Daily.
Ads
Sebelum ini, penemuan barangan berharga seumpama itu turut berlaku di Thailand apabila seorang wanita, Kodchakorn Tantiwiwatkul menemui sebutir mutiara oren dalam hidangan makanan tengah harinya.
MW: Tindakan lelaki ini harus mendapat pujian kerana dirinya tidak mahu mengambil wang dan emas yang ternyata bukan miliknya. Syabas!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Shuk Sahar berusaha bersungguh-sungguh menangani hati isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Sera. ‘Gimik’ Shuk Sahar membawa rombongan meminang menjadi hinggakan Sera terkejut.
Mana tidaknya ketika itu Sera sedang mengadakan sesi ‘live’ bersama pengasas sebuah produk kecantikan di kediamannya.
Shuk Sahar Tawan Hati Isteri, Mohon Maaf
Hati Sera begitu tersentuh dengan bukti kesungguh Shuk untuk memenangi semula hati isterinya. Manakan tidak terkejut Shuk bukan sahaja membawa rombongan malah membawa hantaran dan siap kedengaran paluan kompang ketika sesi ‘live’berlangsung.
Malah Shuk yang tampil lengkap berbaju pengantin bersama rombongan menyatakan hasrat untuk meminang semula Sera.
Ternyata kejadian yang berlaku secara ‘live’di akaun Instagram milik mereka berdua itu, bertambah gamat apabila Shuk sengaja mengusik Sera dengan menyatakan mahu meminta keizinan untuk dia berkahwin.
“Dikesempatan ini saya nak minta maaf pada awak. Harap awak boleh terima saya balik. Boleh ke maafkan saya,” soal Shuk kemudian dijawab dengan anggukan dan pasangan ini saling bersalaman.
Diharap hubungan pasangan ini kembali pulih dan kesempatan yang diberi oleh isteri diharap Shuk tidak persia-siakaan.
Sebelum ini Sera telah mendedahkan tentang kecurangan suaminya dengan seorang wanita lain hingga menggemparkan industri hiburan tanahair.
Shuk menerusi perkongsinya sebelum ini juga tampil mengakui kesilapannya dan menyatakan bukan sesuatu yang mudah untuk menjernihkan keadaan yang berlaku.
Malah dia juga tidak menafikan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang keruh, namun sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya.
Demi dua anaknya, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun Shuk sanggaup berbuat apa sahaja.
“Setiap orang melakukan kesalahan… dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.
“Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang telah keruh.
“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya,” luahnya menerusi Instagram miliknya.
Dia dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Yatie Kitchen merupakan antara instafamous yang cukup dikenali dalam bidang masakan. Kerap memuat naik pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.Tidak kurang juga ramai mak-mak menjadikan Instagram Yatie Kitchen ini sebagai sumber rujukan mencari resipi, idea memasak serta menceduk tip-tip dan petua masakan yang dikongsikan.
Jika mak-mak selalu masak sotong, jika salah caranya, sotong mudah kecut, lembik, liat dan sangat banyak mengeluarkan air/ kuah.Rupanya ada teknik dan cara tertentu untuk masak sotong ni.
Yatie ada kongsikan tip dan resipi cara dia masak Sotong Goreng Kunyit tanpa menggunakan minyak, seperti kebiasaannya. Menurut wanita ini,ia merupakan tip agar sotong yang dimasak tidak mengecut dan rahsia ia kekal pejal dan bulat.
Berikut perkongsian yang tersebut;
“Cara saya masak Sotong Goreng Kunyit.Panaskan kuali tanpa minyak tau! Ingat tanpa minyak…Kuali dah panas, masuk Sotong terus dan masuk kan serbuk kunyit @adabi_consumer 1 sudu kecik.”
“Kacau sebati serbuk kunyit dan sotong , sotong akan keluarkan air yang banyak dan akan kering sendiri tapi sotong tak akan kecut sebab masa mula-mula kita masak tak masuk minyak.”
“Agak air sotong dah kering baru masuk minyak sikit, hirisan bawang besar, bawang putih, halia & cili padi ketuk.”
“Masuk garam & secukup rasa & last taburkan daun sup”
“Api besar & kacau sebati tutup api cepat!! Supaya sotong kekal pejal & bulat.
Menurut Yatie lagi, cara ini bukan sahaja untuk memasak sotong, malah apa jua benda yang mengeluarkan air, seperti daging goreng kunyit juga boleh menggunakan teknik ini.
Setiap orang pasti ada cara memasak yang tersendiri mengikut citarasa masing-masing.Namun tak salah mencuba, tip memasak Sotong Goreng Kunyit yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen ni.Sotong nya nampak gebu, pejal dan tak kecut.
Pernah dengar nama Venus Flytrap, pokok penangkap lalat atau perangkap lalat ini? Kalau nak tahu, inilah antara sejenis tumbuhan terunik di dunia. Tanaman jenis karnivora ini mendapat nutrisinya dengan menangkap serangga kecil dan ‘memakannya’. Selepas 10 hari, perangkap itu akan terbuka iaitu selepas ia melengkapi nutrisinya.
Sebab itulah Venus Flyrtrap ini berbahaya kepada lalat, tapi tidak kepada manusia. Sebabnya ‘mulut’ pokok ini lembut saja. Saiznya pun tak lah besar sangat. Paling tinggi dia boleh membesar pun 30 sentimeter saja.
Jadi, janganlah risau. Agak-agak lalat buah tu degil sangat takkan pergi dari tanaman, tanamlah pokok ini bersebelahan dengannya. Pokok pemakan lalat ini pun dah ada di Malaysia, boleh cari di nurseri online.
Cara Tanam Venus Flytrap
1. Dari Biji Benih Atau Anak Pokok
Bagi anda yang belum biasa, sebaiknya belilah anak pokok di nurseri atau nurseri online. Tumbuhan ini cantik dijadikan pokok hiasan. Warnanya pun menarik terutama jenis yang berwarna merah.
2. Letakkan Di Tempat Yang Terdedah Cahaya Matahari
Jangan simpan di bawah teduhan. Pokok penangkap lalat ini memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk ia membesar. Ini kerana tumbuhan ini amat sukakan cahaya matahari.
3. Gunakan Tanah Jenis Berasid
Jika mahu meletakkan tanah lumut gambut (spagnum moss) , kadarnya antara 50 – 60 peratus sahaja. Campurkan tanah dengan 50 peratus perlite.
4. Siram Dengan Air Hujan
Jangan sesekali siram guna air paip atau air mineral. Ia akan menyebabkan tumbuhan ini mati. Tadah air hujan dan siram, boleh juga rendam pasu dengan kedalaman 2 cm air hujan dari dasarnya. Boleh juga gunakan air RO yang mengandungi kandungan mineral yang sedikit.
5. Jangan Meletakkan Sesuatu Pada Bahagian Mulut Daun
Bahagian mulut tumbuhan akan terkatup apabila menangkap serangga yang hinggap. Dan menyimpan serangga selama 10 hari untuk mendapatkan nutrisinya. Jadi, janganlah anda meletakkan apa-apa saja pada bahagian mulutnya. Ia akan mengganggu tumbesarannya, malah membuatkan daun venus cepat rosak.
Bahagian mulut yang seakan bergigi itulah daun venus. Ia mengeluarkan kelenjar/ cairan dan bau sedap yang menarik perhatian serangga untuk hinggap padanya. Pada daunnya itu terdapat engsel dan berbulu. Kalau nak tahu, proses menutup daun venus ini lebih cepat daripada tangan manusia.
AWAS! Jangan bersentuhan dengan daun venus flytrap atau terperangkap dalam daunnya kerana dibimbangi boleh menyebabkan reaksi pada kulit.
Kenapa Tumbuhan Ini Bermanfaat Untuk Anda
1. Pokok ini sejenis terapi unik yang boleh mengundang ketenangan pada penanamnya. Melihat gambar-gambar yang unik pada daun venus ini saja sudah cukup mengkhayalkan. Apa lagi, kalau kita berusaha menanamnya. Rasa tenang, setenangnya.
2. Menyeimbangkan ekosistem di persekitaran taman anda. Terutama di kawasan yang banyak serangga atau hama yang mengganggu tanaman lain. Tanamlah pokok ini berdekatan untuk membanteras makhluk perosak ini secara semula jadi. Ini salah satu solusi organik tanpa menggunakan racun perosak.
3. Dari kajian yang dijalankan di Jepun, kandungan plumbagin dalam bunga venus dikatakan berupaya mengurangkan saiz tumor yang terdapat pada usus. Tanaman ini berupaya mengubati penyakit kanser kecuali leukimia.
4. Venus Flytrap juga berupaya membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh.
VIDEO : Bagaimana Cara Kerja ‘Si Pembunuh’ VENUS FLYTRAP
Kredit video : BBC
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!