Selalunya urusan melipat baju memang renyah berbanding membasuh dan menyidainya. Kena tunggu ada ‘mood’ dan ada masa yang sesuai, barulah nak ‘menghadapnya’ lipat satu persatu. Memang lebih penat bila ada anak kecil yang ramai, maknanya makin banyak baju yang perlu dilipat.
Malah lebih ‘syahdu’nya bila dah elok siap lipat semua, jenguk dalam almari, habis berterabur baju-baju yang ada pula sebab lipatannya mudah terbuka, ketika anak-anak tarik baju dari laci.
Sebenarnya ada trik mudah bagi penyelesaian masalah ini. Barulah lipatan baju tak mudah terbuka, tetap elok tersusun kemas dalam almari!.
Menerusi perkongsian video di tiktok yang dikongsikan oleh Puan Juelinerwinnie ada cara tersendiri dalam melipat baju.
Cara-Caranya:
1. Hampar/ bentang kan baju t-shirt yang ada. Biarkan ia dalam keadaan terbalik.
2. Lipat bahagian kiri dan kanan baju.
3. Kemudian lipat ke atas.
Ads
4. Selepas itu, lipat lagi untuk kecilkan ia.
5. Kemudian terbalikkan, keluarkan pada bahagian leher baju dan kemaskan.
Siap!
Ads
Boleh rujuk video tutorial lipat baju seperti berikut.
Menarik juga cara lipat baju macam ni, barulah elok kemas tersusun, baju pun tak berterabur bila ditarik keluar dari laci nanti.
Selamat Mencuba! pic.twitter.com/bL2lYqftCj
Menurut Puan Juelinerwinnie, dia suka dengan cara lipat baju seperti ini keran menjadikan baju lebih kemas, tak mudah terlerai/terbuka lipatan baju bila ditarik keluar dari laci almari setelah disusun.
Mingguan Wanita : Menarik juga trik dan tip lipat baju yang dikongsikan ini. Barulah baju yang dilipat tetap elok kemas tersusun, tak berterabur dalam almari. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti.
Sumber : Tiktok juelinerwinnie
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT WANITA : https://t.me/bangkitwanitaMW
Khasiat tomato memang tak boleh dinafikan. Bukan sahaja untk dijadikan penyedap dalam masakan tetapi ia turut memberi khasiat yang berguna kepada badan terutamanya kulit kita. Boleh dikatakan macam-macam kegunaanya untuk sebiji tomato.
Bagi mak-mak yang biasa menggunakan tomato dalam masakan dan kerap juga membeli, apa kata cuba tanam sendiri tomato ceri ini. Rupanya tidaklah susah sangat untuk menanamnya. Kena cara berbuah lebat lagi.
Nur Aida Md Zainuddin turut berkongsi cara menanam tomato ceri. Hanya guna tiga bahan sahaja, malah, tak perlu lama, dalam tempoh empat bulan kita sudah dapat hasilnya. Mungkin rasa agak lambat tapi bila dah dapat hasilnya, memang puas hati.
Cara Tanam Tomato Ceri
Sebenarnya, tak perlu nak tunggu empat bulan untuk dapatkan hasil tapi sebab alihkan pokok itu ke dalam bekas yang lebih besar rasanya.
Caranya:
1. Hiris tomato ceri. Lepas itu, letakkan hirisan tomato dalam bekas semaian (guna container pun boleh).
2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari)
3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan macam biasa ke tempat yang sesuai. Letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.
Nota kaki: Tomato ni memang perlu air yang banyak. Jadi, siramlah 2 atau 3 kali sehari kalau tidak pokok jadi cepat kering nanti.
Dalam masa 4 bulan, tak perlu jaga sangat, Cuma siram sahaja.
Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ini bawang putih sebbb binatang tak suka baunya
MW: Bagi mak-mak yang suka menanam tu, bolehlah cuba tanam tomato ceri. Mesti seronok. Senang pun senang, siram sahaja dan tunggu hasilnya.
Cara cuci barang kemas. Nak mudah dan cepat, tentulah mak-mak akan hantar barang kemas untuk dicuci kat kedai. Lagipun cara kita dan cara orang kedai emas bersih tentu tak sama.
Mungkin inilah tanggapan kita. Nak mudah dan senang, hantar saja cuci barang kemas di kedai. Sedangkan, kalau kita bersihkan sendiri di rumah tentu dah boleh jimat.
Antara perkongsian daripada Bunga Yanie yang berpengalaman lebih 13 tahun beekerja di kedai emas. Inilah cara cuci barang kemas yang selalu dilakukan di kedai emas.
Lepas ini tak payah susah-susah nak pergi kedai emas. Sebab kalau cuci kat sana, dah tnetu akan dikenakan caj.
Cara ini dibuat berdasarkan atas pengalaman dia bekerja di kedai emas selama 13 tahun.
Caranya:
1. Gunakan sabun Joy atau Glo.
2. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air. Letakkan sedikit sabun.
.
3. Kemudian, masukkan barang kemas mak-mak ke dalam periuk tersebut dan biarkan ia mendidih. Nanti akan nampak kotoran akan terapung.
4. Selepas itu, tutup dapur gas dan ambil berus gigi. Gosok pada barang kemas tadi.
5. Bilas dengan air bersih. Bagi cepat kering boleh guna kipas atau hairdyer.
Tip: Jangan risau, emas tak akan lebur.
Peringatan: Jangan sesekali lakukan pada emas korea
Mingguan Wanita : Ada banyak lagi cara untuk mak-mak cuci sendiri barang kemas di rumah. Bergantung pada kerajinan juga kan. Nak jimat cuci sendiri, kalau nak keluarkan duit, hantar saja kat kedai.
Sebagai seorang pelakon menghafal setiap baris skrip bagaikan satu kemestian dalam melengkapkan watak yang dibawa. Atas ‘keazaman’ mampu menghafal setiap skrip yang diberikan, pelakon Amar Baharin,35 menyahut cabaran #AlMulkChallenge dengan menghafal surah ini sebagai pencapaian peribadi dan seorang Muslim.
“Skrip 30 episod boleh hafal takkan Al Mulk 30 ayat tak boleh.Come on Amar, u can do it. Dengan izin Allah.”
“Maaf kalau ada tersalah atau tersilap dalam sebutan atau tajwid. Sila tegur ye. Al-Mulk ayat 1-15.” ujar pelakon ini dalam posting di Instagramnya.
Sebagai seorang peminat Sheikh Mishari, lenggok bacaan hafazan Surah Almulk pelakon tersebut seperti Qari tersebut. Amar juga ada berkongsi tip cara dia tersendiri agar mudah ingat dan hafal surah Al-Mulk ini dengan membaca 5 ayat berulang dalam kereta setiap pagi.
“Saya suka mendengar hafal Surah Al Mulk di Youtube. 5 ayat berulang kali. Biasanya waktu tengah driving nak pergi shooting setiap pagi dalam kereta. Lama-lama melekat. Malam lepas maghrib semak balik kat Al Quran,” ujarnya yang berazam menghafal Surah Al-Kahfi 1-10 pula nanti.
Memang terbaik usaha suami kepada pelakon Amyra Rosli,29 ini dalam usaha memperbaiki diri dengan menghafaz ayat-ayat suci Alquran. Antara kelebihan bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.
Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat pada 11 November lepas. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata Aqeef Anaqi,3 dan Ayra Arissa 9 bulan.
MW: Tahniah Amar atas usaha menghafaz Surah Al Mulk ini. Tersalah dan tersilap itu lumrah dalam belajar, yang penting usaha dalam memperbaiki sebutan, tajwid dan hafazan. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain untuk menghafaz kita suci AlQuran ini, tak mengira peringkat usia.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...